Baru baru ini ramai rkyat membuat aduan bahawa bil elektrik TNB mereka melonjak naik sehingga ada yang mencecah 600% dari jumlah bil sebelum bermulanya PKP.
Dikritik teruk oleh warganet hanya kerana tidak baca meter Tnb masa PKP. Sekali pembaca meter ni tampil tampil luahkan sesuatu buat warganet terkedu. |
ARTIKEL MENARIK:Terkini seramai 416 kakitangan frontliner kkm positif covid 19. Tak sangka rupanya ini sebab Kkm tidak rekodkan sebarang peningkatan kes membabitkan frontliner.
Rakyat masih tidak berpuas hati kerana salah satu alasan juga adalah pembaca meter TNB tidak dapat bergerak kerana PKP tetapi dipertikaikan kenapa posmen dan penghantar makanan seperti food panda dan grab food boleh bergerak. Ini luahan dari pembaca meter TNB sendiri. Jom baca.
AKU PEMBACA METER TNB
Semalam 399 rumah nak kena hdap. Hari ni 408 rumah kena hadap. Rekod tinggi pernah hadap sehari 800 ke atas. Sekali hadap sehari 200 rumah ke atas. Kalau sebulan dah berapa? 3K ke atas. Saja lah nak share dgn geng-geng delivery makanan & Delivery barang-barang pos sehari berapa rumah.
(Cuma sampai depan rumah,tunggu makan/barang diambil) Aku tak mrah dekat geng ni sebab aku pun pernah lalui macam depa. Kalau tanya depa, tempoh kemuncak C0vld-19 melanda, depa pun takut dan nak cuti. Tqvm geng sbb mudahkan urusan pengguna/ (Banyak kritikan yang dbandingkan geng diatas dgn geng pembaca meter elektrik n air) sebab mereka boleh berkerja.
Hanya bertindak ikut arhan
Tu belum kira lagi kedudukan meter mcm mana..bukan 100% meter semua depan mata cuma guna teropong.Pintu berkunci/Meter Sendeng/Meter terhlang dgn barang².Belum kira lagi kawasan tu mcm mana.Kndang khinzir guys Kndang AYAM guys Kawasan ANJliNG guys Kawasan Semak guys. Macam-macam lagilah nak kena hadap waktu kerja ni.
Aku pon kalau boleh waktu PKP aku nak kerja baca meter, Tapi sebab aku cuma staff bawahan hanya mampu bertindak mengikut arhan. Jangan terus nak salah geng Pembaca Meter Elektrik dan Pembaca Meter Air. Bukan saja-saja kami tekan bil jadi mahal,
tak dak guna kami buat macam tu sebab nanti akan jejas prestasi kerja kami. Bagi yang dah faham situasi yang melnda bil elektrik dan air. tqvm,semoga anda senantiasa dpermudahkan urusan dan murah rezeki. Bagi yang masih nak teruskan dengan kritikan silakan, terpulanglah. Otak masing-maslng terletak di kepala sendiri cuma masih boleh berfikir wras atau tidak.
Sumber : Hanif Ismail
Artikel By: AwatttSyeikhh Network
Selepas ramai yang complain bil naik mencanak akhirnya Tnb setuju untuk kaji semula mekanisme. Tak sangka rupanya ini punca bil elektrik naik mencanak.
Selepas banyak aduan dan rungutan daripada orang ramai tentang kenaikan bil elektrik secara drastik yang kita dapat lihat melalui media media sosial, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini sedang mengkaji mekanisme.
Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengatakan, dia bersama dengan pengurusan TNB, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli dan Suruhanjaya Tenaga akan berusaha untuk mencari penyelesaian yang tepat.
Ketika MCO bermula pada 18 Mac, operasi pembacaan meter TNB fizikal terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.” Tambahnya, sepanjang tempoh PKP itu hanya anggaran pembacaan meter yang dapat dilakukan dan dihantar kepada pelanggan untuk bulan Mac dan April melalui aplikasi myTNB,
Jadi, semasa operasi disambung semula pada 15 Mei, bil yang diterima oleh pelanggan TNB mencerminkan penggunaan elektrik sebenar sejak PKP bermula. “Kami perhatikan keluhan yang disuarakan oleh rakyat setelah menerima bil TNB mereka. Saya harap penjelasan ini akan dapat mengurangkan ketidakpastian di kalangan orang ramai.”
Antara luahan pengguna
Jelaskan elaun sebenar Pengerusi jauh lebih rendah dari dilaporkan
Beliau juga menolak tudhan dari beberapa pihak mengenai elaun yang didakwa dia terima dalam jawatannya. “Jumlah elaun sebenarnya jauh lebih rendah. Cukup untuk saya katakan bahawa ia lebih rendah daripada yang dituntut, ”
Ia berikutan dengan gesaan daripada Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan yang mendesak TNB untuk menjelaskan status rang undang-undang tersebut dan untuk mengelakkan kekeliruan. Dia juga menyarankan agar penyedia utiliti mempertimbangkan untuk memberikan potongan berdasarkan bacaan terbaru, sebagai langkah jangka pendek untuk membantu rakyat.
Sumber: Malay Mail, Lobak Merah
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Bil Eletrik Naik Medadak. Terkini Pengerusi TNB Tampil Buka Mulut Bersuara Lantang Bil Eletrik Untuk Tempoh PKP Boleh Bayar Secara Ansuran Sehingga Disember.
SHAH ALAM: Pengguna elektrik segmen kediaman diberi kemudahan untuk membayar bil bagi kegunaan elektrik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara ansuran. Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata bayaran ansuran itu boleh dibuat sehingga Disember 2020.
Beliau berkata, pelan ansuran itu ditawarkan secara automatik dan jumlah ansuran itu akan tertera dalam kotak kuning yang terdapat dalam bil pertama dengan bacaan sebenar. Katanya, bayaran ansuran itu adalah untuk meringankan beban pengguna yang terkesan impak c0v1d-19.
“Seperti sedia maklum, bermula 15 Mei lalu, TNB telah mengaktifkan semula operasi pembacaan meter setelah ditangguhkan bagi mematuhi arahan PKP. “Bil anggaran yang dikeluarkan semasa PKP diselaraskan dalam bil sebenar yang diserahkan pembaca meter.
“Secara amnya sepanjang tempoh PKP, kadar penggunaan elektrik sektor kediaman meningkat susulan rakyat mematuhi arahan PKP untuk berada di rumah,” katanya pada sidang media selepas melawat Kedai Tenaga Shah Alam, hari ini.
Hadir sama, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Mahdzir mengakui terdapat pengguna yang menggunakan saluran media sosial menyatakan kekeliruan mereka mengenai bil elektrik yang tinggi serta mempersoalkan kaedah pelarasan bil yang diguna pakai TNB.
Beliau menjelaskan, pelarasan bil TNB adalah menggunakan kaedah prorata yang memastikan pengguna tidak terlebih caj. Katanya, kaedah itu sudah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga. “Ia juga berdasarkan penggunaan sebenar elektrik setiap bulan kerana bil sebenar yang diberikan akan dibahagi sama rata untuk jumlah bulan tempoh PKP.
“Penggunaan bulanan inilah yang didarabkan dengan kadar blok tarif bagi setiap bulan,” katanya. Mahdzir berkata, pelanggan yang memerluk4n penjelasan mengenai bil mereka boleh berhubung terus dengan pegawai khidmat pelanggan TNB dan boleh datang terus ke mana-mana Kedai Tenaga berhampiran atau hubungi talian TNB CareLine 1-300-88-5454.
Mahdzir berkata, sebanyak 119 Kedai Tenaga kembali beroperasi setakat ini dan enam lagi Kedai Tenaga di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh Semenanjung akan hanya dibuka semula pada 9 Jun nanti. Beliau berkata, Kedai Tenaga adalah salah satu saluran untuk pengguna mendapat maklumat secara bersemuka mengenai pelarasan bil elektrik mereka.
Katanya, setakat ini, data TNB menunjukkan sebab utama pelanggan berkunjung ke Kedai Tenaga bukanlah untuk bertanya berkenaan bil tinggi serta pelarasan bil. “Majoriti mereka atau 42 peratus pelanggan yang datang adalah untuk mendapatkan salinan bil, manakala 58 peratus lagi adalah berkaitan hal lain
perkhidmatan TNB seperti pembayaran bil, menutup akaun, pertanyaan tentang bil serta pelarasan dan hal lain. “Oleh itu, kami mengalu-alvk4n pelanggan yang ingin mendapatkan maklumat mengenai pelarasan bil mereka,” katanya. Apa pendapat anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen dan Share Ya. Terima Kasih !
Sumber : BH Online via Era Kini
Post a Comment