SOP terbaru PKPP untuk rentas negeri. Tak sangka akhirnya DS Ismail Sabri bongkarkan peraturan terbaru yang perlu rakyat Malaysia patuhi

SOP terbaru PKPP untuk rentas negeri. Tak sangka akhirnya DS Ismail Sabri bongkarkan peraturan terbaru yang perlu rakyat Malaysia patuhi

Prosedur operasi standard (SOP) menaiki kenderaan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih kekal seperti sebelum ini iaitu mengikut kapasiti kenderaan daripada rumah yang sama.

SOP terbaru PKPP untuk rentas negeri. Tak sangka akhirnya DS Ismail Sabri bongkarkan peraturan terbaru yang perlu rakyat Malaysia patuhi
SOP terbaru PKPP untuk rentas negeri. Tak sangka akhirnya DS Ismail Sabri bongkarkan peraturan terbaru yang perlu rakyat Malaysia patuhi

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua SOP tersebut perlu dipatuhi dan sekiranya terdapat sebarang perubahan akan diumumkam kemudian.

ARTIKEL MENARIK: Terkini sekolah dibuka untuk peperiksaan. Tak sangka akhirnya Menteri Pendidikan bongkarkan tarikh sebenar sekolah dibuka

”Dari segi kenderaan, empat ataupun mengikut kapasiti dari rumah yang sama setakat ini masih kekal SOP nya. ”Jadi, kalau ada perubahan insyaAllah akan kita akan umumkan kemudian,” kata beliau.

Selain itu, beliau turut mengingatkan semua rakyat untuk mematuhi SOP sepanjang PKPP kerana setiap peraturan telah diwartakan. ”Sekali lagi saya ingatkan, yang pertama patuhi SOP kerana SOP tetap ada di bawah PKPP ini kerana setiap peraturan telah pun diwartakan.

”Semalam dan hari ini bermulalah peraturan-peraturan baru di bawah PKPP, apabila singgah di RNR, penggunaan tandas dan makan minum, patuhilah setiap SOP yang dikeluarkan oleh kerajaan, kerana kesalahan ingkar SOP juga akan dikenakan tindakan oleh pihak polis,” kata beliau.

Sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Jun 2020.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Sidang Media PKPP via Siakap Keli

Akhirnya PM Umumkan Rentas Negeri Dibenarkan Mulai 10 Jun Ini. Tapi Ada Syarat. Tak Sangka Ini Syaratnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa perjalanan rentas negeri akan dibenarkan bermula 10 Jun ini. Rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun kecuali di kawasan #PKPD – PM @MuhyiddinYassin

“Mulai 10 Jun 2020, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan PKPD. Jadi bagi mereka yang ingin meziarahi ibu bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian,” katanya.

Sumber:BERNAMA TV


Loading...
loading...

Akhirnya Terbongkar Juga Bila Orang Bujang Boleh Rentas Negeri. Tak Sangka DS Ismail Sabri Tampil Dedahkan Ini Untuk Orang Bujang.

KUALA LUMPUR: Orang bujang berkemungkinan dibenarkan merentas negeri mulai minggu depan, bergantung kepada pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, esok. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata golongan bujang perlu bersabar menunggu pengumuman Perdana Menteri.

“Untuk orang bujang, saya difahamkan esok Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu, maka kita tunggu. Saya takut kalau saya umumkan nanti berbeza atau lebih awal daripada Perdana Menteri. Tentu saja banyak perkara akan disebut esok, kita tunggu. Kalau tak sebut, baru saya sebut untuk orang bujang (kebenaran rentas negeri). Maka, bersabarlah hingga esok” katanya pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Putrajaya, hari ini.

SUMBER : Berita Harian

Akhirnya Terjawab PKPB Disambung Atau Tidak. Tak Sangka Ini Jawapan Dari Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Persoalan sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan atau tidak, dijangka diketahui hari ini menerusi perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengumuman yang bakal disampaikan itu tepat pada masanya memandangkan tempoh PKPB yang bermula 4 Mei lepas akan berakhir dua hari lagi iaitu pada 9 Jun.

Jika diimbas, sejak PKP dilaksanakan 18 Mac lepas dengan hanya perkhidmatan perlu dibenarkan, kerajaan kemudian memberi kelonggaran secara berperingkat kepada lebih banyak sektor ekonomi untuk beroperasi. Terbaharu adalah perkhidmatan gunting, dandanan rambut dan kecantikan yang dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun seperti yang diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media semalam.

Semestinya ia berita gembira untuk masyarakat, apatah lagi buat kaum Adam yang sering tertanya-tanya bilakah kedai gunting rambut akan dibuka. Mana tidaknya, lebih dua bulan tidak mendapat sentuhan pendandan rambut, pelbagai ‘gaya’ dapat dilihat dalam kalangan mereka sehingga ada yang menggunakan khidmat isteri sendiri untuk menggunting rambut.

Bagi wanita pula, khidmat kecantikan termasuk merias dan merawat kuku serta solekan dan rawatan muka juga dibenarkan beroperasi bermula pada tarikh sama. Selain itu, peniaga di pasar terbuka, pasar pagi dan pasar malam serta bazaria di Wilayah Persekutuan kini boleh menarik nafas lega apabila premis berkenaan dibenarkan beroperasi mulai 15 Jun, tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Sama ada PKPB disambung atau tidak, normal baharu yang telah diamalkan sekarang seperti penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan penjagaan kebersihan termasuk kerap mencuci tangan tetap perlu diteruskan bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.

Selain itu, elakkan tempat sesak, kawasan sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat seperti yang dinasihatkan oleh ‘jeneral membenteras COVID-19’, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah setiap hari. Setakat semalam, jumlah jangkitan kes baharu positif COVID-19 masih kekal dua angka iaitu 37 kes dengan 10 kes melibatkan warganegara Malaysia.

Sumber: BERNAMA

Tiga perumahan di Sepang dikenakan PKPD?

TERDAHULU, timbul desas desus tiga taman perumahan di Sepang dipercayai dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), bermula tengah malam tadi. Menurut laporan portal Harian Metro, Taman berkenaan adalah Taman Langat Murni, Taman Langat Utama dan Taman Langat Utama 2, berhampiran Bukit Changgang.

Tinjauan Harian Metro mendapati pemasangan pagar kawat duri di kawasan itu juga sudah dilaksanakan sejak tengah malam tadi. Semua penduduk dan pelawat yang berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

Sebelum ini media melaporkan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster C0vid-19 baharu membabitkan pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang tinggal di kawasan itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu dikesan mengakibatkan seramai 24 warganegara Bangladesh dijangkiti wabak itu. Menurut beliau, kluster berkenaan dikenal pasti sebuah klinik swasta yang bertanggungjawab mengadakan saringan terhadap pekerja syarikat berkenaan.

Katanya, 20 individu yang dikesan dijangkiti menginap di dalam sebuah asrama di kawasan itu, manakala empat lagi individu di sebuah pangsapuri di Nilai, Negeri Sembilan. Kakitangan swasta, Muhammmad Noor Hidayat kamruddin, 31, berkata, dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas dimaklumkan ahli keluarga ketika berada di tempat kerja.

Dia sepatutnya tamat berkerja pada jam 4 petang ini, namun diarahkan keluarga untuk pulang bagi membuat ujian saringan C0vid-19 hari ini yang diadakan KKM. “Sebelum ini memang tahu ada sekumpulan pekerja warga asing disahkan C0vid-19 dan merasa terkejut apabila dimaklumkan kediaman kami dipasang kawat duri yang dikawal tentera dan polis,” katanya.

Bagi Siti Halimah Hassim, 37, berkata, dia mendapat tahu kawasan itu dikawal anggota keselamatan selepas dimaklumkan suami pada tengah malam tadi. Menurutnya, pagi ini dia bersama empat anak sepatutnya melakukan ujian saringan C0vid-19, namun disebabkan jumlah penduduk yang datang ramai terpaksa menunggu giliran di sebelah petang.

“Setakat ini penduduk masih boleh keluar dan masuk sekiranya mempunyai surat kebenaran, namun selepas menjalani ujian saringan, kami hanya dibenarkan berada di rumah,” katanya. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Sumber: mStar, Harian Metro, MKN via apampink

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post