Kes meningkat saban hari. Ismail Sabri dedahkan jika kes cecah tiga angka sesuatu yang tidak diingini akan berlaku

Kes meningkat saban hari. Ismail Sabri dedahkan jika kes cecah tiga angka sesuatu yang tidak diingini akan berlaku

KOTA BHARU – Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya kes positif baharu jangkitan koronavirus (Covid-19) dalam negara mencecah tiga angka.

Kes meningkat saban hari. Ismail Sabri dedahkan jika kes cecah tiga angka sesuatu yang tidak diingini akan berlaku

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara merekodkan trend peningkatan kes dua angka berturut-turut sejak empat hari lalu.

ARTIKEL MENARIK:Sikap tidak peduli. KKM nasihat orang ramai untuk hentikan sikap ini sekiranya tidak mahu SOP ketika fasa 1 dilaksana kembali dan tindakan yang akan diambil


Katanya, laporan oleh Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa peningkatan itu berikutan kealpaan diri sendiri dan lupa serta melanggar prosedur operasi standard (SOP) hingga akhirnya menyebabkan kes mereb4k semula.“Kalau dua angka kita masih boleh bertoleransi tapi kalau sampai tiga angka seperti mula-mula PKP dilaksanakan dulu, kita mungkin tiada pilihan akhirnya kita akan menguatkuasakan semula PKP untuk semua.

“Jika PKP dilaksanakan, yang sukarnya adalah kita sendiri kerana tak boleh berniaga, tak boleh bekerja, kena duduk di rumah dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wakaf Mek Zainab, di sini hari ini.Ismail Sabri ketika melawat anggota veteran ATM di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu hari ini. Tambah beliau, pihaknya berharap belum lagi terlewat untuk bertindak dan SOP untuk Aidiladha akan diumumkan esok.

“Setakat ini rentas negeri masih lagi dibenarkan melainkan ada pengumuman lain esok. “Kalau kita keluarkan arahan nanti dan peraturan kepada SOP yang baharu kita harap semua patuh,” katanya. Beliau turut meminta orang ramai supaya menjaga diri sendiri dengan mengikut SOP dan tidak mengharapkan pasukan keselamatan semata-mata.

“Kita semua patut menjadi barisan hadapan dan nasihatkan keluarga terdekat supaya mengikut SOP ditetapkan. “Perkara yang membimbangkan apabila Aidiladha nanti ada acara s3mbelih lembu, tiada jarak sosial dilakukan dan selepas itu majlis kenduri pula diadakan,” katanya.Beliau berkata, pintu sempadan negara juga masih ditutup.-sinarharian


Loading...
loading...


Sikap Tidak Peduli. KKM Nasihat Orang Ramai Untuk Hentikan Sikap Ini Sekiranya Tidak Mahu SOP Ketika Fasa 1 Dilaksana Kembali Dan Tindakan Yang Akan Diambil

Kuala Lumpur: Malaysia mungkin melaksanakan kembali prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama, jika majoriti rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang menjalani perintah kuarantin di rumah, terus mengamalkan sikap tidak bertanggungjawab ‘saya tidak peduli’. Petandanya sudah pun ada, dengan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di negara ini, manakala per1ntah kuarantin mandat0ri 14 hari di stesen yang ditetapkan bagi mereka yang pulang dari luar negara telah diwajibkan semula, sejak Jumaat.

Lebih buruk lagi, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan semalam berkata Kuching, Sarawak telah diisytiharkan sebagai zon merah selepas mencatatkan 41 kes baharu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata kerajaan semalam bersetuju secara dasar untuk mengetatkan semula SOP berkaitan PKP yang telah dil0nggarkan di bawah pelaksanaan PKP Pemulihan (PKPP) dan dijangka akan membuat pengumuman mengenainya selepas mesyuarat menteri-menteri Isnin ini.

Beliau berkata perkara itu tidak menghairankan apabila 2,897 individu di bawah kuarantin mandat0ri di rumah masih belum melakukan ujian saringan kedua COVID-19 selepas 13 hari pulang dari luar negara. Secara statistik, kes jangkitan baharu COVID-19 terus meningkat dengan 23 kes dilaporkan semalam berbanding 21, sebelumnya.

Dr Noor Hisham berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak  8,884 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan 167 kes. Dua hari lepas, beliau berkata Malaysia mungkin berdepan peningkatan mendadak kes baharu COVID-19 dalam tempoh terdekat jika kadar kebolehjangkitan atau R-naught (R0) naik lebih 1.6.Semasa menyatakan kebimbangan itu, Dr Noor Hisham berkata ketika ini kadar R0 telah naik kepada 1.36 berbanding 0.3 ketika perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir 9 Jun lepas. Katanya jikalau R-naught (R0) meningkat, ini bererti semakin ramai akan dijangkiti. Apa yang memb4hayakan adalah kalau R-naught meningkat lebih 1.6. — BERNAMA

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post