Cik Manggis Sudah Berhijab. Azira Pula Tampil Beri Pendapat Dan Agak Mengejutkan Bila Azira Buat Kenyataan Yang Satu Ini.

Cik Manggis Sudah Berhijab. Azira Pula Tampil Beri Pendapat Dan Agak Mengejutkan Bila Azira Buat Kenyataan Yang Satu Ini.

Melihat penampilan baharu rakan karibnya yang juga merupakan ahli kumpulan De Fam, Cik Manggis mengenakan hijab penuh beberapa hari lalu, penyanyi Azira Shafinaz akui terkejut dengan berita tersebut.

Cik Manggis Sudah Berhijab. Azira Pula Tampil Beri Pendapat Dan Agak Mengejutkan Bila Azira Buat Kenyataan Yang Satu Ini.
Cik Manggis Sudah Berhijab. Azira Pula Tampil Beri Pendapat Dan Agak Mengejutkan Bila Azira Buat Kenyataan Yang Satu Ini.

Menurut Azira, Manggis memang sudah berhasrat lama untuk bertudung namun tidak menjangka Manggis akan berubah imej secara tiba-tiba. “Dia tak ada kongsi apa-apa pun padahal baru jumpa berbincang pasal persembahan kami. Cuma dia ada kongsi foto imej baru, dari situ yang saya tau.”

ARTIKEL MENARIK:ggal sebumbung dengan tunang. Ternyata jawapan yang diberi oleh Ayda Jebat buat orang ramai terkedu


Dalam pada itu, Azira juga menyerahkan segalanya kepada Manggis untuk melakukan keputusan dalam soal menari ketika tampil membuat persembahan.“Selepas ini persembahan kami akan seperti biasa. Cuma pasal menari tu saya tak nak komen apa-apa la. Saya hormat dengan keputusan yang dia buat.” Terdahulu, keputusan Manggis untuk berhijab mendapat perhatian ramai malah menurut Manggis beliau tidak menghebahkan penampilan terbaharunya kerana yakin soal penghijrahan bukanlah untuk tatpan ramai. Malah ujar Manggis sebelum ini, identitinya dalam kumpulan De Fam akan tetap sama biarpun sudah bertudung. Bahkan, percaya kumpulannya tidak mempunyai sebarang halangan untuk terus berkecimpung dalam dunia muzik meskipun hakikatnya beliau kini tampil dengan imej yang sopan. Untuk rekod, De Fam merupakan kumpulan wanita tempatan yang membariskan penyanyi versatile seperti Sophia Liana, Cik Manggis dan Azira Shafinaz sebagai trio yang menggabungkan unsur tarian dalam nyanyian.-Gempak

Berhijab bukan halangan Cik Manggis terus menari bersama De Fam – “Apa orang nak fikir, fikir la… saya tak kisah”

TAMPIL ayu dan sopan dengan imej baharu, anggota kumpulan De Fam iaitu Cik Manggis mengakui sudah membuat keputusan untuk bertudung. Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin, 31, berkata perjalanannya untuk berhijab dilakukan secara perlahan-lahan bagi memastikan dia benar-benar bersedia. “Betul, saya sudah berhijab… Alhamdulillah. Sebenarnya ini bukan keputusan yang tiba-tiba. “Saya dah lama pasang niat tapi saya perlu lakukannya perlahan-lahan, bukan mengejut… tak boleh nak terus berubah. Cik Manggis tampil berhijab buat kali pertama dalam sebuah video yang dikongsi di Instagram pada Ahad. “Bagi saya nak berhijrah tu agak mencabar. Tapi sebelum saya betul-betul berhijrah ni, saya pastikan diri saya bersedia sepenuhnya macam pakai anak tudung dulu sebelum bertudung… selangkah demi selangkah,” katanya kepada mStar. Kata Manggis, pada awalnya tidak mudah untuk dia mengubah imej kerana sudah terbiasa dengan gaya hidup sedia ada. Namun, niat yang semakin membuak-buak untuk berhijab memudahkan perjalanan hijrah tersebut. “Saya dah terbiasa dengan cara hidup yang sedia ada. Jadi, ia tak mudah untuk saya ubah imej saya… tapi bukan tak boleh buat.

Bila niat semakin kuat, perjalanan jadi senang

“Jadi bila niat tu semakin kuat, perjalanan tu jadi senang,” ujarnya. Dalam pada itu, penyanyi lagu Panas ini berkata penghijrahan itu tidak bermakna dia akan men1ngg4lkan minatnya untuk menari. Kata Manggis, dia masih selesa untuk membuat persembahan dengan stail tarian De Fam, malah menganggap ia salah satu aktiviti bersukan. “Saya masih lagi selesa untuk membuat persembahan dengan stail tarian serta persembahan De Fam. Rakan artis turut berkongsi rasa teruja melihat penampilan baharu Cik Manggis. “Jadi, bagi saya menari itu bukan hanya minat, tapi ia juga sukan untuk saya,” jelasnya. Tambahnya, keputusan yang diambil ini merupakan fasa baharu untuk menjadikan dirinya lebih baik. Dia juga enggan mengambil kira kata-kata warganet yang hanya berniat untuk mencari kelemahannya. “Apa yang saya utamakan sekarang ialah untuk ada kemajuan dalam hidup saya. Saya pun tak nak harapkan apa-apa dari orang lain sebab apa yang saya buat ni ialah untuk diri saya sendiri, bukan orang lain. “Jadi, apa orang nak fikir, fikir la… saya tak kisah,” katanya.-hmetro

Dugaan 6 bulan Azira

HUBUNGAN cinta terhenti seketika dengan kekasihnya namun kini kembali bertaut dan semakin utuh. SELAMA lapan tahun bercinta bukan tempoh yang singkat. Dalam pada diulit rasa bahagia, tentu ada dugaan atau ujian kecil yang perlu ditempuhi setiap pasangan bercinta. Situasi sama dilalui pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz yang kini hangat bercinta dengan ahli perniagaan, Yasser Khan. Pernah melalui detik sukar apabila hubungan yang dibina terhenti seketika, namun Azira menegaskan banyak perkara yang dipelajari sepanjang tempoh enam bulan berpisah itu.

“Dalam setiap perhubungan pasti akan ada salah faham yang wujud tapi cara kita mengatasinya itu perlu bijak dan tidak terburu-buru. Banyak yang saya belajar antaranya saling bertoleransi dengan pasangan kita dan paling utama sekali adalah kepercayaan. “Saya akui setiap pasangan yang bercinta akan melalui pasang surutnya tapi momen itulah yang akan mematangkan kita dan menjadikan kita lebih baik,” katanya. Mengakui hubungan yang dibina masih berjalan utuh, Azira yang juga anggota kumpulan De Fam berkata, mereka tiada perancangan untuk mendirikan rumah tangga lagi.

“Buat masa ini kami berdua nak kukuhkan kerjaya masing-masing dulu. Tipvlah kalau saya katakan kami tidak berbincang mengenai perkara ini. “Namun saya rasa eloklah sekiranya kami fokus dengan kerjaya. Saya bimbang jika kami berkahwin sekarang mungkin saya tidak dapat memberi sepenuh komitmen pada rumah tangga kerana sibuk dengan agenda seni yang padat ketika ini. “Jika masanya sudah tiba saya sendiri akan berkongsi berita gembira ini kepada umum kerana tiada apa yang nak dirahsiakan,” katanya. Ditanya kriteria yang ada pada Yasser, kata Azira, bakal suaminya itu lelaki yang sangat bertanggungjawab pada keluarganya.


Loading...
loading...


Tak berpecah.Sejak kebelakangan ini, anggota kumpulan De Fam yang dianggotai Manggis dan Sophia dilihat membawa haluan sendiri apabila masing-masing mempunyai kerjaya sendiri. Bagaimanapun Azira memberitahu, walaupun mereka sibuk dengan kerjaya solo masing-masing, mereka tidak pernah mengetepikan kumpulan itu. “Buat masa ini, anggota De Fam banyak menghabiskan masa dengan kerjaya seni masing-masing tapi sebenarnya kami masih aktif bersama di belakang tabir. “Kami sedang dalam perancangan untuk mengeluarkan single baru dan bakal bekerjasama dengan sebuah jenama antarabangsa tidak lama lagi. “Tidak dinafikan, orang luar akan mengatakan kami berpecah atau membawa haluan masing-masing tapi hakikatnya kami masih bersatu. Kami bertiga saling diperlukan apabila salah seorang memerlukan bantuan. Cuma sekarang ini banyak persembahan yang terpaksa ditolak susulan Perintah Kawalan Pergerakan ini,” katanya.

Bangga dapat berlakon filem pertama Siapa sangka, dalam tempoh lima tahun bergerak sebagai pelakon, kini Azira diberi peluang buat julung kalinya untuk terbabit dalam filem arahan Kabir Bhatia berjudul Talbis Iblis. Dijangka menemui penonton di pawagam penghujung tahun ini, Azira mengakui teruja untuk menantikan momen indah dalam hidupnya apabila tawaran yang datang bukan diperoleh dengan mudah. “Memegang peranan watak utama sebagai Hajar dalam filem ini bukan mudah. Saya perlu melalui proses uji bakat terlebih dahulu sebelum diterima berlakon. “Alhamdulillah saya berbangga dengan diri saya kerana filem ini menjadi buah tangan pertama saya di layar perak. Saya juga bersyukur kerana proses pembikinan filem ini juga berjalan lancar.

“Jujur watak dalam filem pertama ini agak berat kerana saya memegang watak sebagai seorang wanita yang hamil anak luar nikah. Banyak babak berat yang perlu dijayakan. “Namun syukur saya pernah bekerja dengan Kabir Bhatia sebelum ini membuatkan saya sudah serasi dengannya. Malah hero gandingan saya juga adalah Zul Ariffin. Kami pernah berlakon sama dalam Seribu Rindu,” katanya. Tambah Azira, diberi peluang berlakon filem adalah impian yang sudah lama dipendam dan akhirnya menjadi kenyataan.

“Selain filem Talbis Iblis saya juga ada satu lagi filem yang bakal ditayangkan tahun ini iaitu Air Force yang mengisahkan mengenai tentera udara. “Jadi tahun ini saya nak fokus untuk dua filem ini dulu. Kemudian saya teringin nak berlakon teater kerana saya sukakan cabaran. “Saya mengakui beruntung kerana tawaran filem yang saya dapat ini sangat berlainan dengan karakter yang pernah saya bawakan dalam drama. Bagi saya ia sangat bagus kerana saya dapat mewarnai karakter itu dengan lebih baik. “Saya seorang yang amat mementingkan jalan cerita dan skrip kerana saya tahu cabaran yang perlu dipikul ini bukan mudah. Justeru saya perlu pastikan setiap naskhah yang dibuat perlu berlainan untuk memastikan penonton datang ke panggung wayang,” katanya.-mymetro

Cik Manggis De Fam dah bertudung

REAKSI terkedu suami, Syazmin Firdaus Aminuddin menjadi kenangan indah buat pelakon yang juga anggota kumpulan trio De Fam, Cik Manggis yang kini bertudung. Cik Manggis, 30, atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamsuddin berkata, dia mula bertudung Ahad lalu dan suami yang melihat memberitahu itu saat paling menggembirakan dalam hidupnya. “Suami saya hanya terkedu sebaik melihatnya. Tetapi, dia tidaklah terkejut sangat kerana gembira dengan penghijrahan yang saya lakukan “Walaupun kini bertudung, saya tetap meneruskan kerjaya nyanyian bersama De Fam. Penghijrahan ini satu kebaikan,” katanya.

Cik Manggis yang mendirikan rumah tangga dengan Syazmin Firdaus pada Oktober 2014 berkata, dia juga selesa tidak terlalu menghebahkan cerita penghijrahannya itu. “Saya memilih tampil bertudung sekarang di atas kerelaan diri sendiri dan bukan untuk tarik perhatian umum. Apa yang menyebabkan saya bertudung biarlah ia jadi rahsia. Tidak perlulah dikongsikan kepada umum,” katanya. Menurut Cik Manggis, dalam proses kehidupan seseorang pasti akan berusaha memperbaiki kekurangan diri. Begitulah juga dengan situasi dirinya. Cik Manggis bergerak aktif dalam kerjaya nyanyian bersama De Fam sejak 2015, bersama dua rakannya iaitu Azira Shafinaz dan Sophia Liana. Bersama De Fam, kumpulan ini popular dengan lagu seperti #Supergirls, With You, Bila Ada Kamu dan terbaharu, Panas.-hmetro

via Era Kini


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post