Malaysia diiktiraf sebagai antara lima negara terbaik di dunia dalam mengawal pandemlk koronavirus (Covld-19) dan pengiktirafan yang terhormat diberikan kepada pemimpin tertinggi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sekali Lagi Nama Malaysia Naik Di Persada Dunia. Tan Sri Muhyiddin Yassin Pula Diiktiraf Sebagai PM Terhebat Dunia Bagi Mengawal COVID19. |
ARTIKEL MENARIK:Terkini KKM kesan satu lagi kluster baru di Sepang. Tak sangka rupa rupanya kluster di Sepang wujud gara gara ziarah hari raya.
Ini menjadikan Malaysia salah satu negara contoh, iaitu penerimaan rakyat terhadap tindakan kerajaan dalam mengekang wabak berkenaan yang mendapat pengiktirafan dunia dalam satu tinjauan global. Malaysia di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berada dalam kedudukan antara lima negara terbaik dunia dengan ‘public approval’ atau penerimaan rkyat yang tertinggi.
Tan Sri Muhyiddin telah berjaya menanamkan sikap tenang dalam setiap individu masyarakat di Malaysia dalam menghadapi wabak ini. Ucapan yang sempoi dan berkonfiguratif sebagai Abah telah menarik minat seluruh rakyat di Malaysia untuk memberikan kerjasama yang mantap dan utuh pada kerjaan dalam menghadapi wbak C0v-19.
Di samping ucapan yang selalu menyentuh kehidupan rakyat Marhaen seperti video di atas, setiap arahan yang diberikan beliau sangat jelas dan mudah difahami rakyat. “ Perdana Menteri mengambil keputusan besar dan mencabar dalam memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu selain turut melaksanakan kawalan ket4t menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Diperket4tkan (PKPD) di beberapa kawasan yang bertujuan mengekang penularan wabak dalam komuniti,” katanya.
Menurutnya, hasil kerjasama baik seluruh rkyat Malaysia dalam mematuhi setiap arahan dikeluarkan telah membantu kerjaan dalam melandaikan C0v-19 di negara ini. “ Kerjasama yang diberikan seluruh rakyat serta jasa besar daripada (petugas) barisan hadapan, (hasilnya) kita telah berjaya mengawal jngkltan C0v-19 dengan meratakan lengkung pandemlk itu,” katanya. Tahniah Abah atas pengiktirafan hebat ini dan tidak lupa kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa patuh pada arahan kerjaan. Kita mesti menang.
Sumber:rentasasia
PKPP: Promosi jualan di ruang legar pusat beli-belah dibenarkan
KUALA LUMPUR: Aktiviti promosi jualan di ruang legar pusat beli-belah kini dibenarkan, namun tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan antara SOP yang perlu dipatuhi penganjur aktiviti promosi di ruang legar kompleks beli-belah ialah aspek penjarakkan s0sial dalam kalangan pengunjung.
Katanya, SOP itu bagi mengelakkan sebarang risiko penularan jangkitan wabak COVID-19 walaupun ia dikendalikan di ruang terbuka. “SOP yang terperinci akan dipaparkan di laman web Majlis Keselamatan Negara. Jadi boleh rujuk,” katanya pada sidang yang disiarkan secara langsung selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini.
Sumber:Berita Harian
Tiada alasan visa tamat tempoh
PUTRAJAYA: Tiada alasan untuk warga asing yang visa mereka sudah tamat tempoh untuk tinggal lebih lama di negara ini. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dakwaan kononnya warga asing terbabit tidak boleh memperbaharui visa mereka tidak tepat kerana urusan di Jabatan Imigresen sudah lama dibuka sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Kita faham jika sebelum ini mereka tidak boleh memperbaharui visa kerana pejabat Jabatan Imigresen masih ditutup tetapi urusan sudah boleh dilakukan sejak PKPB bermula. “Malah, sebelum ini saya pernah beritahu bahawa warga asing yang ingin pulang ke negara asal hanya perlu menunjukkan tiket penerbangan mereka di lapangan terbang. Jadi tiada alasan untuk tinggal lebih lama di negara ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika menjawab dakwaan kononnya warga asing yang tidak dapat memperbaharui visa mereka ditahan Jabatan Imigresen atas kes4lahan tinggal lebih masa di negara ini.
Ismail Sabri berkata, beliau tidak menolak kemungkinan warga asing yang ditahan itu menyalahguna visa pelancong yang diberikan dengan bekerja di negara ini. “Tidak ada alasan pejabat (imigresen) ditutup seperti dahulu cuma saya tidak tahu itu benar atau tidak, mungkin visa pelancong mereka digunakan untuk bekerja.
“Jika itu yang berlaku, ia jelas tidak mematuhi dasar dan undang-undang negara kita kerana menyalahgun4kan visa,” katanya. Sementara itu, beliau berkata, seramai 910 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 158 tekong ditahan menerusi Ops Benteng sejak 1 Mei lalu sehingga semalam.
Katanya, mereka ditahan kerana cuba memasuki sempadan negara secara har4m melalui lorong tikus. “Sepanjang tempoh itu, seramai 21 individu disyaki penyeludp ditahan selain mengambil 18 kapal. “Semalam, polis turut berjaya menahan 26 warga asing di sekatan jalan raya Ops Bentng atas pelbagai kesal4han imigresen,” katanya.
Sumber:Berita Harian
Kenaikan bil elektrik jadi kebimbangan global
KUALA LUMPUR: Ada sebahagian daripada kita yang terkejut apabila melihat bil elektrik mereka semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB). Ini telah mencetuskan perdebatan sama ada apakah bil elektrik kita terlalu tinggi? Namun persoalan yang lebih besar adalah, adakah kenaikan bil elektrik itu hanya berlaku di Malaysia sahaja, atau adakah ia fenomena global?
Penularan pandemik COVID-19 telah menyebabkan kita mengharungi tempoh getir yang tidak menentu dan belum pernah terjadi sebelum ini, dan dengan keadaan seluruh dunia berada di bawah sekatan pergerakan, ramai yang menghabiskan lebih banyak masa di rumah berbanding sebelumnya.
Menurut satu laman web kaji selidik, Populus, trend kenaikan bil elektrik itu juga dapat dilihat di negara-negara lain dengan United Kingdom mencatatkan purata peningkatan £32.31 (RM173.17) sebulan. Di New York, penggunaan elektrik pada hari bekerja di pangsapuri meningkat sebanyak tujuh peratus selepas perintah duduk di rumah, manakala penggunaan pada hujung minggu melonjak empat peratus.
Trend yang sama turut berlaku di seluruh dunia tanpa mengira status ekonomi termasuk di Australia, Singapura, Indonesia, Thailand, India serta Hawaii. Memandangkan bekerja dari rumah adalah penyelesaian utama semasa tempoh itu dan sekolah terpaksa ditutup, tidak dapat dielak penggunaan elektrik akan meningkat dengan drastik.
Bagi yang berada di rumah, kebanyakan daripada mereka juga mula dilanda hobi baharu mencuba memasak beraneka jenis makanan bagi keluarga termasuk resipi yang tidak pernah mereka terfikir untuk mencubanya sebelum ini.
Menurut laporan, jualan dalam talian perkakas elektrik seperti ketuhar, pengadun dan mesin pembuat roti melonjak semasa tempoh PKP. Namun berapa ramaikah pengguna yang sebenarnya mengambil tahu berapa banyak elektrik yang digunakan oleh peralatan berkenaan?
Berdasarkan kepada pengiraan, peralatan elektrik seperti pemanas air, penyaman udara, ketuhar gelombang mikro, ketuhar, periuk induksi, mesin basuh dan mesin pengering serta lampu menggunakan sebahagian besar daripada penggunaan tenaga di rumah.
Ditambah dengan penggunaan internet 24 jam akan meningkatkan lagi penggunaan elektrik. Internet dan kabel yang tidak dicabut juga menjadi antara penyumbang kepada kenaikan bil elektrik. Walaupun penggunaan elektrik dalam kalangan pengguna elektrik komersial dan perindustrian mencatatkan penurunan, berbeza pula dengan pengguna kediaman yang mencatatkan peningkatan penggunaan apabila aktiviti kehidupan beralih dari pejabat ke rumah.
Seperti yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, pelanggan elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) akan mendapat diskaun bagi bil elektrik mereka untuk tempoh enam bulan akan datang. Ketua Pegawai Runcit TNB, Megat Jalaluddin Megat Hassan, berkata 6.3 juta pelanggan kediaman B40 dan M40 TNB akan dapat menikmati kadar diskaun itu daripada lebih 7.5 juta pengguna dalam segmen kediamannya.
Oleh itu, lebih daripada 80 peratus pelanggan TNB akan menerima diskaun antara 15 peratus dan 50 peratus bagi penggunaan elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan dari 1 April hingga 30 September 2020. Bagi pelanggan bukan kediaman, ia termasuklah kategori tarif berikut:
Komersial (pengendali hotel, agensi pelancongan, pejabat syarikat penerbangan tempatan, gedung membeli belah, pusat konvensyen dan taman tema) = 15 peratus. Komersial (selain enam sektor terpilih itu), perindustrian, pertanian (khusus) = dua peratus.
Ini sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk menjana semula ekonomi Malaysia serta melindungi kebajikan rakyat. Ketika kerajaan terus berjuang memerang1 orang yang tidak baik yang tidak kelihatan ini, rakyat Malaysia perlu kekal bersatu padu dan bekerjasama untuk mengukuhkan ekonomi tempatan yang terjejas akibat pandemik itu. Semoga kita semua bersama-sama akan dapat melihat pengakhiran kepada perjuangan ini dan bangkit semula dengan lebih kukuh daripada sebelumnya. – BERNAMA
Sumber:Berita Harian via Era Kini
Post a Comment