BUAT masa ini kerajaan masih tidak membenarkan kedai gunting rambut untuk beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Namun menerusi laporan berita pada Selasa, Presiden Persatuan Barber SeMalaysia TN Winda Mohd Tahir mendakwa ahlinya pernah ditawarkan RM1,000 daripada seorang menteri untuk potongan rambut biasa.
Ada Menteri tawar RM 1k kepada tukang gunting rambut utk potongan rambut biasa. Akhirnya Ismail Sabri bersuara lantang bila ada Menteri yang cuba ingkar PKPB |
ARTIKEL MENARIK: Pesakit terakhir covid 19 dibenarkan pulang. Akhirnya Terengganu diisytiharkan zon hijau lepas rekodkan sifar kes positif covid 19 dalam tempoh 14 hari.
“Berita baharu ni. Saya pun tak dapat berita ini. Dari segi peraturan memang tidak dibolehkan. “Bagaimanapun itu berita yang tak dapat disahkan, jadi saya tak boleh beri jawapan ya atau tidak,” katanya. Tambahnya lagi, prosedur operasi standard (SOP) mengenai perkara itu tetap sama.
“Setakat hari ni gunting rambut masih dalam dalam senarai terl4rang… negat1ive list. “Jadi tak bolehlah sama ada di rumah, ke pejabat ke atau ke kedai gunting, sama saja tak boleh,” katanya. Pada 28 April lalu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Perak, Razman Zakaria didakwa di Mahkamah Majistret Gerik atas tvduhan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kedua-duanya did3nda RM1,000 selepas mengaku bers4lah di hadapan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh. Beberapa keping gambar Dr Noor Azmi, Razman dan beberapa individu berkumpul menikmati jamuan di Lenggong, tular di media sosial pada 18 April lalu.
“Jika rakyat i1ngkar, PKPB boleh ditamatkan & kembali kepada PKP.” -Ismail Sabri
KERAJAAN mendapati masyarakat seolah-olah mengambil mudah kelonggaran diberikan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), seolah-olah tiada undang-undang. Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ada orang ramai mengambil kesempatan keluar beramai-ramai dan bergerak bebas,
termasuk membawa anak ke pusat beli-belah dan ia tidak sepatutnya berlaku. Beliau berkata, contohnya semalam beliau menerima video tular mengenai keadaan orang ramai di warung di Kampung Pandan dan menyangkakan ia adalah palsu.
“Jadi, saya menghubungi Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum beliau mengesahkan ia adalah berita benar. “Saya nak tekankan bahawa Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyak1it Berjangk1it 1988 (Akta 342) masih berkuat kuasa dan apabila kita melonggarkan, rakyat mesti patut kerana bimbang kes baru akan berlaku dan kes positif Cov1id-19 meningkat.
“Saya beri peringatan bahawa PKPB bukan boleh terus kekal PKPB, sebaliknya ia boleh menjadi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semula tertakluk kepada kepatuhan rakyat yang kini menikmati sedikit kelonggaran,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.
Ismail Sabri berkata, jika berlaku ketidak patuhan, bukan mustahil, PKP Fasa 1, 2 dan 3 akan diperkenalkan semula. Beliau berkata, jika rakyat mahu terus menikmati PKPB atau mungkin menyaksikan ia ditamatkan, semuanya bergantung kepada pematuhan rakyat.
“Tidak mustahil kembali ke PKP dan pergerakan terbatas semula. Jadi lebih baik rakyat patuh dan PKPB ditamatkan sebelum kita bebas bergerak semula dengan SOP diperkenalkan nanti. “Pesanan saya, teruskan berada di rumah, patuh kepada undang-undang dan saranan kerajaan,” katanya.
Sumber musang viral
Terbatal Larangan Had Masa Pergerakkan. Tergamam DS Ismail Sabri Bongkarkan Punca Tiada Lagi Larangan Had Masa Di Atas Jalan Raya Gara Gara PKPD
Tiada lagi larangan had masa pergerakan untuk keluar dikuatku4sakan semasa Per1ntah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan wartawan yang bertanya mengenai larangan untuk kenderaan persendirian berada di atas jalan selepas 10 malam dalam sidang media sebentar tadi.
”Dari segi pergerakkan sudah dibebaskan, antara daerah ke daerah sebagainya telah pun dibebaskan. Jadi tiada had dari segi jangka masa untuk keluar, tidak ada. Di dalam peraturan baru tidak ada,” katanya. Dalam pada itu, Ismail menambah, mengenai perjalanan pulang ke bandar atau sebaliknya, bagi kenderaan sendiri ia telah pun ditetapkan tetapi kenderaan awam, ia masih dalam kajian terperinci pihak polis.
“Sebab pergerakan antara negeri masih tidak dibenarkan, oleh itu, kenderaan awam seperti bas ekspres tidak ada. “Saya percaya pihak polis akan melihat perkara ini lebih detail bagaimana nak menyelesaikan isu berkaitan mereka yang ingin pulang ke kampung menggunakan kenderaan awam serta mereka yang ingin balik pada 7 hingga 10 hari bulan,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP secara langsung, hari ini. Kenyataan tersebut boleh dirujuk pada minit 24.20.
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Siakap Keli
PKP Ditarik Balik. Tak Sangka Akhirnya Ismail Sabri Tampil Bersuara Lantang Tentang PKPB Yang Tan Sri Muhyiddin Umumkan Semalam Dan Ini Tindakan Utk Rakyat Yg Ingkar
PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) masih berkuat kuasa meskipun PKP Bersyarat (PKPB) bakal bermula Isnin ini, tegas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, PKP tersebut diberikan sedikit kelonggaran kepada sektor tertentu dengan prosedur operasi standard (SOP) menerusi PKP Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa pada 4 Mei,
Jelasnya, Akta 342 iaitu Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 terus dikuatkuasa sepanjang PKP. “PKP tidak ditarik balik, masih terus dilaksanakan. Bukan bermakna PKPB ini tidak ada akta lagi yang mengikat rakyat kita untuk patuh kepada setiap arahan.
“Akta 342 masih lagi berkuat kuasa dan tindakan masih boleh diambil terhadap mereka yang melanggar kepatuhan akta ini,” katanya pada sidang media, petang Sabtu. Pada masa ini, PKP memasuki fasa keempat dari 29 April sehingga 12 Mei.
Ismail Sabri berkata, pergerakan dan SOP ketika PKP fasa keempat masih seperti PKP fasa satu, dua dan tiga. Beliau menambah, PKPB yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat, adalah berdasarkan kepada dua kriteria utama iaitu kepentingan kesihatan dan keperluan merangsang semula ekonomi negara.
“Oleh sebab itu, kerajaan telah menyediakan SOP yang ketat untuk semua sektor,” katanya. Terdapat beberapa sektor yang masih dilarang beroperasi bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19.
Akhirnya Ismail Sabri Tampil Bersuara Lantang Bongkarkan Berapa Lama PKP Akan Dilaksanakan Dan Berapa Lama Covid 19 Akan Aktif. Apa Yang Dibongkarkan Buat Rakyat Tergamam.
Pakar perubatan menjangkakan pandemik Covid-19 tidak akan berakhir dalam tempoh yang singkat dan akan berada di sekitar kita sekurangnya-kurangnya dalam tempoh dua tahun. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berikutan itu tidak mungkin kerajaan akan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua tahun sehingga wabak ini berakhir.
”Pakar-pakar perubatan mengatakan Covid-19 akan berada di sekitar kita, sekurang-kurangnya dalam masa dua tahun, bermakna bahayanya sentiasa berada di sekeliling kita. Tak mungkin kerana Covid-19 berada di sekitar kita selama dua tahun, maka PKP akan diteruskan selama dua tahun, tidak mungkin,” kata beliau.
Tambah Ismail Sabri, langkah melonggarkan PKP adalah bagi membantu ekonomi rakyat terutamanya peniaga kecil yang kehilangan sumber pendapatan sepanjang PKP dilaksanakan. Oleh itu, tanggungjawab untuk melindungi diri adalah bergantung kepada individu itu sendiri bagi mencegah jangkitan.
”Apabila kita memberi ruang kepada peniaga-peniaga kecil untuk membuka perniagaan mereka kerana kita sedar bahawa mereka menghadapi masalah yang amat besar selama ini kerana langsung tidak mempunyai pendapatan, sebab itu kita buka. Tetapi, tanggungjawab untuk melindungi diri sendiri masih tertakluk kepada setiap individu,” ujar beliau.
Sumber: Sidang Media Perkembangan Terkini PKP via apampink
Post a Comment