KUALA LUMPUR, 19 Mei – Orang ramai yang mempunyai kenalan dengan bekas pesakit COVID-19 perlu memberi ruang kepada mereka untuk menjalani kuarantin selama 14 hari demi menjamin keselamatan bersama terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.
Bekas pesakit Covid 19 terima tetamu hari raya. Akhirnya Dr Noor Hisham tampil bersuara lantang tentang pesakit Covid 19 yang bakal terima tetamu pada hari raya |
ARTIKEL MENARIK:Gara gara tindakan Menteri Agama akhirnya 5 laporan polis dibuat terhadap beliau. Mengejutkan ini punca pengadu nekad buat report polis terhadap Dr Zulkifli Mohamad
Tambahan pula sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan pada 4 Mei lalu, kes positif COVID-19 secara harian mencatatkan pada paras dua angka, justeru bagi mengekalkan trend tersebut Dr Noor Hisham menyeru masyarakat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Dalam pada itu, masyarakat juga disaran menyambut Aidilfitri pada kali ini secara luar dari kelaziman iaitu termasuk tiada amalan menziarahi tanah merah pada musim perayaan ini, tiada rumah terbuka kerana virus itu masih ‘berlegar’ dalam komuniti.
Tinjauan Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga mendapati 74 peratus masyarakat hanya mahu beraya dengan ahli keluarga di rumah, tanpa perlu menerima tetamu daripada anggota keluarga lain mahupun jiran dan perkembangan itu disambut baik Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dalam pada itu, bagi melindungi kanak-kanak dan warga emas daripada jangkitan virus tersebut, KKM akan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bagi mempertimbangkan pelaksanaan larangan membawa golongan tersebut ke tempat awam seperti pusat beli-belah.
Ismail Sabri juga mengingatkan masyarakat yang berkunjung ke premis perniagaan supaya menulis nama dan juga nombor telefon sebenar dan bukannya nama samaran seperti Badang, Superman dan Batman kerana ini akan dapat menyelamatkan mereka kelak untuk dihubungi sekiranya disyaki dijangkiti pandemik itu.
Kerajaan meletakkan beberapa arahan untuk dipatuhi demi menjaga keselamatan semua, jadi sebagai rakyat prihatin, usahlah kita membebani tugas petugas hadapan dengan peningkatan kes positif akibat daripada sikap pentingkan diri dengan ingkar SOP yang ditetapkan.
Sumber: Bernama
Terkini Dibenarkan Untuk Beraya Pada Hari Raya Aidilfitri. Akhirnya Ismail Sabri Bongkar Syarat Mengejutkan Untuk Rakyat Malaysia Sambut Perayaan Yang Bakal Tiba
Tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut hari raya Aidilfitri. Namun disebabkan dengan wab4k pandem1k yang melanda berkemungkinan sambutan perayaan ini akan menjadi sedikit berbeza dari tahun sebelumnya.
Sebelum ini Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Ismail Sabri mengumumkan sempena perayaan Aidilfitri dibenarkan menyambut tidak lebih 20 orang tetamu dalam satu-satu masa dan rentas negeri masih tidak dibenarkan. Namun menerusi Harian Metro sebenar tadi, Datuk Ismail Sabri
dilaporkan mengeluarkan kenyataan hanya 20 individu sehari dibenarkan untuk menziarah hanya pada hari pertama Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia juga terhad kepada ahli keluarga terdekat sahaja dan tidak melebihi 20 orang dalam satu hari.
“Tidak boleh melebihi 20 orang pada 1 hari…tidak ada hari raya ke-2, ke-3, sampai ke hari ke-30,” katanya pada sidang media hari ini. “Bagaimanapun, jumlah 20 orang itu diambil kira ikut saiz rumah. “Katakan rumah flat berukuran 600 kaki persegi.
“20 orang dalam satu masa mungkin terlalu ramai dan tidak boleh lakukan penjarakkan sosial dalam rumah tersebut. “Mungkin lima orang (empat kali), tetapi maksimumnya tetap 20 orang dalam satu hari tersebut,” katanya dalam Sidang Media Harian PKP hari ini.
Tambahnya lagi tetamu yang datang ziarah Aidilfitri digalakkan untuk memakai penutup hidung dan mulut serta melakukan penjarakkan sosial. Selain itu beliau turut mengingatkan orang ramai untuk perlu menjaga disiplin diri dan cuba elak dari bertemu ramai orang.
“Saya ingin ingatkan bila kita kenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah untuk kita kekal berada di rumah untuk elak diri dari bertembung dengan orang ramai. Walaupun sudah longgar untuk beraya tetapi kita sendiri perlu disiplin untuk elak jumpa ramai orang,” katanya.
Rasanya setiap individu haruslah bertanggungjawab menjaga diri sendiri dalam situasi sekarang ini. Terpulang pada masing-masing jika masih belum bersedia terima tetamu dan menziarahi boleh gantikan dengan panggilan video sebagai pengganti diri.
Ziarah Raya Keluarga Dalam Negeri Dibolehkan, Tapi Terhad 20 Orang Dalam Satu-Satu Masa
TERDAHULU, Perdana Menteri di satu Perutusan Khas baru-baru ini memaklumkan bahawa rakyat Malaysia tidak dibenarkan merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tetap tidak dibenarkan. “Minta maaflah banyak-banyak dan saya juga mohon ampun,”
“Perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk tujuan berhari raya tetap tidak dibenarkan,” umum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.
Tambahnya lagi, beliau memahami perasaan ramai pihak yang agak sedih kerana tidak dapat balik berhari raya di kampung bersama keluarga. “Bersabarlah, bila keadaan sudah pulih sedikit masa lagi, saudara-saudari bolehlah balik ke kampung halaman, menziarahi ibu bapa dan sanak-saudara,” tambahnya.
Dalam masa sama, Muhyiddin menasihatkan, perayaan tetap boleh disambut bersama jiran-jiran terdekat di sekitar kediaman dengan mengikuti garis panduan kesihatan yang telah ditetapkan. “Tapi ini tidak bermakna kita tidak boleh menyambut perayaan Aidilfitri, Pesta Keamatan dan Hari Gawai.
“Ziarah dibenarkan dalam kalangan jiran terdekat dan keluarga yang tinggal dalam negeri yang sama dengan had maksimum 20 orang pada satu-satu masa yang sama. “Jadi tidak perlulah buat jamuan besar-besaran atau rumah terbuka,” tambahnya lagi.
Muhyiddin turut menasihatkan agar rakyat tetap mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kesihatan yang ditetapkan iaitu jaga jarak sosial, memakai penutup muka dan hidung serta amalan kebersihan diri. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: RTM , Siakap Keli
PKP Disambungkan Sampai 9 Jun 2020. Tapi Tak Sangka Ada Berita Baik Untuk Hari Raya Walaupun Rentas Negeri Tidak Dibenarkan.
Jika diteliti, pasti ramai rakyat yang sangat mengharapkan ia tidak lagi dilanjutkan selepas memasuki hari ke-53 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali kepada kehidupan normal, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes COV-19 di negara ini.
Ini bukan soal main-main atau remeh. Ia soal mengutamakan nyawa dan ekonomi
Jadi, satu keputusan tepat perlu dibuat kerajaan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM). Jika kita takut ekonomi terus merudum, maka PKP tidak perlu dilanjutkan. Tapi apa yang lebih penting sekarang ialah nyawa rakyat. Jangan sampai negara kita mengalami keadaan seperti di Jerman dan Hokkaido, Jepun yang dilanda gelombang kedua COV-19 gara-gara menamatkan ‘lockdown’ terlalu awal.
Untuk rekod, pelaksanaan PKP untuk mengekang penularan COV-19 kini sudah pun di fasa keempat yang akan tamat pada 12 Mei ini dan pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 4 Mei yang memberi kelonggaran kepada beberapa sektor ekonomi untuk beroperasi.
Kita juga mungkin boleh berbangga apabila setakat semalam, angka-angka COV-19 adalah memberangsangkan apabila seramai 88 pesakit dibenarkan keluar hospital, menjadikan keseluruhan kes pulih sebanyak 4,864 kes iaitu 74.43 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif iaitu 6,535 kes.
Selain itu, tiada pemergian baharu direkodkan dalam tempoh dua hari berturut-turut dengan angka pemergian kekal pada 107. Petanda positif ini dijangka meratakan lengkungan dan seterusnya negara kita kini memasuki fasa pemulihan. Sejak penularan wab4k ini, kedengaran ramai yang merungut kerana dihalang masuk ke pasar raya, akhirnya pulang dengan ‘tangan kosong’ disebabkan hanya tidak memakai penutup hidung dan mulut.
via apampink
Post a Comment