Saya ada 3 org adik beradik,abg saya sdh kawin 7 tahun dgn org lain daerah dan anak bungsu dari 10 org adik beradik dan ada anak 2 orang,kakak ipar sy anak org kaya,kami keluarga kecil dan miskin,saya anak kedua,adik saya lelaki bakal kawin beberapa hari lagi.
Pelik Pagi Raya Mak Tiba Tiba Sujud Kat Kaki Kakak Ipar. Tindakan Abang Selepas Itu Mengejutkan. Tak Sangka Rupa Rupanya Ini Puncanya. |
ARTIKEL MENARIK:Menyesal tinggalkan ank yang kurang upaya di pondok usang. Tak sangka lepas 15 tahun meraung ibu baca surat yang ank tinggalkan. Rupanya sehari sebelum ibu datang ka
puas sdh saya dan mak saya merayu supaya kakak ipar saya bagi peluang dgn abg saya,mak saya siap sujud lagi di kaki kakak ipar saya,tapi kakak ipar saya tetap mau berpisah dgn abg saya…tapi kesian abg saya dia tidak boleh hidup tanpa 2 org anak dia,abg saya rela bahayakan nyawa dia kalau dia tidak hidup dengan kakak dan anak mereka…
pertama kali dalam hidup saya lihat abg saya menangis begitu,saya kesian betul dgn abg sy,sbb 2 orang anak dia rapat dgn ayah mereka…skrng kakak ipar saya mau sambung belajar phd dan bawa anak mereka sekali…Saya tau abg saya salah.
Kadang perempuan lupa,cantik luaran sahaja tidak guna kalau kita tidak hormat suami kita selayaknya suami… saya cuma ingin tahu apa yang patut saya lakukan utk bantu abg saya memandangkan adik saya bakal berkahwin beberapa hari lagi…utk pengetahuan ini bukan kali pertama kakak ipar saya mintak dilepaskan,klu mereka bergaduh hal kecil pun kakak ipar saya akan mintak dilepaskan dan akan mengadu dgn adik beradiknya yang lain…
Andai anda di tempat saya apa yang patut anda lakukan dan apakah cara utk lembutkan hati kakak ipar saya?
Kredit : KRT
Adik Ipar Selamba Gelak Dan Bahan Isteri Gara Gara Tak Boleh Mengandung. Tiba Tiba Tak Sangka Sesuatu Terjadi Pada Anak Dia. Terkejut Satu Keluarga.
Gambar sekadar hiasahm. Assalammualaikum.. Terima kasih jika admin sudi siarkan.. Tiada apa yang terlalu menarik untuk aku kongsikan tapi aku harap semua boleh ambil ikhtibar serba sedikit dari cerita aku. Aku sudah berkahwin dan tinggal bersama keluarga aku di Negeri Sembilan.
Isteri aku orang Johor. Kami masih belum di kurniakan zuriat. Aku nak cerita mengenai isteri aku. Hari- hari yang aku lalui dengan isteri aku memang agak sukar dan menyebabkan dia tertekan dalam diam. Punca nya aku tak mampu nak sediakan rumah untuk dia jalani hari dia dengan tenang.
Tu silap aku. Tapi betapa sabar nya isteri aku menghadap keluarga aku, biras- biras dia lagi. Dah lah biras- biras semua perempuan. Walau dia tahu isteri adik aku tak suka kan dia dan selalu mengata dia dekat status whatsapp, tapi dia tenang je, buat tak tahu je.
Sampai lah satu hari ni, adik aku dan isterinya bergurau kasar dengan isteri aku. Adik aku cakap isteri aku tak boleh melahirkan anak. Punya lah isteri aku menangis satu malam. Aku sedih, geram, mrah semua ada. Aku nak je cili mulut adik aku tu tapi isteri masih tahan.
Dia cakap biar biar biar.. Dan dalam tak sedar dia memang dah terluka sangat dah. Esok nya dia mula update status dekat fb. Ayat dia aku tengok tak ada pun maki, tak ada yang kasar. Tahu je lah ayat budak belajar kaunseling ni macam mana. Pendek- pendek je ayat tapi deep.
Dan disebabkan status tu, isteri adik aku pun meroyan dekat status whatsapp nya sendiri. Dia perli dan sindir, dia cakap bila dia tulis status, ibu abah aku mesti tahu. Tapi bila isteri aku tulis status, tak ada siapa nak bagi tahu mak ayah saya. Ok, ni penting.
Aku tahu mungkin perbuatan aku bagi tahu status- status dekat ibu abah tu salah, tapi cuba bayang kan anak mana yang boleh tahan kalau ada orang mengata ibu abah kita sendiri? Kadang- kadang adik aku, abg aku, kakak ipar aku bercerita juga pasal status dia tu.
Tapi dia tak tahu, yang dia tahu aku je yang selalu bagi tahu ibu abah. Berbalik kepada isteri aku, dia dah geram dan tak boleh tahan dah dengan adik ipar aku tu. Dia whatsapp personal, dia langsung tak bagi aku baca. Tapi aku sempat baca waktu isteri aku tidur.Betapa terkejut nya bila isteri aku psyc0 adik ipar aku sampai adik ipar aku tak tahu nak jawab apa dan mula putar belit cerita. Adik ipar aku siap cakap yang selama ni dia mengata ibu abah aku, mrh mrh ibu aku dekat status tu cuma untuk seronok- seronok je.
But aku tak sangka isteri aku masih boleh balas baik- baik walaupun setiap balasan adik ipar aku semua tak masuk akal dan mungkin juga sebab dah kntoi jadi nya putar belit makin merapu. Last sekali isteri aku pula yang siap minta maaf dulu. Tabik betul dengan kesabaran isteri.
Aku ingat dah habis lah cerita kat situ. Tapi beberapa minggu lepas tu anak buah aku sakit kulit teruk (anak adik aku yang mulut macam apa tu) berubat merata tak baik-baik juga. Jumpa ustz, jumpa DR pakar, buat air tawar, ambil air kolah masjid berubat, tak juga sembuh.
Malah makin teruk. Satu hari, ibu abah dan adik aku pergi bawa anak buah aku berubat dekat seorang lagi ustz. Benda pertama yang ustz tanya, ‘ada tak sakit kan hati sesiapa’ ustz pesan kalau ada, minta maaf dengan ikhlas. Adik aku ni pun merata cari kawan- kawan untuk minta maaf, adik ipar pun pergi jumpa kawan- kawan, sedara mara untuk minta maaf.
Tapi anak sedara aku masih tak sembuh. Jumpa lagi ustz tu, ustz tu tak boleh nak buat apa. Dia suruh berdoa dan cuba ingat lagi ada sesiapa lagi yang belum minta maaf. Kami satu keluarga berusaha fikir, satu keluarga merata minta maaf. Tapi keadaan masih sama.
Berlarutan juga dalam seminggu. Satu malam tu aku tengah tidur, aku terjaga sebab macam dengar orang menangis. Isteri aku buat tahajjud rupanya. Aku pelik lah kenapa dia menangis beria. Aku pun sorok sorok dengar apalah yang dia doakan.
Dia doakan anak sedara aku supaya sembuh. Aku macam dah nak terduduk bila dengar apa yang dia doa. Dia cakap, memang dia terluka, kecewa dengan adik ipar aku, tapi dia minta Allah sembuh kan anak sedara aku. Dia doa lagi, dia tak minta pun balasan macam ni, dia hanya nak hidup tenang je dengan aku.
Aku pun termenangis sekali dengar dia doa. Jadi nya aku sedar lah apa yang jadi ni punca dari sikap dan mulut adik dan adik ipar aku sendiri. Kadang- kadang kita tak doa yang tak baik, tapi bila Allah tahu orang teraniaya Allah terus uji. Dan aku sedar lah yang selama ni adik dan adik ipar aku tak minta maaf dengan ikhlas pun dekat isteri aku.
Esoknya aku cerita dekat ibu abah. Ibu dah sampai kan dekat adik aku. Dan adik aku pun dah minta maaf dekat isteri aku. Tapi ego adik ipar aku tak boleh di turun kan. Dia masih tak buat apa- apa. Dan bagi aku sekeluarga, kami dah buat yang terbaik untuk anak sedara aku.
Jadi terpulang lah kepada adik ipar aku. Walaupun isteri aku dah ikhlas maaf kan semua, tapi kuasa Allah lebih dari segala- galanya. Ego lah pemusnah jua. Dan bertambah lah s@kit hatinya. Dia terus menerus salah kan isteri aku sebab buat anak dia.
Padahal isteri aku tak buat apa, siap doa kan anak dia lagi. Sayang orang macam tu, ego tinggi, tapi tak nampak, tak boleh terima kesalahan diri sendiri, asyik nak salahkan orang lain je. Jadi ambil lah pengajaran. Jangan cakap sembarangan walaupun ianya hanya gurauan.
Kita tak tahu apa orang lain rasa dan sebab Allah dengar setiap apa yang kita perkatakan. Kalau sasaran nya bukan kita, mungkin anak- anak kita. Terima kasih sudi membaca, doakan aku dan isteri dilimpahkan rezeki zuriat dan rumah sendiri. Terima kasih admin, semoga Allah merahm@ti.
– Suami Puan kaunselor. via Era Kini
Post a Comment