Bayaran RM10000 sejam bagi program masakan. Ini penjelasan sebenar Sugu Pavithra berkait dengan isu ini.
Bayaran RM10000 sejam bagi program masakan. Ini penjelasan sebenar Sugu Pavithra berkait dengan isu ini. |
ARTIKEL MENARIK:Lesen takde tapi lalu roadblock. Mengejutkan ini tindakan yang tak diduga anggota JPJ bila lelaki ini selamba lalu roadblock tanpa lesen dan duit
YouTuber masakan popular, Sugu Pavithra menafikan dakwaan pihaknya menetapkan bayaran yang tinggi sehingga mencecah RM10,000 bagi program masakan selama satu jam seperti yang dikatakan sesetengah pihak. Sebaliknya, menurut M. Sugu, 29, dia dan isterinya, S. Pavithra, 28, sebolehnya tidak mahu terlibat dengan sebarang program rancangan masakan di televisyen.
“Sekarang ini kami tidak henti-henti menerima permintaan daripada orang untuk menemu bual dan tawaran untuk buat program masakan. Sebenarnya, kami tidak mempunyai pihak pengurusan untuk uruskan. Semuanya diuruskan sendiri.
“Jadi, jadual kami memang padat. Kami tidak mempunyai masa yang banyak selain perlu menguruskan keluarga. Jadi, apabila pihak berkenaan seperti mendes4k mahu kami lakukan, saya terus cakap harga sebegitu.
“Walhal, sebolehnya, kami tidak mahu terlibat dengan program di televisyen,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Menurut Sugu lagi, dia dan isteri hanya merancang untuk memberikan fokus kepada penghasilan video masakan di saluran YouTube mereka, Sugu Pavithra sahaja selepas ini. “Tak mahu keluar di televisyen. Kalau boleh biarlah kami fokus dengan video masakan untuk dimuat naik di YouTube sahaja, cukuplah.
“Kami pun perlu hasilkan video setiap hari untuk channel kami, memang tak cukup masa,” jelasnya. Terdahulu, seorang pengendali program di sebuah stesen televisyen mendakwa terkejut apabila diminta bayaran sehingga RM10,000 untuk sebuah program masakan.
Perkara itu diluahkannya menerusi satu entri di Instagram Story miliknya yang menyifatkan bayaran itu setanding dengan bayaran cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan. Sebelum ini, kisah pasangan suami isteri keturunan India ini menerima perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi tular. Bahkan, Sugu Pavithra juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sehingga kini Sugu Pavithra mempunyai lebih 600,000 subscribers di YouTube.
Bahkan, pasangan itu juga dilaporkan sudah berpindah ke rumah yang lebih selesa selepas suaminya membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai buruh ladang bagi memberikan fokus kepada penghasilan video. Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19
Sugu Pavithra Nak Masak Untuk Semua Jiran Gunakan Barangan Asas Yang PM Bagi
Pasangan YouTuber suami isteri yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ berhasrat memasak untuk semua jiran tetangga menggunakan barangan asas yang dihadiahkan Perdana Menteri, Tan Sir Muhyiddin Yassin. Terharu dengan pemberian PM, S Pavithra, 28, berkata dia dan suami M Sugu, 29, akan memuat naik menu masakan istimewa kepada jiran-jiran di saluran YouTube mereka.
Selain barangan asas seperti beras, sebuk kari, bawang dan minyak masak pasangan tersebut turut menerima tripod, ketuhar gelombang mikro dan periuk nasi elektrik. “Kami hanya orang biasa,tidak pernah berharap akan dapat hadiah daripada Perdana Menteri. ucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kita Tan Sri Muhyiddin Yasin,” kata Pavithra dan suami.
Lebih menggembirakan, PM turut mengirim sekeping kad ucapan buat pasangan suami isteri yang sedang trending ini. Menghargai pemberian tersebut, Pavithra telah mengabadikan kad ucapan tersebut dalam bingkai gambar.
“Dengan ingatan tulus ikhlas daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Keep up the good work, just stay at home” (Teruskan usaha yang baik, duduk di rumah sahaja),” tulis PM pada kad tersebut. Setakat ini saluran YouTube Sugu Pavithra telah menerima 510K subscribers berbanding 160,000 pada awal Mei lalu.
Peningkatan mendadak tersebut berlaku selepas mereka memuat naik rakaman temu ramah bersama Bernama semasa Hari Wesak pada 7 Mei lalu. Pasangan itu menjadi perhatian segenap lapisan masyarakat selepas memuat naik video memasak pelbagai menu dalam bahasa Melayu di akaun YouTube ‘Sugu Pavithra’. Terbaru, pasangan Sugu Pavithra berhasrat untuk memasak Nasi Briyani Kambing dan Ayam Masak Merah untuk PM selain belajar membuat kek, pastri serta pencuci mulut menggunakan ketuhar gelombang mikro.
“Gaji YouTube Pertama Saya RM900 Sahaja, Siapa Yang Kata Saya Dah Terima Beribu-ribu Itu tidak benar” – Sugu Pavithra Mampu Buat 4 Video Seminggu
Sejak tular kisah saluran YouTube Sugu Pavithra yang menampilkan pasangan suami isteri keturunan India, ramai pihak yang mengatakan mereka menerima bayaran sebagai rakan YouTube sehingga mencecah ribuan ringgit.
Namun, hakikat sebenar, menurut S. Pavithra, 28, dia hanya baru menerima bayaran gaji pertamanya menerusi video masakannya berjumlah RM900 sahaja. “Baru hari ini (semalam) saya pergi ambil gaji pertama saya. Saya lama tak pergi ambil sebab tak tahu prosedur untuk mendapatkan bayaran tersebut.
“Gaji YouTube pertama saya RM900 sahaja. Apa yang keluar di Youtube dan berita-berita lain kata saya dapat beribu-ribu tu semua bohonglah,” katanya ketika dihubungi Gempak . Pavithra berkata demikian selepas pulang daripada membuat tuntutan wang bayaran daripada YouTube di Pejabat Pos Besar Ipoh, Perak semalam.
Menurut Pavithra, dia tidak menafikan kemungkinan dirinya boleh menerima bayaran lumayan sebagai rakan YouTube, namun semua itu memerlukan komitmen yang tinggi untuk menghasilkan jumlah video yang banyak.
“Saya ini baru mula buat YouTube. Mungkin orang nampak saya ramai subscriber sehingga beratus-ratus ribu. Tapi untuk dapat bayaran beribu saya kena buat video beratus-ratus. “Sekarang ini video saya pun baru berapa puluh sahaja. Mungkin selepas ini baru gaji akan lebihlah,” ceritanya.
Buat masa ini, kata Pavithra, dia mampu menghasilkan empat hingga ke lima video sahaja dalam seminggu. Terdahulu, kisah Sugu Pavithra yang bercakap menggunakan bahasa Melayu menerusi video masakannya mendapat tumpuan ramai.
Bahkan, kisah Pavithra yang merupakan seorang suri rumah yang membuat saluran Youtube untuk membantu suaminya, M. Sugu yang bekerja sebagai buruh ladang turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Selepas Suami Berhenti Kerja, Sugu Pavithra Pindah Rumah Baharu – “Dia Banyak Kena Ambil Cuti Untuk Teman Interview”
Youtuber, S. Pavithra, 28, mendedahkan dia sudah berpindah ke kediaman baharu bersama suaminya, M. Sugu, 29 baru-baru ini. Menerusi video terbaharu, S. Pavithra menunjukkan aktiviti membersihkan rumah sebelum membawa barang-barang masuk.
“Ini dia rumah baru kami dekat Pekan Sungai Siput. Sangat luas rumah ini. “Ni Sugu tengah sapu rumah. Lepas tu kita akan mula cuci rumahlah,” katanya. S. Pavithra dan Sugu turut dibantu oleh ahli keluarga lain iaitu kakak ipar dan anak saudara.
Dalam satu video berasingan, S. Pavithra menyatakan suaminya sudah berhenti kerja sebagai buruh ladang bagi memberi tumpuan kepada content YouTube. “Suami saya sudah berhenti kerja di estet. Sebab suami saya berhenti kerja adalah untuk fokus kepada YouTube.
“Kami dah popular, ramai yang datang rumah untuk temu ramah (interview). Masa tu suami saya kena ada dengan saya jadi dia sudah ambil banyak cuti. “Kerja dia pun dah terganggu oleh sebab itu saya rasa lebih baik suami berhenti kerja,” katanya lagi.
Terdahulu, kisah Pravithra yang merupakan YouTiuber berketurunan India mendapat tumpuan rakyat Malaysia dengan video masakannya yang menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Video masakan itu juga mendapat tumpuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sehingga kini, saluran YouTube Sugu Pavithra sudah mencecah 680,000 langganan dalam tempoh empat bulan sahaja.
Sumber:Gempak via Era Kini
Post a Comment