Gelombang pertama Covid-19 di Malaysia adalah menerusi pelancong dari China awal tahun ini. KLUSTER baharu ibarat sebagai bara yang sedang memb4kar.
ARTIKEL MENARIK:Terbongkar pendapatan PM Malaysia. Lagi mengejutkan gaji Perdana Menteri dari 10 negara ini
Ujarnya, gelombang ketiga Covid-19 juga tidak mustahil sekiranya rakyat terus alpa daripada mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP. “Tsunami (Covid-19)? Kemungkinan ya kalau rakyat Malaysia tak patuh SOP. Tindakan pencegahan lebih penting.
“Kluster baharu ibarat sebagai bara yang sedang membakar, dan kalau kita tidak patuh SOP ibaratnya kita ini sebagai bahan api. “Jadi jika bara berjumpa dengan bahan api maka merebak menjadi satu keb4karan yang besar iaitu kes akan meningkat secara mendadak,” ujarnya.
Tambah Dr Noor Hisham, KKM telah merekodkan 120 kes baharu pada minggu epid ke-30, iaitu dari 19 Julai hingga 25 Julai lepas dan ini menjadi kebimbangan sekiranya kes baharu terus mencatatkan peningkatan. “Kalau 2,000 ke 3,000 kes dalam tempoh seminggu, hospital kita akan sesak dan tiada kemampuan untuk merawat pesakit dan pada masa itu kawalan kita akan tertumpu kepada hospital sahaja.
“Tetapi sekarang di peringkat awal (kita masih) boleh kawal dengan mengamalkan SOP seperti memakai pelitup muka dan penjarakkan sosial, kedua-dua cara ini telah terbukti dapat memutuskan rantaian jangkitan antara 60 ke 70 peratus. “Kita ada masa dan ruang yang tipis untuk memutuskan rantaian dan yang pasti kalau kita boleh patuh pada SOP, kehidupan harian kita boleh berjalan dengan biasa,” katanya.
Gelombang pertama Covid-19 di Malaysia adalah menerusi pelancong dari China awal tahun ini, manakala gelombang kedua merupakan kes diimport. – BERNAMA.
KKM nafi murid Tahun Dua di Sabah dijangkiti Covid-19
Gambar tular petugas kesihatan memakai PPE yang didakwa di sebuah sekolah rendah di Sabah PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan murid Tahun Dua sebuah sekolah kebangsaan di Sabah dijangkiti korinavirus (Covid-19).
Penafian itu dibuat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kepada Sinar Harian menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.”Berita palsu,” katanya ringkas.Terdahulu lewat petang hari ini, tular di WhatsApp murid Tahun Dua Sekolah Kebangsaan Inanam Laut, Sabah dikatakan positif wabak itu.Turut disertakan sekeping gambar petugas kesihatan yang memakai pakaian pelindung diri (PPE).
Hari ini, Sabah merekodkan tiga daripada tujuh kes baharu positif Covid-19.Kesemua kes penularan dalam negara di negeri itu melibatkan rakyat tempatan.Dua kes dikesan pada saringan pra operasi dan pesakit dirawat di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu manakala satu kes dirawat di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas.Setakat ini, Malaysia mencatatkan 8,904 kes positif Covid-19 dengan 179 kes aktif.
via Era Kini
Post a Comment