Terbongkar pendapatan PM Malaysia. Lagi mengejutkan gaji Perdana Menteri dari 10 negara ini

Terbongkar pendapatan PM Malaysia. Lagi mengejutkan gaji Perdana Menteri dari 10 negara ini

Ramai tercengang apabila PM Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Yassin mencatat jumlah pendapatan bulanan tertinggi dalam kalangan anggota pentadbiran kerajaan menerusi maklumat harta di portal MyDeclaration.

Terbongkar pendapatan PM Malaysia. Lagi mengejutkan gaji Perdana Menteri dari 10 negara ini

Berdasarkan Portal Perisytiharan Harta yang dikendalikan Suruhanjaya Pencegahan R4suah Malaysia, Ahli Parlimen Pagoh itu menerima pendapatan bulanan sebanyak RM93,841.65 (sekitar RM1.13 juta setahun) dengan jumlah aset sekitar RM10 – 15 juta.

ARTIKEL MENARIK:21 daerah ini diisyhtiharkan zon kuning. Diharapkan penduduk di kesemua daerah ini ambil perhatian akan isu berkenaan






Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berada di tangga kedua dengan pendapatan RM87,877.20 sebulan dan diikuti oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Dr Jeffrey G Kitingan dengan RM85,450 sebulan. 

Di tangga keempat pula adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan pendapatan bulanan sebanyak RM84,615.20 sebulan dan diikuti Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dengan pendapatan RM69,427.20 sebulan. 

Angka di atas sebenarnya boleh dianggap biasa atau normal di kalangan ahli politik merangkap pemimpin di sesebuah negara. Jika kita rasa tinggi, cuba bandingkan pula dengan gaji 10 pemimpin dunia yang jauh berganda tingginya ini.



Loading...
loading...


BUKAN CALANG-CALANG

Laporan USA Today mendedahkan 20 pemimpin dunia yang memperoleh gaji tahunan tertinggi dalam kalangan pemimpin dunia, dan jangan terkejut gaji individu paling tinggi adalah pemimpin jiran negara jiran, Singapura.Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, berada di tangga teratas dengan memperoleh gaji tahunan sebanyak AS$1.6 juta (RM6.62 juta).

Laporan tersebut menyebut gaji yang diperoleh Hsien Loong adalah 12 kali ganda berbanding Presiden Rusia, Vladimir Putin.Hsien Loong yang merupakan ketua Parti Tindakan Rakyat dan mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada tahun 2004 tersenarai sebagai pemimpin dunia yang memperoleh gaji tahunan tertinggi sejak 2015.Pendapatan tahunan Hsien Loong itu sekaligus menepis pemimpin-pemimpin dunia lain termasuk Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

10 SENARAI TERTINGGI

(2) Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam, AS$568,400 (RM2.35juta)

(3) Presiden Switzerland, Ueli Maurer, AS$482,858 (RM1.99 juta)

(4) Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, AS$400,000 (RM1.65 juta)

(5) Perdana Menteri Australia, Scott Morrison, AS$378,415 (RM1.56 juta)

(6) Canselor Jerman, Angela Merkel, AS$369,727 (RM1.52 juta)

(7) Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, AS$339,862 (RM1.4 juta)

(8) Presiden Mauritania, Mohamed Ould Abdel Aziz, AS$330,000 (RM1.36 juta)

(9) Canselor Austria, Sebastian Kurz, AS$328,584 (RM1.35 juta)

(10) Perdana Menteri Luxembourg, Xavier Bettel,(AS$278,035 atau RM1.15 juta)

Kesemua nilai gaji dinyatakan dalam mata wang dolar AS yang ditukar daripada mata wang negara asal. Maklumat dikumpul menerusi laman sesawang setiap negara dan data-data daripada organisasi seperti Tabung Kewangan Antarabangsa dan CIA World Factbook.

via Era Kini



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post