Hari ini adalah Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, di Dewan Rakyat. Di dalam ucapan pembukaan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberitahu beberapa perkara tentang apa yang berlaku dalam negara kita.
Terkejut bila Najib Razak hadir ke Parlimen. Gambar yang dimuat naik Najib Razak menjadi bualan warganet. Tak sangka beliau upload gambar macam tu. |
ARTIKEL MENARIK:Terbaru 317 kanak kanak bersama 22 bayi yang positif covid 19. Rupa rupanya ini puncanya yang ramai tak tahu.
Menyifatkan istiadat pembukaan persidangan Parlimen kali ini berbeza daripada norma dan kelazimannya berikutan wab4k COV19 serta amat bermakna kerana berlangsung dalam bulan suci Ramadan, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa syukur kerana rakyat jelata bersatu padu sebagai Bangsa Malaysia yang kuat, cekal dan berdisiplin menghadapi wabak yang membawa bahaya itu.
“Pengorbanan mereka tidak pernah mengenal erti penat mahupun takut hinggakan nyawa dan keselamatan diri sendiri menjadi taruhan demi menjaga kemaslahatan dan kepentingan orang ramai. Justeru, sebagai tanda penghargaan negara, marilah bersama-sama dengan Beta untuk berdiri dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada semua wira dan wirawati petugas barisan hadapan negara,” titah Al-Sultan Abdullah. Sejurus itu, semua Ahli Parlimen dan Senator bangun berdiri seketika memberi tepukan gemuruh sebagai penghargaan kepada semua petugas barisan hadapan negara.
Gambar Najib Razak Yang Mendapat 45 ribu tanda LIKE
Satu gambar telah dimuat naik oleh Najib Razak ketika beliau berada di Dewan Rakyat dimana gambar tersebut mendapat 45ribu like sejak sejam dimuat naik. Gambar tersebut menarik perhatian rakyat kerana beliau bergambar dengan pemimpin UMNO dan pemimpin PAS.
“Tempat duduk di Parlimen. Di sini pun amalkan social distancing” – Najib Razak
Nampaknya aura Bossku masih tidak tenggelam, ramai yang memberikan kata kata sokongan kepada Najib Razak dan ucapkan selamat kembali ke Parlimen.
Secara Ringkas Apa Yang YDPA Titahkan
Malaysia hadapi COV19 sebagai sebuah negara yang bersatu padu, kuat, cekal dan berdisiplin. Petugas barisan depan tampil penuh dedikasi hadapi #COV19, hargailah sumbangan dan pengorbanan mereka. Agong yakin PM @MuhyiddinYassin akan membawa negara mendaki persada kejayaan
Agong seru majikan tidak buang pekerja sewenang-wenangya ekoran perniagaan terjejas akibat wabak #COVID-19. Tindakan prokovasi perlu dibendung, elak jadi wabak kepada kestabilan negara. Peningkatan aktiviti ketenteraan kuasa besar asing di Laut China Selatan wajar diberi perhatian – Agong
Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan akan terus dipertahankan, namun penganut agama lain bebas amalkan agama mereka secara aman. Kerajaan perlu rangka pendekatan komprehensif tangani kemasukan pendatang asing tanpa izin. Ahli Parlimen perlu menjiwai keluh kesah rakyat, berpegang kepada prinsip keadilan, membudayakan politik bersih, tidak menyentuh sensitiviti agama dan bangsa
Artikel By: Viddy Media via apampink
Post a Comment