TIADA lagi persefahaman antara satu sama lain menjadi punca hubungan pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana berakhir sejak sebulan lalu. Bagaimanapun, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 25, berkata, perpisahan itu bukan disebabkan populariti atau gangguan orang ketiga.
Syafiq Kyle dan Mimi Lana putus cinta masa PKP. Akhirnya Mimi bongkarkan punca utama mereka berdua putus sampai nekad unfollow ig |
ARTIKEL MENARIK:JIKA sebelum ini, perasaan sedih berjauhan dengan keluarga pada Hari Raya Aidilfitri dapat diketepikan memandangkan lebih fokus memikul tugas mengharumkan nama negara di pentas sukan tanah air.
Syafiq dan Mimi Lana putus sejak sebulan lalu. Hubungan pasangan ini disedari berdepan masalah selepas kedua-dua mereka berhenti mengikuti akaun Instagram masing-masing sejak April lalu. Dalam pada itu, pelakon Cari Aku Di Syurga ini mengakui sedih apabila terpaksa memutuskan hubungan yang dibina selama lima tahun itu.
“Bohonglah kalau nak kata saya tak sedih dengan perpisahan ini. Lima tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama. “Hendak buat macam mana, kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup harus diteruskan.
“Fokus saya sekarang ini adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan. “Soal cinta, saya ketepikan dulu. Bila hidup solo, senanglah untuk saya merancang kerjaya seni saya,” katanya.
Walaupun bukan lagi pasangan kekasih, Mimi tidak menolak jika digandingkan dengan Syafiq dalam drama atau filem pada masa akan datang. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Mstar/BSM via apampink
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment