PELAKON Mimi Lana mengakui masih berkawan baik dengan bekas kekasihnya, Syafiq Kyle walaupun hubungan cinta mereka sudah putus sejak sebulan lalu. Mimi berkata, dia dan Syafiq akan terus bersikap profesional dalam kerjaya.
Lepas je hubungan terputus Mimi Lana nekad bongkarkan sikapnya dengan Syafiq Kyle. Tak sangka mereka berdua sanggup lakukan macam tu |
ARTIKEL MENARIK:Syafiq Kyle dan Mimi Lana putus cinta masa PKP. Akhirnya Mimi bongkarkan punca utama mereka berdua putus sampai nekad unfollow ig
Menurut Mimi, dia reda dengan apa yang berlaku dan masing-masing boleh fokus dengan kehidupan sendiri. “Kami masih boleh bekerjasama dan bersikap profesional. Tiada apa yang menghalang. Kehidupan perlu diteruskan saya reda. Paling penting sekarang saya kena fokus pada diri sendiri, kerjaya dan perkara lain.
“Mungkin dalam waktu terdekat bukan masa sesuai untuk saya berfikir soal hubungan baru. Biarlah masa menentukan. Kalau ada jodoh tak ke mana,” katanya. Terdahulu, Mimi mengesahkan sudah putus cinta dengan Syafiq sejak sebulan lalu selepas lima tahun bercinta. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : HMetro
Syafiq Kyle Dan Mimi Lana Putus Cinta Masa PKP. Akhirnya Mimi Bongkarkan Punca Utama Mereka Berdua Putus Sampai Nekad Unfollow Ig
TIADA lagi persefahaman antara satu sama lain menjadi punca hubungan pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana berakhir sejak sebulan lalu. Bagaimanapun, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 25, berkata, perpisahan itu bukan disebabkan populariti atau gangguan orang ketiga.
“Apa yang boleh saya katakan antara kami sudah tiada persefahaman. Ini tiada kaitan dengan soal populariti atau gangguan orang ketiga. “Hubungan kami masih baik dan tidak pernah bermasam muka… anggap sahaja kami tiada jodoh,” katanya kepada BH Online.
Syafiq dan Mimi Lana putus sejak sebulan lalu. Hubungan pasangan ini disedari berdepan masalah selepas kedua-dua mereka berhenti mengikuti akaun Instagram masing-masing sejak April lalu. Dalam pada itu, pelakon Cari Aku Di Syurga ini mengakui sedih apabila terpaksa memutuskan hubungan yang dibina selama lima tahun itu.
“Bohonglah kalau nak kata saya tak sedih dengan perpisahan ini. Lima tahun menjalinkan hubungan, banyak kenangan yang pernah kami cipta bersama. “Hendak buat macam mana, kenalah reda dengan apa yang berlaku. Hidup harus diteruskan.
“Fokus saya sekarang ini adalah untuk terus memajukan diri dalam bidang lakonan. “Soal cinta, saya ketepikan dulu. Bila hidup solo, senanglah untuk saya merancang kerjaya seni saya,” katanya.
Walaupun bukan lagi pasangan kekasih, Mimi tidak menolak jika digandingkan dengan Syafiq dalam drama atau filem pada masa akan datang. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: Mstar/BSM via apampink
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk pantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Post a Comment