Perkahwinan tu bukan macam main masak masak. Bengang sebab warganet samakan Pavithra dengan Bella Astillah. Mengejutkan ini respon Bella Astillah.

Perkahwinan tu bukan macam main masak masak. Bengang sebab warganet samakan Pavithra dengan Bella Astillah. Mengejutkan ini respon Bella Astillah.

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita penahanan M Sugu, suami kepada YouTuber kesayangan negara S Pavithra atas dakwaan memiliki barang membahayakan dan mengasari isteri.

Perkahwinan tu bukan macam main masak masak. Bengang sebab warganet samakan Pavithra dengan Bella Astillah. Mengejutkan ini respon Bella Astillah.

Namun, selepas membayar ikat jamin suaminya, Pavithra mengatakan yang dia bersedia untuk maafkan suaminya itu dan kebanyakan netizen menyelar tindakan ini dan menggelar Pavithra sebagai “Bella Astillah 2.0”.

ARTIKEL MENARIK:Selepas 2 hari mendiam kan diri akhirnya bekas teman lelaki Alya iman munculkan diri bongkarkan sesuatu. Mengejutkan rupa rupanya ini cerita sebenar.


Ekoran dari ini, Bella telah meluahkan pendapat di Twitter peribadinya mengenai perkara tersebut dan meminta agar netizen untuk cermin kehidupan sendiri dari sibuk ambil tahu tentang rumah tangga orang lain. “Korang ni sibuk betul pasal Pavithra. And samakan dia dgn kita kononnya dia Bella Astillah 2.0? Just because she chose to maafkan suami dia? Korang nak dia buat keputusan yang mcm mana? Berpisah terus? Tak payah fikir pasal anak2? Pasal rumahtangga? Pasal keluarga?”

Bkn senang nak buat keputusan. Marriage bkn mcm main masak2, melibatkan keluarga. Korang nk diorang divorce? Lepas tu baru korang nak bersorak? Tak fhm apa yg warganet nak. Bila org brbalah suruh fikir ttg kebaikan pasangan dan anak2 tapi bila org dah berbaik pula suruh berpisah?

“Better kita semua cermin kehidupan sendiri dan perbaiki kelemahan diri dulu. Dia nak jadi single ke nak kahwin ke nak jadi apa pun it’s her own rights. Apapun risiko, consequences yang akan dia hadap lepas ni diri dia juga yang akan hadap sbb pilihan dia.”

“Siap cakap “haa lepas ni mesti kena lagi rabak” the question now is who are we to judge? Are we perfect enough? Are we an angel? And mcm mana kita ni boleh tahu tentang masa depan atau apa yang akan jadi? Kita bukan tuhan. Kita semua taktahu apa takdir kita.”

“Yang kecewa tak selamanya kecewa. Yang bahagia tak selamanya bahagia sbb semuanya hanya sementara. Hidup ni macam roda. Sebagai manusia apa salahnya kita wish them yang baik2 je. Sekiranya hati kita selalu doakan hidup org baik2, InshaAllah kitapun mendapat kehidupan yang baik.”

Luahan Bella ni nampaknya mendapat sokongan dari beberapa warganet. “Ye doh.. Kalau pikir diri sendiri dh lame mintk pisah tpi sbb fikir pasal masa depan anak.. Sanggup tahan Org tk nampak ape kesan kalau parents berpisah tapi anak yang lalui”

“U kuat. I nampak apa yg u buat ptt beri inspirasi pd wanita berkahwin di luar sana. U tak pentingkan diri. U fikirkan future diri u dan anak2. Bila kita maafkan ssorg dan redha. Flow life mudah. Allah permudahkan. Sis doakan yg terbaik utk bella sekeluarga.” “betul lah tu, yg suruh pisah terus tu msti belum kahwin… ingt couple ke brbalah sikit terus break” Apa-apa pun kita harap yang terbaik je lah untuk Pavithra mahu pun Bella…
Loading...
loading...


Terpaksa Buang Semua Video Masakan Dekat Youtube. Setelah Sekian Lama Menyepi Akhirnya Sugu Pavithra Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Punca Dia Buang Semua Video.

Semalam Pavithra telah menarik balik lapran polis dan mengikat jamin suaminya sebanyak RM10,000 serta mengakui sudah memaafkan kesalahan suaminya itu. Pasangan itu juga berkata mereka enggan menerima sebarang anugerah selepas ini dan hanya mahu menjadi orang biasa sahaja. Pavithra berkata dia dan suami akan terus menghasilkan video masakan kegemaran ramai tersebut seperti biasa di saluran Sugu Pavithra di YouTube.

Namun begitu hari ini, saluran YouTube pasangan itu kini sudah kosong tanpa sebarang perkongsian video. Kemungkinan mereka memadam video masakan yang dihasilkan. SUNGAI SIPUT – Pasangan YouTuber masakan sensasi, S Pavithra dan M Sugu memberitahu tidak mahu mempunyai kaitan lagi dengan YouTube.

Perkara itu juga menjadi punca pasangan terbabit memadam semua 98 video aktiviti dan masakan kendalian mereka di saluran ‘Sugu Pavithra’ semalam. Bercakap kepada pemberita, Sugu, 29, berkata, mereka telah mengambil keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan sebarang perkara yang boleh meraih perhatian umum.

“Kami buat itu (padam video) kerana tak nak sebarang kaitan dengan YouTube itu lagi. Biar kami satu keluarga biasa sahaja. ‘Saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku…Gelaran ikon kepada Pavithra tidak akan ditarik balik “Ramai YouTuber masakan dan yang hebat-hebat dan bagus ada tetapi kenapa kami jadi tumpuan. Biar kami beri perhatian pada keluarga,” katanya ringkas ketika dihubungi di sini hari ini.

Ditanya mengenai perancangan masa hadapan, Sugu menjelaskan perkara itu belum difikirkan lagi. Sementara itu, Ibu Sugu, G Rajeswari, 55, ketika ditemui mengharapkan hubungan anak dan menantunya itu dalam keadaan baik setelah mengharungi pelbagai kejadian sejak beberapa hari lalu.

“Saya ada mengikuti perkembangan mereka di televisyen dan saya harap mereka dapat mengharungi cabaran itu bersama-sama. “Sebagai ibu, semestinya saya berasa bimbang dengan keadaan mereka,” katanya ketika ditemui di Ladang Elphil di sini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati rumah sewa pasangan itu yang baharu diduduki bulan lalu di Kampung Muhibbah di sini sunyi sejak semalam. Semalam, Sinar Harian melaporkan semua video masakan dan aktiviti pasangan suami isteri, S Pavithra dan M Sugu di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra’ telah dipadam. Laman rasmi pasangan itu pada jam 7.30 malam tadi mendapati tiada lagi sebarang video dipaparkan. Terdahulu, terdapat 98 video masakan serta aktiviti telah dikongsi dan diikuti lebih 785,000 pelayar.

Sumber : http://trendingsangat.pw

Terpaksa Keluar Dari Rumah. Akhirnya Sugu Pavithra Tampil Bongkarkan Sesuatu Buat Warganet Terkedu. Tak Sangka Rupanya Ini Sebab Dia Pindah Rumah Lain.

Pengendali saluran YouTube Sugu Pavithra, M. Sugu, menjelaskan bahawa dia dan isteri, S. Pavithra berpindah ke rumah baharu bukan kerana memperolehi sumber pendapatan lumayan hasil video masakannya di Youtube.

Sebaliknya, Sugu memberitahu, selepas membuat keputusan berhenti kerja, dia tidak boleh terus tinggal di sana memandangkan rumah tersebut merupakan kuarters yang disediakan khusus buat pekerja ladang sahaja. “Dulu saya tinggal di kuarters, jadi apabila sudah berhenti kerja, saya kena cari rumah lainlah.

“Rumah baharu ini pun bukan saya beli, saya hanya menyewa dengan membayar RM400 sebulan,” jelasnya kepada Gempak. Terdahulu, menerusi satu video di YouTube, pasangan tersebut berkongsi pengalaman mereka berpindah ke rumah baharu di Sungai Siput, Perak.

Ekoran video tersebut, ramai yang membuat andaian mendakwa pasangan tersebut kini benar-benar menjana pendapatan tinggi di YouTube sehingga mampu berpindah ke rumah baharu. Dalam pada itu, kata Sugu, selepas ini, dia tetap berhasrat untuk mencari pekerjaan lain sebagai sumber pendapatan tetapnya dalam menyara keluarga.

“Semua orang mahu berikan yang terbaik buat keluarga, begitu juga saya. Saya pun ingat nak cari kerja lain selepas ini. Tak bolehlah duduk rumah lama-lama. “Tengoklah, mungkin kerja kilang ke atau apa sahaja yang ada dekat sini nanti,” katanya.

Begitupun, menurut Sugu dia akan terus tetap memberikan komitmennya bersama isteri, S. Pavithra dalam menghasilkan video-video masakan seperti biasa. “Tak apa, kalau saya kerja nanti, masih ada masa di rumah untuk buat video pada waktu petang,” ceritanya.

Sebelum ini, kisah pasangan suami isteri keturunan India ini menerima perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi viral. Bahkan, pasangan yang menggunakan nama saluran Sugu Pavithra di YouTube itu juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehingga kini Sugu Pavithra mempunyai lebih 600,000 subscribers di YouTube. Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK

Selepas Tular Tentang Isu Bayaran 10k Macam Chef Wan. Sekali Chef Wan Tampil Bukamulut Beri Respon Win Buat Sugu Pavithra.

Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan memberi komen tentang isu YouTuber masakan popular, Sugu Pavithra yang meletakkan harga RM10,000 kepada pengacara Anim Ezati Rizki untuk program masakan selama satu jam.

Kata Chef Wan, sekiranya Sugu Pavithra membuat keputusan untuk meletakkan harga tersebut bagi perkhidmatannya itu adalah rezeki. Mungkin itu rezeki mereka. Tak apalah masing-masing punya bahagian. “Kalau merasakan bahawa harga yang ditetapkan terlalu tinggi dan dia merupakan tukang masak yang sedang melonjak naik, kedua-dua pihak boleh berunding tentang harga tersebut agar adil,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah Chef Wan, dia akui mengenali Sugu Pavithra dan menonton video masakan yang dimuat naik di laman Youtube. “Saya ada menonton video pasangan ini. Mereka mendapat tempat di hati ramai orang disebabkan kepetahan dia berbahasa Melayu dan cara masakan dia yang bersahaja.

“Dia juga berani dan sangat bangga untuk menonjolkan resepi serta bakat yang ada.“Jadi, saya rasa mereka patut disanjungi,” katanya lagi.Terdahulu, Anim mendakwa terkejut apabila diminta bayaran sehingga RM10,000 untuk sebuah program masakan.

Perkara itu diluahkannya menerusi satu entri di Instagram Story miliknya yang menyifatkan bayaran itu setanding dengan bayaran cef selebriti, Chef Wan. Namun menurut Sugu, itu bukan harga yang sebenar kerana sebolehnya mereka tidak mahu terlibat dengan sebarang program rancangan masakan.

Justeru, pemilik nama Anim Ezati Rizki Mohd Khalid tampil memberi penjelasan dan menyatakan dia berhak untuk bersuara tentang kadar bayaran yang ditetapkan. Sebelum ini, kisah pasangan suami isteri keturunan India ini menerima perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi viral.

Bahkan, Sugu Pavithra juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sehingga kini Sugu Pavithra mempunyai lebih 600,000 subscribers di YouTube. Bahkan, pasangan itu juga dilaporkan sudah berpindah ke rumah yang lebih selesa selepas suaminya membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai buruh ladang bagi memberikan fokus kepada penghasilan video.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber : GEMPAK

Sempat lagi kena usik . Ini reaksi Sugu Pavithra ketika bersidang video bersama Perdana Menteri.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berinteraksi dengan penerima-penerima bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) melalui sidang video bagi mendapatkan gambaran manfaat yang diperoleh daripada bantuan tersebut.

Memetik Bernama, sidang itu berlangsung ketika Muhyiddin melawat Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) di Kementerian Kewangan di sini, bagi meninjau operasi serta status pelaksanaan langkah-langkah di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, PRIHATIN dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang jumlah keseluruhannya RM295 bilion.

Penerima-penerima yang dihubungkan melalui sidang video itu mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri dan kerajaan Malaysia atas bantuan yang disalurkan itu. Antara yang berpeluang berinteraksi dengan Muhyddin hari ini ialah pasangan suami isteri YouTuber tular yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’.

Pasangan sebelum ini turut menerima sumbangan barang keperluan daripada perdana menteri yang membolehkan mereka meneruskan minat memasak. Muhyiddin sempat mengusik M. Sugu, 29 dan isterinya S. Pavithra, 28, dengan bertanya : “Bila mahu belanja saya makan nasi beriani kambing.”

Pasangan yang merupakan penerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) itu berkata bantuan itu meringankan beban mereka terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Berasal dari Sungai Siput, Perak, pasangan itu berhasrat membuka restoran sendiri. Saluran YouTube ‘Sugu-Pavithra’ kini mempunyai lebih 600,000 pengikut.

Perjalanan sidang berkenan turut dikongsikan menerusi Facebook Bernama. Rosnizam Ishak, 43, pula menggunakan dana BPN untuk memulakan perniagaan kambing perap setelah kedai makan yang diusahakannya sejak 2015 terjejas sewaktu PKP hingga terpaksa ditutup akibat perniagaan selain pekerja tidak hadir bekerja atas faktor keselamatan.

Kesan daripada PKP itu, katanya dia dan isterinya mendapat idea perniagaan baharu yang bersesuaian dengan kebiasaan baharu dengan memilih mengusahakan perniagaan kambing perap sejuk beku. “Musibah telah menjadi hikmah. Perniagaan kambing mendapat sambutan luar jangkaan. Penggunaan 100 peratus media sosial telah memulihkan ekonomi kami,” kata Rosnizam yang berasal dari Bertam, Pulau Pinang, sambil menambah BPN itu diberikan tepat pada masanya.

Rosnizam berkata usahanya tidak terhenti di situ sahaja kerana perniagaan itu turut membuka peluang kepada orang lain dengan menjadi ejen dan penghantar kambing perap untuk menampung pendapatan semasa PKP. Pemandu teksi di Lembah Klang, Ahmad Rusdi Mat Daud, yang terkesan ketika PKP berkata bantuan one-off RM600 untuk pemandu teksi dan BPN sebanyak RM1,600 telah membantu meringankan bebannya.

Berkongsi kesukaran ketika PKP, Ahmad Rusdi, 52, berkata pendapatannya  begitu terjejas dan ketika itu amat sukar untuk mendapat RM20 walaupun bekerja sehingga 13 jam. Turut berinteraksi dengan perdana menteri  ialah Pajan Singh Kirpal Singh, 55, pemilik hotel bajet di Kuantan, Pahang yang menerima bantuan subsidi upah dan moratorium pinjaman  bank.

Walaupun perniagaan hotel terjejas, beliau masih menyediakan perkhidmatan percuma untuk barisan hadapan yang bertugas ketika tempoh PKP bagi menghargai bakti mereka. Michael Lo Vun Leong dari Tamparuli, Sabah pula memanfaatkan bantuan pembiayaan BSN Micro/i Kredit sebanyak RM60,000 sebagai modal perniagaan dan membayar gaji pekerja.

Lo, 45,  terlibat dalam perniagaan pengangkutan barang-barang sejak 2016, namun mengalami kerugian kerana perniagaan tidak dapat beroperasi dalam tempoh PKP. Sesi persidangan video kira-kira 20 minit itu turut dihadiri Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah, dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Kata-kata PM adalah penghargaan besar buat kami – Sugu Pavithra

IPOH: “Kata-kata penghargaan Perdana Menteri dalam perutusannya, adalah sesuatu yang besar buat kami yang hanya orang biasa,” kata pasangan YouTuber suami isteri, Sugu Pavithra. S Pavithra, 28, berkata beliau dan suaminya amat terharu mendengar ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi penghargaan kepada mereka dalam perutusan hari ini.

Katanya, ucapan Perdana Menteri itu juga memberi semangat kepada mereka untuk menapak selangkah lagi dalam usaha membuka kedai makan. “Terima kasih! Kami berasa sangat bangga dan gembira kerana diberi penghargaan oleh Perdana Menteri dalam perutusan beliau.

“Kami memang ada merancang di masa hadapan untuk membuka kedai makan, tetapi selepas PM mengatakan perkara ini…kami akan berusaha membuka kedai makan suatu hari nanti,” katanya. Pavithra berkata, mereka pada awalnya hanya merancang membuat video untuk saluran Youtube sahaja tetapi selepas tular hingga mendapat sokongan pemimpin nombor satu negara itu, membuatkan semangat mereka berkobar-kobar.

“Mulanya kami memang hanya merancang membuat saluran YouTube sahaja, tetapi selepas ini mungkin akan memikirkannya dan akan mencuba juga membuka kedai makan. “Rancangan membuka kedai makan memang ada, tetapi kena tengok dahulu macam mana..mungkin tahun depan,” katanya ketika dihubungi, petang tadi.

Pavithra mengakui, beliau dan suami ketika ini masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan perubahan hidup yang diharungi mereka. “Dalam keadaan sekarang ini, kami masih lagi menyesuaikan diri dengan kesibukan, jadi kami hanya dapat menghasilkan dua video seminggu.

“Ada juga rakan YouTuber dan beberapa pihak yang menghubungi kami untuk menyertai program masakan tetapi buat masa ini kami masih tidak dapat memenuhinya,” katanya. Berkenaan konsep masakan, Pavithra berkata, buat masa ini dia masih memilih untuk mengekalkan menu tradisi.

“Kami bukan pandai sangat dan kami memasak setakat yang kami tahu sahaja dan kongsikan kepada semua. “Kami gembira apabila ramai yang memberi komen sudah mencuba masakan kami dan mengatakan menu yang kami kongsi itu sedap, kami jadi lebih bersemangat lagi untuk membuat banyak video,” katanya.

Dalam perutusannya petang tadi, Perdana Menteri meletakkan harapan agar semua pihak termasuk sektor swasta dan orang ramai memainkan peranan sebaik-baiknya dalam memanfaatkan 40 inisiatif yang diumumkan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana).

Ketika mengakhiri perutusan itu, Muhyiddin berkata, usaha berkenaan juga diharap memberi manfaat kepada rakyat seperti pasangan Sugu dan Pavithra yang tular di media sosial sejak bulan lalu kerana menu masakan yang dikongsi mereka.

Sebelum ini, Perdana Menteri turut menghantar hadiah berupa tripod untuk meletakkan telefon bimbit ketika melakukan rakaman video serta barangan keperluan harian kepada pasangan itu yang tinggal di sebuah kuarters pekerja ladang.

Sumber:Bharian  via Era Kini



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post