Pengunjung mesti mengekalkan jarak satu meter antara satu sama lain ketika menjamu selera di premis restoran. SELAGI mana penjarakkan sosial satu meter boleh dipatuhi, adalah tidak menjadi masalah buat pengunjung restoran untuk duduk melebih empat orang di sebuah meja.
Ramai keliru SOP makan di restoran. Ismail Sabri ulas lebih lanjut jika ada ketidakfahaman. |
ARTIKEL MENARIK: Terkini seramai 416 kakitangan frontliner kkm positif covid 19. Tak sangka rupanya ini sebab Kkm tidak rekodkan sebarang peningkatan kes membabitkan frontliner.
Menurut Ismail Sabri, disebabkan tafsiran yang tidak tepat mengenai SOP oleh sesetengah pengusaha restoran, kebanyakan pengunjung keliru apabila mereka terpaksa duduk berasingan walaupun datang membawa keluarga.
“Kita kata bahawa selagi ianya boleh memenuhi SOP penjarakkan sosial, kita tak hadkan dari segi jumlah di meja tersebut. “Bila had empat (orang) saja, mereka yang datang satu keluarga dari rumah yang sama terpaksa diasingkan kerana SOP dipatuhi secara tegas oleh pengusaha restoran.
“Sebab itu mesyuarat setuju bahawa kalau ada enam (orang), meja boleh disambung untuk duduk bersama tetapi yang pentingnya adalah penjarakkan sosial, bukan meja itu diasingkan,” katanya dalam sidang media pada Jumaat.
Ismail Sabri sekali lagi menegaskan bahawa penjarakkan sosial satu meter adalah asas bagi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan dan ia wajib untuk dipatuhi. “Kalau enam (orang), dengan meja bersambung, ada penjarakkan sosial, kita benarkan mereka duduk bersama.
“Boleh tarik meja dengan syarat ia mesti ada penjarakkan sosial, satu meter dikekalkan di meja tersebut,” terangnya lagi. SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum ini adalah empat orang dibenarkan duduk semeja di kedai makan. Namun, Malaysia kini memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sejak 10 Jun lalu dengan lebih banyak kel0nggaran diberikan.
Sumber:Bernama
Kolam Renang Dan Aktiviti Sukan Air Sudah Boleh Beroperasi Bermula 25 Jun Ini
Kerajaan telah memberi kebenaran aktiviti sukan air dalam kolam renang untuk latihan tanpa sentuhan fizikal berkuat kuasa 25 Jun ini. Memetik laporan Astro Awani, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mesyuarat Khas Menteri-Menteri juga bersetuju untuk membenarkan operasi kolam renang di tempat terkawal untuk tujuan rekreasi.
Pembukaan ini termasuk kolam renang persendirian di kediaman, komuniti berpagar serta kolam renang awam di hotel dan kelab rekreasi.
Bagaimanapun, katanya kebenaran tersebut tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) termasuk menyediakan petugas untuk memastikan jumlah pengguna di kolam renang adalah terkawal.
“Aktiviti latihan renang (termasuk terjun dan menyelam) dibenarkan di kolam renang mengikut sesi ditetapkan dan dihadkan bilangan orang pada satu-satu sesi mengikut kapasiti kolam renang. “Ia termasuk untuk atlet kebangsaan, negeri dan perenang kelab dan akademi renang dalam program-program latihan tertentu atau perenang dalam program-program latihan berperingkat (seperti program learn to swim),” katanya dalam sidang media harian.
Jelas beliau lagi, operator kolam renang, kelab dan akademi renang perlu membuat pendaftaran notifikasi pembukaan kolam renang dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di laman web notification.miti.gov.my. Langkah tersebut bertujuan pematuhan SOP dan pemantauan oleh Kementerian Belia dan Sukan.
Berikut adalah antara SOP membabitkan aktiviti di kolam renang: Penjarakkan sosial tiga hingga lima meter semasa aktiviti latihan di dalam kolam renang. Tinggal kan premis atau tempat latihan secepat mungkin selepas aktiviti latihan. Aktiviti renang dilakukan di dalam kolam yang standard untuk latihan dan pertandingan.Pastikan pengguna membersihkan diri terlebih dahulu sebelum menggunakan kolam.
Sumber:Gempak
COVID-19: AS persoal angka baharu China, mahu pemerhati
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) semalam mempersoalkan kredibiliti China dalam melaporkan kes COVID-19 di Beijing dan meminta pemerhati berkecuali untuk menilai sejauh mana perkembangan wabak terbabit. China telah menutup ibu negaranya itu sebagai usaha mencegah gelombang kedua COVID-19, melaporkan 158 kes sejak kluster baharu dikesan minggu lalu.
Setiausaha Negara, Mike Pompeo, yang lantang mengkritik China, mendesak ketelusan yang lebih tinggi semasa perbincangan dengan pegawai kanan China, Yang Jiechi, di Hawaii pada Rabu. “Saya berharap bahawa jumlah dan laporan mereka lebih tepat daripada yang kita lihat dalam kes Wuhan dan tempat lain di China, tetapi itu masih belum dapat dilihat,” kata David Stilwell, diplomat AS untuk Asia Timur yang menemani Pompeo.
“Mengenai jumlah angkanya, ada baiknya mempunyai orang di lapangan bagi mendapatkan pengesahan di Beijing,” katanya kepada wartawan. Stilwell menunjukkan laporan dalam jurnal saintifik yang memberikan anggaran yang lebih tinggi untuk kes COVID-19 di Wuhan, kota di mana pandemik global itu pertama kali dikesan akhir tahun lalu.
“Oleh itu, sebaik sahaja kredibiliti anda hilang, anda harus mencari jalan untuk memulihkannya semula,” kata Stilwell. “Saya fikir, satu-satunya cara untuk melakukannya adalah dengan membawa pemerhati berkecuali untuk membantu memahami dengan tepat apa yang berlaku di sana.”
Wabak terbaru bermula di pasar borong Xinfadi di Beijing, yang membekalkan lebih daripada 70 peratus produk segar di bandar itu. Selepas berbulan-bulan normal, Beijing telah menggesa orang ramai supaya tidak tinggal kan bandar raya itu dan sekali lagi menutup sekolah.
Pompeo berada di barisan depan dalam mempromosikan teori mengatakan bahawa COVID-19 pertama kali muncul di makmal Wuhan, yang diketepikan oleh saintis arus perdana, China menudh pemerintahan Presiden Donald Trump memp0litikkan pandemik itu untuk menangkis kritikan terhadap cara mereka mengendalikan penyakit itu di AS, yang telah menderit4 jumlah pemergian tertinggi berbanding mana-mana negara.
Sumber:Bharian
Presiden Honduras positif COVID-19
TEGUCIGALPA: Presiden Honduras, Juan Orlando Hernandez, 51, dimasukkan ke Hospital Tentera selepas mengumumkan beliau dijangkiti COVID-19, menurut jurucakap kerajaan, Francis Contreras. Contreras berkata, doktor yang merawat mengesahkan ujian makmal mendapati Hernandez juga menghidap pneum0nia tetapi keseluruhan kesihatannya baik.
“Beliau mempunyai simptom ringan dikaitkan dengan penyakit itu dan akan mengadakan sidang kerja dalam talian dari hospital,” katanya. Hernandez perlu mematuhi langkah penceg4han yang disarankan oleh pakar kesihatan, bagaimanapun atas kapasiti kerja, sukar untuk beliau kekal menjalani pengasingan sepenuhnya.
Isterinya, Ana Garcia turut disahkan positif COVID-19, namun tiada simptom. Honduras antara negara Amerika Tengah yang paling teruk terjejas oleh COVID-19 dengan peningkatan kes terutama di Tegucigalpa dan bandar kedua San Pedro Sula di utara. Negara itu sehingga ini mencatatkan 9,000 kes dengan 322 pemergian, namun pakar mendakwa jumlah itu mungkin lebih banyak memandangkan hanya 1,000 ujian dijalankan setiap hari. – AFP
Sumber:bharian
AS yakin usaha vaksin, tidak perlu lagi perintah duduk di rumah
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) tidak perlu melaksanakan sek4tan dengan meluas untuk mengawal COVID-19 memandangkan kadar jangkitan harian tidak berubah, menurut pakar kerajaan, Anthony Fauci. Beliau yang juga doktor saintis yakin dunia akan memperoleh vaksin seawal mungkin yang akan mengakhiri pandemik itu, menyifatkan ujian awal sangat memberangsangkan.
“Saya rasa kita kini berusaha untuk mengawal dengan lebih baik kawasan-kawasan di negara ini yang mengalami banyak kes, bukannya untuk mengenakan lebih banyak sekatan. “Negeri yang tidak terjejas teruk juga tidak mempunyai masalah untuk membuka sekolah semula. Namun, bagi yang mempunyai kes yang agak banyak, boleh melengahkan pembukaan sekolah.
“Bagi yang berada di pertengahan, boleh melakukan pengubahsuaian proses seperti sekolah berganti-ganti pagi dan petang, asingkan tempat duduk pelajar dan memakai pelitup muka,” katanya. Berkenaan pembukaan sempadan, beliau berkata wujud usaha untuk membuka sempadan berdasarkan beberapa normal baharu dengan negara lain, namun enggan memberikan garis masa.
Sementara itu, ramai dalam kalangan komuniti saintis beranggapan sukar untuk mendapatkan vaksin COVID-19 yang disamakan seperti usaha untuk mendapatkan vaksin H1V yang mengambil masa berdekad. Namun, Fauci menekankan bahawa ia adalah dua perkara berbeza berikutan ramai yang sudah pulih dari COVID-19 kerana sistem imunisasi yang kuat.
“Justeru, antibodi semula jadi ini membuktikan bahawa ia boleh dilakukan. Saya juga yakin dengan keputusan awal kajian vaksin Moderna oleh Institut Kesihatan Kebangsaan ke atas manusia, namun ia bukanlah keputusan akhir,” katanya.
Dalam masa sama, Fauci juga kagum dengan keputusan kajian dari Britain mengenai steroid dexamethasone yang mampu mengurangkan satu pertiga pemergian pesakit yang bergantung kepada ventilator. Bagaimanapun, katanya ia tidak boleh digunakan terlalu awal, sejurus selepas seseorang itu dijangkiti. “Apa yang penting ialah mengetahui pada awal jangkitan, anda memerlukan sistem kekebalan tubuh yang kuat untuk menekan virus itu,” katanya.
Sumber:Bharian via Era Kini
Post a Comment