Rakyat semakin leka. Akhirnya Menteri Keselamatan tampil bongkarkan tindakan mengejut yang akan diambil oleh PDRM bermula hari ini pada sesiapa yang ingkar PKP

Rakyat semakin leka. Akhirnya Menteri Keselamatan tampil bongkarkan tindakan mengejut yang akan diambil oleh PDRM bermula hari ini pada sesiapa yang ingkar PKP

Polis akan terus mengambil tindakan kompaun atau pendakwaan di mahkamah terhadap mereka yang ingkar syarat serta prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). PKPB dilaksanakan pada 4 hingga 12 Mei lalu sebelum dilanjutkan sehingga 9 Jun depan dengan beberapa kelonggaran diberikan,

Rakyat semakin leka. Akhirnya Menteri Keselamatan tampil bongkarkan tindakan mengejut yang akan diambil oleh PDRM bermula hari ini pada sesiapa yang ingkar PKP
Rakyat semakin leka. Akhirnya Menteri Keselamatan tampil bongkarkan tindakan mengejut yang akan diambil oleh PDRM bermula hari ini pada sesiapa yang ingkar PKP

namun ada yang dilihat mengambil kesempatan keluar beramai-ramai dan bergerak bebas, termasuk membawa anak ke pusat beli-belah. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan bahawa PKPB boleh ditarik balik dan kembali menjadi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),

ARTIKEL MENARIK: Rakyat excited hanya 16 kes baru Covid 19 semalam tak sangka akhirnya Dr Noor Hisham lantang bersuara dedahkan sesuatu. Semalam paling rendah sejak pelaksanaan PKP

tertakluk kepada kepatuhan rakyat yang kini menikmati sedikit kelonggaran. Katanya, laporan diterima daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan banyak kes membabitkan ketidakpatuhan rakyat terhadap persatuan dan SOP PKPB dikesan.

“Dalam mesyuarat tadi, kita memutuskan fasa nasihat dan amaran sudah berakhir. Oleh itu, PDRM diberi kuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang ingkar SOP di bawah PKPB. “Di bawah Akta 342, kesalahan ingkar SOP dan peraturan boleh berdepan kompaun RM1,000 dan jika dibawa ke mahkamah, hukvmannya RM1,000 atau enam bulan ditahan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Bercakap pada sidang media disiarkan secara langsung selepas mesyuarat khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan PKP di Putrajaya hari ini, beliau memberi contoh, satu video tular diterimanya semalam merakamkan kehadiran orang ramai ke warung di Kampung Pandan.

“Saya terima video tular itu semalam (kelmarin) dan menyangkakan ia adalah palsu. Jadi, saya menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum beliau mengesahkan ia adalah berita benar. “Saya nak tekankan bahawa Akta Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa dan apabila kita melonggarkan (PKB), rakyat mesti patuh kerana bimbang kes baharu akan berlaku dan kes positif C0VID-19 meningkat,” katanya.

Katanya, jika rakyat mahu terus menikmati kelonggaran diberikan di bawah PKPB atau mahu perintah berkenaan ditamatkan, mereka perlu patuh syarat dan SOP ditetapkan. “Saya beri peringatan bahawa PKPB bukan boleh terus kekal PKPB, sebaliknya ia boleh menjadi PKP semula, tertakluk kepada kepatuhan rakyat yang kini menikmati sedikit kelonggaran.

“Pesanan saya, teruskan berada di rumah, patuh kepada undang-undang dan saranan kerajaan,” katanya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Bharian Online

Akhirnya Ismail Sabri Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Berapa Lama PKP Akan Dilaksanakan Dan Berapa Lama Covid 19 Akan Aktif. Apa Yang Dibongkarkan Buat Rakyat Tergamam.

Pakar perubatan menjangkakan pandemik Covid-19 tidak akan berakhir dalam tempoh yang singkat dan akan berada di sekitar kita sekurangnya-kurangnya dalam tempoh dua tahun. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berikutan itu tidak mungkin kerajaan akan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun sehingga wabak ini berakhir.

”Pakar-pakar perubatan mengatakan Covid-19 akan berada di sekitar kita, sekurang-kurangnya dalam masa dua tahun, bermakna bahayanya sentiasa berada di sekeliling kita. Tak mungkin kerana Covid-19 berada di sekitar kita selama dua tahun, maka PKP akan diteruskan selama dua tahun, tidak mungkin,” kata beliau.

Tambah Ismail Sabri, langkah melonggarkan PKP adalah bagi membantu ekonomi rakyat terutamanya peniaga kecil yang kehilangan sumber pendapatan sepanjang PKP dilaksanakan. Oleh itu, tanggungjawab untuk melindungi diri adalah bergantung kepada individu itu sendiri bagi mencegah jangkitan.

”Apabila kita memberi ruang kepada peniaga-peniaga kecil untuk membuka perniagaan mereka kerana kita sedar bahawa mereka menghadapi masalah yang amat besar selama ini kerana langsung tidak mempunyai pendapatan, sebab itu kita buka. Tetapi, tanggungjawab untuk melindungi diri sendiri masih tertakluk kepada setiap individu,” ujar beliau.

Sumber: Sidang Media Perkembangan Terkini PKP


Loading...
loading...

PKP Tamat. Akhirnya Dr Noor Hisham Tampil Bersuara Lantang Tentang PKP Ditamatkan Dan Bersuara Tentang Hari Raya.

Persepsi bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah tamat apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok, adalah tanggapan yang salah, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau sebaliknya menegaskan bahawa PKP masih berkuat kuasa tetapi dengan menggunakan pendekatan kepatuhan sosial dan disiplin terhadap prosedur operasi standard (SOP) dalam mengawal jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Beliau berkata pendekatan SOP dalam PKPB adalah sama seperti yang diamalkan di Korea Selatan, Taiwan dan Sweden yang mampu mengawal COVID-19 tanpa melaksanakan PKP, sebaliknya menggunakan kepatuhan sosial dan disiplin yang tinggi.

“Persepsi yang menganggap kerajaan sudah tamatkan PKP dan esok kita ‘raya’ dan tidak ada PKP contohnya, adalah satu persepsi yang salah. PKP masih ada,”  katanya pada sidang media harian COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata selepas melaksanakan pendekatan PKP, Malaysia menggunakan pendekatan SOP untuk mengawal COVID-19 dan kerjasama bersepadu antara kerajaan, Kementerian Kesihatan (KKM) dan rakyat adalah penting untuk menghentikan penularan pandemik itu di negara ini.

Jelas beliau Malaysia telah melaksanakan empat fasa PKP dan berjaya melandaikan lekuk COVID-19 dan kini negara menggunakan pendekatan SOP yang menuntut pematuhan sosial dan disiplin yang tinggi daripada rakyat.

Dr Noor Hisham berkata kelonggaran PKPB diberikan hanya kepada mereka yang boleh mematuhi SOP seperti yang ditetapkan KKM. “Kalau ada negeri, syarikat atau perniagaan yang tidak dapat mematuhi syarat-syarat PKPB yang ditetapkan KKM, maka mereka kembali kepada arahan PKP yang mengguna pakai Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

“Mereka yang rasa tidak dapat mematuhi SOP, kita nasihat kekal duduk di rumah dan hanya keluar jika ada urusan penting sahaja,” katanya. Dr Noor Hisham berkata KKM juga sedang melihat kaedah untuk memantapkan perkhidmatan kepada warga emas yang dikenal pasti kumpulan berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19, termasuk memberikan rawatan di rumah.

Sementara itu, mengulas mengenai kluster baharu iaitu kluster tapak pembinaan Kuala Lumpur, Dr Noor Hisham berkata KKM sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sama ada kluster itu berpunca daripada kluster-kluster yang lain.

Menurutnya, kesemua 28 kes positif di bawah kluster itu juga melibatkan warga asing yang mungkin tinggal dalam satu penempatan yang sama. “Kami dapati individu yang terlibat dalam kluster ini mereka mungkin duduk sekali dalam satu bilik kediaman. Siasatan masih kami jalankan untuk kenal pasti sama ada mereka ada kaitan dengan kluster tertentu. Setakat ini tiada bukti kukuh untuk kami kaitkan (kluster pembinaan) dengan kluster tertentu,” katanya.

SUMBER : Siakap Keli via apampink



-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post