Perdana Menteri Telah Tamat Kuarantin Covid 19. Tak Sangka Akhirnya Dr Noor Hisham Bersuara Bila Tan Sri Muhyiddin Dan 34 Pegawai Sudah Mula Bertugas

Perdana Menteri Telah Tamat Kuarantin Covid 19. Tak Sangka Akhirnya Dr Noor Hisham Bersuara Bila Tan Sri Muhyiddin Dan 34 Pegawai Sudah Mula Bertugas

Akhirnya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kesemua 34 pegawai kerajaan yang menghadiri mesyuarat pasca-Kabinet yang sebelum ini dikenakan kuarantin 14 hari di rumah, sudah dibenarkan memulakan tugas di pejabat, esok.

Perdana Menteri Telah Tamat Kuarantin Covid 19. Tak Sangka Akhirnya Dr Noor Hisham Bersuara Bila Tan Sri Muhyiddin Dan 34 Pegawai Sudah Mula Bertugas
Perdana Menteri Telah Tamat Kuarantin Covid 19. Tak Sangka Akhirnya Dr Noor Hisham Bersuara Bila Tan Sri Muhyiddin Dan 34 Pegawai Sudah Mula Bertugas

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua mereka menamatkan tempoh kuarantin yang bermula 21 Mei lalu susulan seorang pegawai didapati p0sitif C0VlD-19. ”Ujian calitan dijalankan terhadap kesemua mereka dan didapati neg4tif. Oleh itu, esok, mereka boleh memulakan semula tugas di pejabat,” katanya pada sidang media harian C0VlD-19 di sini, hari ini.

ARTIKEL MENARIK:Terkini Ds Ismail Sabri benarkan rentas negeri mulai 1 Jun tetapi bersyarat. Tak sangka rupanya ini syarat yang ditetapkan untuk rentas negeri.

Beliau berkata keadaan pegawai yang sebelum ini didapati positif, sudah semakin baik dan ujian calitan mendapati ia neg4tif. Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata inisiatif negeri Sabah yang membenarkan rakyat Malaysia yang disaring neg@tif pulang ke Sabah untuk bekerja tanpa kuarantin 14 hari boleh diguna pakai.

Jelasnya, jika saringan boleh dilaksanakan dalam tempoh tiga hari maka proses kuarantin boleh dikecualikan jika keputusan neg4tif. “Ia mungkin satu inisiatif yang boleh diguna pakai. Kita (Kementerian Kesihatan) pun sedang merancang sama ada boleh guna pakai bukan sahaja bagi mereka yang ingin pulang ke Sabah dan Sarawak tetapi untuk negara bagi mereka yang kembali atau ingin datang ke Malaysia,” katanya.


Loading...
loading...

Mengulas lanjut, beliau berkata mereka yang ingin memasuki pintu negara perlu menjalani saringan terlebih dahulu di negara masing-masing. “Kalau neg@tif kita lihat bagaimana boleh membenarkan mereka datang tetapi kuarantin tetap akan dilaksanakan jika tiada saringan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata pertimbangan yang sedang dilaksanakan adalah sekarang ini bagi rakyat yang kembali sama ada dikuarantin secara wajib di pusat kuarantin atau di rumah. Ditanya saringan dalam tempoh tiga hari boleh dilaksanakan, Dr Noor Hisham berkata ia mampu dilakukan kerana 80 peratus ujian boleh dilaksanakan dalam tempoh 24 hingga 48 jam.

Sumber : BERNAMA via apampink



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post