Aku seorang isteri. Sebelum berkahwin aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dan serba cukup. Didikan agama yang cukup kerana ayahku seorang bilal.
Gaji banyak sampai berbelas ribu tapi habis hanya kerana tangung hutang adik beradik di kampung. Tak sangka akhirnya ini pilihan yang isteri terpaksa bagi pada suami. |
ARTIKEL MENARIK:Menyesal tinggalkan ank yang kurang upaya di pondok usang. Tak sangka lepas 15 tahun meraung ibu baca surat yang ank tinggalkan. Rupanya sehari sebelum ibu datang kat pondok ini yang jadi pada anknya.
Sebelum aku meneruskan, biar aku describe sikit siapa suami aku. Dan kenapa aku kata dia sempurna. suami aku fizikal nya agak menarik. Berpangkat, berpendidikan dan mempunyai kerjaya yang baik. Solat puasanya dia jaga. Tapi apa yang akan aku ceritakan nanti mungkin ujian buat aku. Ya ujian aku sebagai hambaNya. Redha kah aku.. Hanya Allah yang mengetahui hati aku sepenuhnya.
Aku mengenali suami aku secara tidak sengaja. Dalam banyak lelaki yang ingin mendekati aku, dia yang benar-benar serious, walaupun aku hanyalah perempuan biasa. Cantik katanya tapi biasa saja padaku. Tapi baginya aku dipilih menjadi isteri kerana mempunyai pakej yang lengkap, rupa, pendidikan dan pegangan agama. Walhal aku sebenarnya tidak sebaik mana, namun aku memang sangat2 menjaga maruah mak ayah. Itu yang menyebabkan aku menjaga akhlak. Kami berkahwin selepas kira2 setahun berkawan.
Awalnya perkahwinan kami memang bahagia. Tiada sebab untuk brbalah apatahlagi kami berkahwin atas dasar cinta. Memandangkan ketika bercinta dan bertunang kami duduk berjauhan, kami tidak puas bercinta, jadi selepas bernikah lah kami benar2 bercinta. Ujian mula hadir bila kami memulakan hidup bersama. Aku berpindah dari rumah ayah mengikut suami selepas sebulan bernikah. Kami menyewa rumah. Memandangkan aku tidak bekerja, kewangan sedikit haru. Namun masih stabil.
Beberapa bulan berkahwin aku merasa sesuatu perubahan pd urusan kewangan suami. Pelan-pelan aku selidik. Maka, inilah permulaan masalah rumahtangga kami. Atau boleh aku katakan sebenarnya bibit bibit punca aku sehingga kini membenci keluarga suami. Yang suami aku anggap telah membuang keluarga nya. Hakikatnya tidak. Cuma hatiku tawar. Aku masih menjenguk keluarga nya.
Suka berhutang. Masalah bermula bila aku dapat tahu suami ku kekeringan duit poket. Kereta yang disambung bayar dari abang ipar tidak lagi mampu dibayar. Dan terpaksa diserahkan balik. Maka ketika aku disahkan mengandung kami tidak punya kereta.
Tak apalah, sebab masa aku kenal suami pon kami bercinta menaiki pengangkutan awam. Aku bukan perempuan yang mengharap lelaki kaya. Setelah aku selidiki, rupanya adik beradik suami, kakak dan adik nya lelaki perempuan kerap minta duit. Bukan sikit siap suruh bayarkan kereta bulan-bulan.
Bila aku disahkan mengandung anak pertama, suami aku beli kereta murah2 untuk selesakan kami. Alhamdulillah. Aku masih tidak ambil pusing dengan kewangan dia. Meminta tidak, apa yang dia beri aku terima. Sehinggalah adik adik nya 3 orang ingin berkahwin dan meminta2 sponsor dari suami.
Sponsor biasa aku tak kesah sangat. Tapi bila pada hari majlis meriah bukan main sedangkan ketiga-tiganya tidak bekerja tetap.. Dan tidak bekerja aku dah rasa semacam. Sangkaan ku tepat. Selesai majlis kawin orang nak angkat/kemas balai tiba-tiba minta duit sewa balai (canopy) rm700+.
Takde sape nak bayar. Syukur suami aku ada cash dan tanpa banyak tanya dia bayarkan. Maka lega lah pengantin 3 beradik tu. Adik dia yang lelaki sorang tu memang suka berhutang. Dia lah yang paling aku benci, namanya ali (bkn nama sebenar)
pertama, ketika suami aku bertugas jauh dari kampung masa bujang, dia tinggalkan kereta nya di kampung. Tau apa jadi? Adik dia kata kereta terlibat dalam satu kejadian dan total lost. Tapi bila suruh tunjukkan kereta, kereta takde. Suami aku jenis tak suka besarkan cerita dengan adik bradik dia. Jenis diam dan banyak mengalah.
Inilah punca suami aku kena blacklist yang menyebabkan dia tak boleh beli kereta masa awal kahwin. Masa tunang dia hanya mampu smbung byr kereta abang iparnya. Tp kereta tu dipulangkan bila selepas kawin kami tak mampu membayar. Untuk membeli kereta lain ketika aku mengandung anak pertama suami aku terpaksa clearkan blacklist kereta yang total lost tu sebab sejak kereta tu tak wujud laki aku tak bayar dah loan kereta.
Nak claim pon tak boleh. Loan pertama tu sebanyak rm19k. Kemudian adik dia yang malas kerja ni dan byk hutang ni suruh suami aku balik ke utara sedangkan kami duduk di selatan semata-mata dia nak buat loan untuk pertanian. Sebenarnya loan tu dia janji untuk bagi sikit kpd suami aku jelaskan hutang2 lama. Suami aku jd guarantor personal loan dia.
Sebelom tu suami aku buat personal loan hampir 40k untuk bantu adik dia ni mulakan ladang pertanian. Tp tidak berjaya walau duit dah habis beribu. Setiap minggu adik dia akan call untuk modal ladang. Dan byr gaji pembantu ladang.
Aku dah halang suami buat loan. Tp niat dia, dia nak tolong adik dia berkebun. Pada aku loan tu terlalu besar. Dan selepas beberapa bln tak nampak pon hasilnya. Sampai lah satu ketika aku balik kampung berlonggok cili kt rumah MIL aku yang tidak terurus dan hampir membusuk, nak nangis aku rasa.
Untung langsung takde modal pon tak balik. Sedangkan suami ku dah loan puluh ribu dengan harapan ada pulangan, setidaknya untuk cover loan. So, selepas loan blacklist kereta, loan ladang cili, dan personal loan yang akhirnya baru2 ni suami aku yang selesaikan juga sebanyak rm7k..
Terlalu banyak suami aku berhabis duit yang sia sia. Termasuk menjadi pembayar majlis kahwin mereka yang majlis sakan tapi tak de duit. Tak ukur baju di badan sendiri. Sehingga sekarang suami aku menangung hutang sia sia itu. Adik beradik lain kalau setakat pinjam 3-4k mmg tak bayar.
Masalah kedua keluarga mertua aku ni ialah moral. Dua adik lelaki suami aku keluar masuk pagar besi dan kerja nya kena tangkap polis je atas mcm mcm kesalahan. Tadi aku cerita pasal majlis kahwin kan. Yang sorang tu kahwin selepas isteri nya melahirkan anak..
Berbalik pada cerita keluar masuk pagar besi. Dua adik lelaki nya mmg dari bujang silih berganti masuk pagar besi. Ada satu ketika tu suami aku di suruh balik ke kampung untuk menjamin adiknya. Tp pegawai polis tu tak bagi laki aku jamin sebab laki aku ada kerjaya yang baik.
Taknak terpalit katanya. Adik dia yang ke 3 ni biar aku bagi nama aki. Masa bujang keluar masuk pagar besi, lepas tu mengandung kan anak orang , selepas kawin anak dua tak betanggungjawab dan tak kerja. Penyudahnya berpisah juga.
Sebab apa, selain dari dia suami yang tak boleh pakai, mak mentua aku juga tak pernah tegur anak anak dia.. Walaupun laki aku selalu kata mak dia dah tegur dan didik anak elok2.. Pd aku sejauh yang aku kenal mertua dia mmg 90% tak kisah dengan masa depan dan akhlak anak anak.
Sebab itu anak anak bermasalah.. Dari 10 anak nya hanya 2-3 saja yang elok. Termasuk suami aku. Itupon suami aku ada juga lalai nya, nanti aku ceritakan apa masalah suami aku. Ali dengan tak kerja nya, kerja sekejap berenti, pinjam duit, menumpang umah MIL, hutang sana sini, bahan terlarang nya..
Aki dengan keluar masuk lokap kes cri, dan skrg jadi duda dah. Tak puasa. Aku kalau balik kampung masak untuk anak anak aku yang bwh 5 tahun. Selamber je dia ambik makan. Mil aku dari dulu tak pernah kejut anak anak bersahur. Yang aku nampak. Sebab penah aku balik kampung bulan puasa awal2 kahwin MIL aku tak kejut sampai kami hampir terlepas.
Masa tu kami baru sampai dari jauh dan sangat letih. Bila tersedar dah lewat boleh Mil aku cakap ‘aku dah sahur makan biskut tadi’ aduh sedih, berbeza dengan rumah mak aku yang mak aku bangun siap kan sahur untuk kami.
Dan kejutkan kami. Ayah aku tolong sediakan air. Bukan kami anak anak jadi raja tapi memang mak ayah aku memahami kami. Sejak dari itu, bila balik ramadhan aku dan suami akan sediakan sahur awal. Walaupun kadang2 cuma kami berdua yang bangun sahur.. Kini anak anak.
Adik dia yang ke empat aku namakan Adi. Masa aku kenal suami dia masih sekolah rendah. Masa tu ok. Tp naik sekolah menengah sesekali balik kampung dia dah tak sekolah. Rajin ponteng dan mil aku tak kisah pon. Aku penah suarakan pada suami. ‘kalau dibiar nanti dia akan jd perangai abang abangnya yang dua orang tu ali dan aki.. Malas, masalah moral.
Dan akhirnya tekaan aku betul. Adi pd usia 19tahun dia di tuduh atas kesalahan. Walaupun sebenarnya suka sama suka. Tp sebab perempuan br berusia 14-15thn. Keluarga perempuan buat laporan polis.. Dan setelah berbincang kes ditarik namun adik dia dibawah pengawasan untuk bekelakuan baik.
Tp selang beberapa tahun, sekali lagi dia melakukan kesalahan yang sama. Setahu aku dengan perempuan yang berbeza. Kira ini kesalahan kedua tuduhan. Dan ayah perempuan paksa mereka bertunang. Terpaksa lah adik dia bertunang untuk elak dikenakan tuduhan. Kahwin bila aku pon tak tahu.
Aku tahu, ibu adalah syurga seorang anak. Aku tidak pernah menghalang suami aku untuk taat dan berbuat baik pada ibunya. Sebak. Tapi, selama kami menjadi menantu dia. Dia tidak pernah melayan dengan baik. Pada asalnya dia biasa saja.
Bkn ibu mertua yang jahatkan menantu. Tp dia sejenis yang nak diraikan anak menantu tapi tidak meraikan anak menantu. Tidak seperti emak ayah aku yang begitu teruja menyambut kepulangan anak cucu yang tggal jauh. Mulanya aku rasa biasa, bila mertua tidak masak dan hanya buat hal sendiri selalunya.
Bila isteri aki dan isteri ali mengadu nasib mereka sebab mereka tinggal dengan mertua aku jadi kesian. Aku hanya mampu menasihatkan sabar. Ibu mertua aku sangat bekira dan agak kedekut. Awal2 kahwin aku pulang beraya dengan mmbawa pelbagai jenis kuih muih.
Tp biras aku mengadu mertua aku simpan kuih tu kat bilik dia ..Sehingga busuk. Ya mmg betul. Begitu lah perangai mertua aku yang suka simpan makanan dengan lebih tepat sorok2. Pendek kata kdg2 mertua aku ni jenis jaga perut dia je, kdg2 bila balik kampung dia cuma ckp dia makan nasi kenduri yang lain pandai2 lah..
Memandangkan aki tidak bekerja tetap, isteri nya bekerja untuk mencari duit. Dua anak nya ditinggal dirumah mertua. Penah anak seusia setahun dua itu terbiar merata rumah, brak pon tidak berbasuh. Makan pon tidak. Bila aku tanya sebab kebetulan aku br sampai, mertua aku jawab “entahlaa mana mak dia tinggal je anak” walhal dia tau menantu nya tu bekerja sebab anak lelaki dia tak boleh harap.
Apa salahnya dia tolong jaga cucu, bukan dia tak larat. Usianya ketika tu baru 50an. Suka salahkan menantu. Walhal anak anak sendiri mcm2 masalah tak pernah dia sedar. Skrg menantu dia tu dah berkahwin lain. Alhamdulilah hidup lebih baik dari hidup dengan anak lelaki dia.
Satu lagi habit mertua aku, bila dia kemana mana dia akan minta itu ini. Aku malu. Kalau majlis makan dia akan duduk makan lama mcm dah 7 tahun tak makan. Ok itu takpe. Tp, bila orang tak offer dia akan minta bungkus. Kalau orang offer lagilah dia suka untuk laju2 bungkus bawa balik.
Sesetengah orang mungkin rasa itu biasa, tapi bila ke kenduri dan majlis kdhg habit tu buat aku rasa malu. Bukan semua orang kdg ikhlas. Kadang bila orang dah minta terpaksa kata ‘silakan..Ambillah’ hakikatnya… sebab tu aku tak suka meminta minta.
Apa orang offer ambil sekadarnya.. Bkn bungkus semua. Aduh… adab. Dan benda ni berjangkit pada anak anak nya termasuk suami aku. Suka meminta. Tp suami aku, aku dah didik jgn lagi meminta bila orang tak offer…
Rumah mertua aku ni sepah dan kotor ya rabbi. Tak tahu aku nak cakap macam mana. Aku tak boleh nak beza barang hiasan dengan sampah. Ruang tamu ke dapur semua benda bukan bukan terletak dan tergantung. Habit mentua aku yang aku tak gemar, suka meminta minta kalau kemana-mana ke rumah orang.
Lepas tu dia bawa balik dan kumpul. Begantung plastik ape semua, makanan buah tapi tak makan sampai busuk, berbau dan jd sampah habuk semua. Sampai aku tak rela nak masuk dapur untuk masak. Pernah aku kemas dapur dan rumah dia. Mertua aku keluar tak balik2.. Berjalan rumah jiran. Sampai aku siap kemas baru dia balik.
Aku pesan pada adik bradik suami, untuk teruskan kemas dan kekalkan kersihan dan kekemasan tapi kakak dia sound aku mengungkit tolong emak. Dan adik dia ali kata sesekali aku balik nak bising. Mak aku pesan, jgn masuk campur.
Itu rumah mereka aku orang luar. Sedih. Ye aku orang luar, tapi aku pon tak selesa. Dapur bekerak. Kadang aku kesian dengan suami aku. Dia suami yang pada aku baik, anak yang sangat taat pd ibunya. Sangat menjaga hati ibunya.
Kadang2 dia berbelah bagi antara aku dan ibunya sebab kadang2 aku sangat bekehendak perubahan. Aku tak boleh hidup dalam keadaan macam tu. Aku stress memikirkan masalah keluarga suami. Memandangkan kampung kami tidak lah jauh mana. Cerita kelakuan keluarga suami kadang2 sampai ke telinga orang kampung aku. Contoh kes adiknya dengan cucu orang kampung aku.. Sedih.. Malu.. Kesian mak ayah aku tak banyak terpalit juga.
via Era Kini
Post a Comment