Alami alahan teruk. Akhirnyaa Mawar Rashid tampil buka mulut bongkarkan sesuatu tentang dirinya buat warganet teruja.

Alami alahan teruk. Akhirnyaa Mawar Rashid tampil buka mulut bongkarkan sesuatu tentang dirinya buat warganet teruja.

PELAKON Mawar Rashid berkongsi berita gembira bahawa dirinya kini sedang hamil anak kedua. Menurut Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 25, dia mengalami alahan yang sangat tervuk berbanding mengandungkan anak pertamanya, Raden Muhammad Rafael.

Alami alahan teruk. Akhirnyaa Mawar Rashid tampil buka mulut bongkarkan sesuatu tentang dirinya buat warganet teruja.
Alami alahan teruk. Akhirnyaa Mawar Rashid tampil buka mulut bongkarkan sesuatu tentang dirinya buat warganet teruja.

“Sebenarnya, kami baru sahaja tahu (hamil). Masa Mawar periksa guna ujian kehamilan, keputusannya negatif tapi selepas jumpa doktor, barulah disahkan hamil. “Buat masa sekarang, Rafael memang Mawar yang selalu jaga tapi nanti kalau dia tak larat sangat, barulah saya akan ambil alih tugas tersebut,” ujarnya.

ARTIKEL MENARIK:Diistihar bankrup. Rupa rupanya perkara mengejutkan ini telah berlaku pada Fizo Omar. Ramai tergamam bila tahu perkara sebenar


Raf dan Mawar mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael yang lahir pada 13 Mac tahun lalu. Untuk rekod, Raf mempunyai dua orang iaitu Raden Ahmad Rayyan, 9, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4, hasil perkahwinan sebelum ini.

Ruang komen perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada warganet yang juga mendoakan agar Mawar dan bayi dalam kandungannya sentiasa sihat serta selamat.

Sumber : Instagram Mawar Rashid

Bangga jadi ibu – Mawar Rashid

BERGELAR ibu pada usia muda bukan mudah. Selain kurang pengalaman, tumpuan juga perlu diberikan sepenuhnya kepada anak yang baharu dilahirkan. Ia diakui pelakon yang semakin mencipta nama, Mawar Rashid, 24, yang terpaksa bergantung kepada suami, ibu dan ibu mentua bagi menguruskan Raden Muhammad Rafael yang kini berusia tiga bulan.

Menceritakan pengalamannya, Mawar mengakui sepanjang tempoh berpantang dia kekok menguruskan Rafael. Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid melangsungkan pernikahan dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf yang juga adik kepada penyanyi dan cef selebriti popular, Fazley Yaakob pada 9 November 2017.

Raf juga memiliki dua anak iaitu Raden Ahmad Rayyan 8, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 4, hasil perkahwinan pertamanya. Mawar berkata, dia tidak pernah ada pengalaman menguruskan bayi. Dia juga tidak ada anak saudara yang masih bayi, jadi memang tidak ada pengalaman langsung.


Loading...
loading...


Apabila berkahwin dengan Raf, dua anaknya memang sudah besar dan boleh menguruskan diri sendiri. “Mujur suami ada pengalaman, jadi dia banyak membantu saya menguruskan Rafael. Selain itu saya bertuah kerana ibu dan ibu mentua juga banyak membantu. Sedikit demi sedikit saya banyak belajar dan timba ilmu daripada mereka.

“Akhirnya saya dengan sendirinya tahu cara menguruskan anak kecil. Ia proses yang menarik dan mematangkan saya,” katanya. Bantuan daripada ahli keluarga dan suami juga membuatkan Mawar boleh kembali bekerja sebaik saja habis pantang.

“Selain berlakon, saya juga seorang selebriti media sosial dan banyak aktiviti serta jemputan majlis yang perlu saya hadiri. Jadi perlu perlu tinggalkan Rafael buat seketika. Apabila bekerja anak akan tinggal bersama suami atau ibu saya,” katanya.

Menurut Mawar, bidang seni adalah sumber pendapatannya dan selepas membina nama tidak mungkin dia akan melupakan dunia lakonan. “Saya menjadikan suami sebagai contoh, walaupun sibuk dengan urusan kerja, dia masih punya masa untuk keluarga. Saya belajar dengan Raf bagaimana hendak membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga.

“Saya tidak berani tinggalkan Rafael dengan orang yang tak dikenali. Maklumlah kebelakangan ini banyak cerita yang kurang enak yang kita dengar membabitkan bayi yang ditinggalkan kepada orang gaji atau pengasuh.

“Sebagai ibu, naluri seperti itu datang sendiri. Kalau boleh saya mahu anak dijaga dengan baik oleh ahli keluarga sendiri. Kalau tinggalkan anak dengan pembantu, biarlah ada ahli keluarga yang memantau,” katanya. Menurut pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri Tundukkan Playboy Itu ini, dengan umur masih muda dan tiada pengalaman, dia bangga kerana mampu melakukan tugas seorang ibu.

Mawar berkata, dia turut bersyukur kerana dikurniakan Allah seorang anak yang sangat menyenangkan dan Rafael tidak pernah memberikan masalah kepada mereka. “Rafael seorang anak yang sangat baik, dia tidak banyak meragam.

Selalunya dia akan tidur awal sekitar jam 8 malam dan akan lelap sampai subuh. Waktu Subuh baru dia bangun untuk minum susu. Saya sentiasa berdoa supaya Rafael membesar menjadi anak yang baik,” katanya. Bercerita mengenai kariernya, Mawar berkata, dia sudah bersedia menceburi bidang baharu iaitu pengacaraan.

Tambahan pula suaminya juga mempunyai pengalaman mengacara program Pesona XY, jadi dia percaya suami boleh membantunya untuk menceburi bidang itu. “Kami juga turut bergandingan mengendalikan program Pa & Ma untuk dua episod bagi musim keenam,” katanya.

 via Era Kini

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post