Terkini sekolah dibuka untuk peperiksaan. Tak sangka akhirnya Menteri Pendidikan bongkarkan tarikh sebenar sekolah dibuka

Terkini sekolah dibuka untuk peperiksaan. Tak sangka akhirnya Menteri Pendidikan bongkarkan tarikh sebenar sekolah dibuka

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan tarikh pembukaan semula sekolah adalah pada hari Rabu (24 Jun 2020), melibatkan murid kelas peperiksaan awam (SPM, SVM, STPM & STAM) serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Terkini sekolah dibuka untuk peperiksaan. Tak sangka akhirnya Menteri Pendidikan bongkarkan tarikh sebenar sekolah dibuka
Terkini sekolah dibuka untuk peperiksaan. Tak sangka akhirnya Menteri Pendidikan bongkarkan tarikh sebenar sekolah dibuka

Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin, dalam satu sidang media sebentar tadi. Manakala, bagi murid lain, sesi persekolahan mereka akan dibuka secara berperingkat dan mereka akan meneruskan pembelajaran di rumah seperti biasa sehingga diberitahu.

ARTIKEL MENARIK:Situasi bertambah buruk di seluruh dunia. Tak sangka akhirnya WHO bongkarkan sesuatu yang mengejutkan tentang pandemik Covid 19 yang semakin menular

Tambah Dr Mohd Radzi, jumlah kesemua murid kelas peperiksaan yang terlibat adalah sekurang-kurangnya 500 ribu orang. Hanya murid kelas peperiksaan awam sahaja yang akan ke asrama – Menteri Pendidikan@RadziJidin @KemPendidikan

Sekolah dibuka mulai 24 Jun, libatkan pelajar SPM, SVM, STPM dan STAM serta peperiksaan antarabangsa yang setara. BERITA LANJUT MENYUSUL

Sumber: Sidang Media Kementerian Pendidikan

Takyah Buka Sekolah Sampai Akhir Tahun. Rupa Rupaanya 500 Sekolah Terpaksa Ditutup Semula Gara Gara Kes Covid 19 Naik Dengan Mendadak

PKPB mungkin akan berakhir tak lama lagi namun keputusan sama ada sekolah akan dibuka tak lama lagi atau pun tidak masih menjadi tanda tanya kebanyakan ibu bapa di Malaysia. Kalau ya pun kes dah berkurang, selamat ke nak hantar anak ke sekolah?

Walaupun belum dapat jawapan yang pasti dari kerajaan, tapi negara-negara lain seperti China dan Korea Utara sudah pun membenarkan pelajar-pelajar sekolah untuk kembali ke sekolah seperti biasa. Keputusan ini dibuat selepas bilangan kes baru kekal terkawal.

Pun begitu, di Korea Utara, lebih 500 sekolah yang dibenarkan untuk buka seperti biasa diarahkan untuk tutup selepas negara ini mendapat rekod kluster baru di Buncheon, menurut CNN. Kluster baru ini telah merekodkan lebih 100 kes C0vid-19.

Menurut Naib Menteri Kesihatan Korea Utara, Kim Gang-lip, lebih 3,836 orang dari 4,351 pekerja telah disaring oleh pegawai kesihatan. Kebanyakan pelajar pula diarahkan untuk belajar di rumah semula buat sementara waktu.

Di Malaysia, Menteri Pendidikan ada mengatakan yang sekolah mungkin akan dibuka untuk peperiksaan pelajar tingkatan 5 dan enam dan hanya 17 pelajar saja dibenarkan  dalam satu kelas. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Lobakmerah


Loading...
loading...

Segala Pasar Boleh Beroperasi Seperti Biasa. Akhirnya DS Ismail Sabri Bongkarkan Tarikh Dan Syarat Yang Wajib Dipatuhi Jika Nak Buka Pasar

Kerajaan akan membenarkan pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam serta bazaria beroperasi mulai 15 Jun 2020 dengan SOP yang ketat. Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, waktu operasi pasar-pasar ini juga turut telah ditetapkan mengikut SOP yang telah dipersetujui oleh pihak MKN dan Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Waktu operasi yang kita benarkan bagi pasar pagi dan pasar terbuka adalah 6 pagi hingga 11 pagi. Pasar malam 4 petang hingga 10 malam dan bazaria 5 petang hingga 11 malam”, ujarnya. MKN benarkan pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam dan bazaria beroperasi mulai 15 Jun

“Antara SOP yang telah pun kita sama-sama kita persetujui adalah jarak sosial di antara gerai ke gerai telah pun ditetapkan diantara 1.5 meter hingga 2 meter dan di lokasi terbuka dan berpagar bagi mengawal laluan keluar masuk.

“Untuk keluar masuk, hanya menggunakan satu jalan masuk dan satu jalan keluar. makannya secara one way. Masuk daripada pintu masuk dan bila sampai dan bila sampai ke hujung tidak boleh berpusing-pusing. Mesti masuk sehala dan keluar. Suhu badan akan diperiksa di pintu masuk, hand sanitizer perlu digunakan,

digalakkan penggunaan topeng muka dan peniaga-peniaga yang menjual barang makanan dan sebagainya tidak boleh menyediakan meja dan tempat makan tetapi hanya boleh take away sahaja”, ujarnya. Beliau juga turut memaklumkan bahawa peniaga-peniaga yang akan memulakan perniagaan boleh merujuk SOP tersebut di website DBKL serta MKN untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tambahnya lagi, kebenaran membenarkan pasar-pasar ini beroperasi juga termaktub kepada pasar-pasar di seluruh negara. “Walaupun ianya merupakan SOP yang dikeluarkan oleh DBKL/Kementerian Wilayah Persekutuan tetapi SOP ini adalah juga untuk kegunaan pasar malam, pasar pagi dan lain-lain di seluruh negara.

Bermakna mulai 15 Jun, kebenaran ini bukan setakat untuk pembukaan pasar malam, pasar pagi dan sebagainya di seluruh wilayah, tetapi kita membenarkan pembukaan pasar-pasar malam, pagi dan sebagainya di seluruh negara dengan SOP yang sama dengan apa yang dikeluarkan oleh DBKL tadi berdasarkan penyesuaian tertentu”, katanya.

Menurutnya lagi, semua peniaga dan pengunjung pasar malam wajib mengisi maklumat di aplikasi MySejahtera. Peniaga, pengunjung pasar malam wajib mengisi maklumat di aplikasi MySejahtera

Sumber: Bernama

Kes Positif Satu Digit. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Bila 4 Hari Berturut Kes Covid 19 Di Malaysia Mampu Bertahan Satu Digit

Menghitung detik tarikh akhir Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 9 Jun ini, boleh dikatakan tidak lagi mendebarkan seperti pada awal perintah berkenaan diumumkan. Jika dibaca tren negara sekarang, bukan sahaja kes penularan COVID-19 dalam kalangan warganegara terus mencatatkan angka satu digit sejak empat hari lepas, malah aktiviti ekonomi dan harian rakyat semakin banyak dibenarkan kerajaan.

Walau masih belum pasti sama ada PKPB dilanjutkan atau tidak, namun ada sinar menampakkan usaha keras barisan hadapan dalam ‘meneentang’ menentang wabak ini, di samping disiplin rakyat Malaysia dalam mengamalkan norma baharu, membuahkan hasil.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan  Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan hanya dua daripada 93 kes positif baharu dicatatkan membabitkan warga tempatan, manakala pada Selasa (lima dari 20 kes), Isnin (enam dari 38) dan Ahad (empat dari 57).

Malah, semalam juga adalah hari ke-12 berturut-turut tiada orang yang pergi buat selamanya dicatatkan. Ini membawa kepada pengumuman lebih banyak aktiviti ekonomi dan rakyat dibenarkan, sepertimana diumum Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan beberapa kerajaan negeri.

Selain kebenaran pasangan berbeza negeri yang ingin melangsungkan pernikahan merentas negeri dan aktiviti penggambaran filem, drama dan iklan mulai 10 Jun, kerajaan juga membenarkan baki lebih 6,000 taman asuhan kanak-kanak (taska) beroperasi kembali.

Sabah turut membenarkan rakyat tempatan melancong ke negeri itu, selain Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah mula diedarkan walaupun tarikh pembukaan sekolah masih belum ditetapkan. Melaka pula membenarkan makan di premis tanpa hidangan bufet bermula Jumaat ini, diikuti Pulau Pinang yang memberi kebenaran untuk membuka semula semua taman rekreasi di negeri itu, pada Sabtu.

Walau sinar penghujung PKPB ini semakin terang, ia tetap bergantung kepada masyarakat untuk menentukan tarikh akhir perintah berkenaan. Mampukah kita bertahan dan terus menang?

Sumber: BERNAMA via apampink



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post