Nama aku Murni, seorang pegawai kerajaan dengan Gred 44. Berusia 36 tahun dan mempunyai anak anak. Aku sudah 13 tahun berkahwin, dengan seorang suami yang mempunyai pekerjaan tetap tetapi tidaklah bergaji setara aku.
Dalam bank ada simpanan sampai 30 ribu tapi tak bagi tahu suami walaupun dia tengah susah. Suami sampai beli semua barang rumah second hand hanya kerana tak cukup duit. |
ARTIKEL MENARIK:Beriya suami suruh isteri buat loan sampai 100 ribu. Rupanya dalam diam dia dah buat sesuatu belakang isteri sampai perempuan tu nekad wasap isteri. Akhirnya isteri nekad untuk buat ini pada suami.
Walau bagaimanapun, selepas memperoleh pekerjaan, aku tetap meneruskan hidup seperti biasa walaupun aku mampu untuk bermewah dengan gaji aku. Maklumlah suami tidak pernah ambil kisah apa yang aku mahu beli.
Aku berprinsip begini, hidup mengikut kemampuan suami. Aku juga tidak lah begitu pemurah sebagaimana sesetengah isteri yang sukarela membayar itu ini. Awal awal lagi aku beritahu pada suami, makan pakai aku dan anak anak adalah tanggungjawap dia.
Aku tak kisah untuk berbelanja pada hal hal lain, tetapi jangan sampai dua perkara ini dia tak dapat sediakan. Alhamdulillah untuk itu. Cukup semuanya. Aku redha sahaja dengan suami yang beli peralatan secondhand.
Kami tidak pernah beli benda baru yang betul betul bau kedai. TV, peti ais, mesin basuh, periuk nasi, seterika, semuanya suami beli di kedai secondhand terutama di cash converter. Barang anak anak juga begitu. Stroller, car seat semuanya second hand. Aku tidak pernah merungut pun, walaupun aku mampu untuk beli yang baru.
Aku terima dengan gembira malah meraikan sikap suami yang pada aku bijak berbelanja. Kalau tak berkenan pun diam sahaja. Jangan memperlekeh suami. Aku beranggapan begini, kita sebagai isteri, jangan tunjukkan sangat yang kita ini berkemampuan, berduit atau berharta.
Aku ada rumah yang ku beli 8 tahun lalu tetapi di sewakan kerana faktor tempat kerja kami yang jauh, Ada simpanan lebih 30k, ada pelaburan, malah suka membeli barang kemas sejak dulu. Tetapi semua nya senyap senyap sahaja kecuali pembelian rumah.
Aku beli kereta second hand secara tunai, cukup lah untuk pergi kerja, sebab aku tidak mahu tinggi komitmen. Selebihnya, aku tidak mahu membebankan suami dan aku tidak mahu menjadi kelihatan “besar” dimata suami. Kami masih tinggal dirumah sewa yang dibayar suami setiap bulan.
Siapa yang tak nak tinggal di rumah sendiri, tetapi aku mengambil sikap syukur dan redha. Alah, sekurang kurangnya kami tinggal berasingan dari keluarga. Bebas menentukan cara hidup kami sendiri. Suami aku, walaupun tidak bergaji besar tetapi rajin. Dia berniaga secara online menjadi ejen dropship, malah kadang kadang menjadi runner.
Ada sajalah kerja partime yang dibuat asal dapat menambah pendapatan. Kerja kerja rumah juga dilaksanakan dengan baik. Daripada membantu menjaga anak, mengemas, menggosok baju, mencuci pinggan, malah mengemop lantai adalah biasa dilakukan. Hanya memasak saja yang tak berapa pandai.
Dengan sikapnya yang begini, aku sangat bersyukur malah tidak berkira untuk berbelanja dalam rumah tangga kami. Setakat belanja kasut sukan RM 3/4 ratus itu apa lah sangat jika dibanding dengan sikapnya yang ringan tulang dalam keluarga.
Sejak ada anak anak, aku juga ada menanggung percutian keluarga sekali sekala. Biasanya aku menggunakan alasan seperti, nanti dapat duit kutu, saya nak bawa anak anak ke tempat sekian sekian” Tetapi tidak lah selalu.
Macam yang ku nyatakan tadi, tidaklah aku menunjuk sangat yang aku ini berduit.
Adatlah biasa sebuah rumahtangga itu diuji. Aku juga tidak terkecuali.
Fasa seperti suami pernah hilang pekerjaan, suami tak dapat buat OT, kereta meragam masuk bengkel, wang tak cukup sampai hujung bulan pun pernah terjadi. Aku lah yang membantu suami.
Tetapi aku takkan menawarkan diri untuk membantu dengan begitu sahaja. Selagi suami tidak buka mulut untuk pinjam duit aku, memang aku buat tak tahu. Aku tulis semuanya dengan ayat yang besar “HUTANG” dan tampal di pintu almari bilik kami.
Walaupun aku tak pernah tuntut semula. Tetapi suami tetap membayarnya dengan cara yang lain. Seperti membayarkan bil telefon, mengisi minyak kereta, top up touch n go. Sikit sikit dia akan menanda “sudah bayar” Begitu lah.
Perkongsian aku ini mungkin nampak biasa biasa sahaja bagi sesetengah orang. Tetapi aku sudah melihat ramai rakan rakan aku yang dipergunakan oleh suami mereka terutama apabila melibatkan wang. Hingga ada yang di blacklist, terpaksa membayar pinjaman peribadi sehingga pencen dan di kejar Along hingga ke tempat kerja pun ada.
Semuanya berpunca dari banyak faktor. Cinta cinta juga….. Tetapi jangan sampai memusnahkan diri kita kemudian hari. ]angan bagi ruang dan peluang untuk suami mempergunakan kita sampai ke satu tahap yang kita akan merana. Untuk adik adik bujang di luar sana, mungkin serba sikit boleh sambil iktibar dan pengajaran bahawa dalam perkahwinan, kita kena low expectation.
Redha dan syukur dengan setiap pemberian suami. Memanglah kita ada keinginan. Malah mungkin sesetengah orang berpendapat, rugi lah kalau kita penat bekerja tetapi tidak dapat menikmati hasil. Tak dapat bergaya, tak dapat beli apa yang kita suka, malah terpaksa pula berbelanja untuk keluarga.
Bukan itu maksud aku….. Yang aku maksudkan ialah perkahwinan perlu give and take. Juga perlu win win situation. Bukan soal siapa bread winner, siapa power atau siapa kaya. Suami, jangan ambil kesempatan pada isteri. Jangan mempergunakan isteri. Isteri yang bahagia, bukan asbab kayanya seorang suami. Tetapi bahagia kerana suami yang bertanggungjawab, menghormati, belas ihsan dan sentiasa menyenangkan hati. Lebih utama, suami yang faham agama.
Semoga bermanfaat. via Era Kini
Post a Comment