PUTRAJAYA: Sebanyak 21 daerah di seluruh negara mencatatkan pertambahan kes COVID-19 dan dikategorikan sebagai zon kuning, selepas Kuching diisytiharkan zon merah kerana mencatatkan 41 kes, semalam.
Antara daerah yang mencatatkan jumlah tertinggi kes aktif 19 ialah Kluang, iaitu 18 kes, diikuti Sepang (11) dan empat daerah lain masing-masing mencatatkan tiga kes iaitu di Titiwangsa, Kuantan, Johor Bharu dan Kota Samarahan di Sarawak.ARTIKEL MENARIK:Kes meningkat saban hari. Ismail Sabri dedahkan jika kes cecah tiga angka sesuatu yang tidak diingini akan berlaku
Daerah lain mencatatkan dua kes masing-masing di Hulu Langat, Gombak, Lembah Pantai dan Kemaman. Satu kes COVID-19 dicatatkan di daerah Kota Bharu, Petaling, Cheras, Kepong, Alor Gajah, Seremban dan Kota Tinggi.Daerah di Sabah pula, tiga kawasan mencatatkan satu kes iaitu di Kota Kinabalu, Putatan, Tawau dan Nabawan. Semalam, Kementerian Kesihatan memaklumkan terdapat 23 kes baharu dilaporkan membabitkan 17 kes penularan tempatan danenam kes import mendapat jangkitan dari luar negara.
Penularan tempatan membabitkan warganegara Malaysia, iaitu lapan kes dikesan di Sarawak dengan empat kes daripada Kluster Sentosa, dan masing-masing satu kes daripada Kluster Kejuruteraan Kuching; Kluster Syarikat Pembinaan Kuching; kes saringan pemantauan di pintu masuk lapangan terbang dan kes saringan di tempat kerja. Dua lagi kes dikesan di Johor, iaitu masing-masing satu kes daripada Kluster Warga Emas Kluang dan saringan di tempat kerja.
Bagi kes penularan tempatan membabitkan warga asing pula, satu kes dikesan di Depoh Tahanan Bukit Jalil ketika saringan selepas bersalin, manakala dua lagi kes dikesan di Selangor, iaitu daripada Kluster Rumah Kongsi Sepang dan kes saringan di tempat kerja.Empat kes pula dikesan di Johor, iaitu satu kes dikesan di Kluster Warga Emas Kluang; dua kes daripada Kluster Bukit Tiram dan satu kes ketika saringan sebelum masuk kerja.
Sehingga kini, Malaysia mencatatkan 8,884 kes, daripada jumlah itu sebanyak 8,594 kes sudah pulih sepenuhnya atau 96.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Hanya 123 kes pemergian disebabkan oleh COVID-19 dicatatkan atau 1.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.-sh
Kes Meningkat Saban Hari. Ismail Sabri Dedahkan Jika Kes Cecah Tiga Angka Sesuatu Yang Tidak Diingini Akan Berlaku
KOTA BHARU – Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya kes positif baharu jangkitan koronavirus (Covid-19) dalam negara mencecah tiga angka. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara merekodkan trend peningkatan kes dua angka berturut-turut sejak empat hari lalu.
Katanya, laporan oleh Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa peningkatan itu berikutan kealpaan diri sendiri dan lupa serta melanggar prosedur operasi standard (SOP) hingga akhirnya menyebabkan kes mereb4k semula.“Kalau dua angka kita masih boleh bertoleransi tapi kalau sampai tiga angka seperti mula-mula PKP dilaksanakan dulu, kita mungkin tiada pilihan akhirnya kita akan menguatkuasakan semula PKP untuk semua.
“Jika PKP dilaksanakan, yang sukarnya adalah kita sendiri kerana tak boleh berniaga, tak boleh bekerja, kena duduk di rumah dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wakaf Mek Zainab, di sini hari ini.Ismail Sabri ketika melawat anggota veteran ATM di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu hari ini. Tambah beliau, pihaknya berharap belum lagi terlewat untuk bertindak dan SOP untuk Aidiladha akan diumumkan esok.
“Setakat ini rentas negeri masih lagi dibenarkan melainkan ada pengumuman lain esok. “Kalau kita keluarkan arahan nanti dan peraturan kepada SOP yang baharu kita harap semua patuh,” katanya. Beliau turut meminta orang ramai supaya menjaga diri sendiri dengan mengikut SOP dan tidak mengharapkan pasukan keselamatan semata-mata.
“Kita semua patut menjadi barisan hadapan dan nasihatkan keluarga terdekat supaya mengikut SOP ditetapkan. “Perkara yang membimbangkan apabila Aidiladha nanti ada acara s3mbelih lembu, tiada jarak sosial dilakukan dan selepas itu majlis kenduri pula diadakan,” katanya.Beliau berkata, pintu sempadan negara juga masih ditutup.-sinarharian
via Era Kini
Post a Comment