Tindakan Doktor Dan Jururawat Pada ‘Cleaner’ Di Hospital Ini Buat Mereka Sebak.

Tindakan Doktor Dan Jururawat Pada ‘Cleaner’ Di Hospital Ini Buat Mereka Sebak.

Ketika jutaan penduduk dunia tidur nyenyak dan bekerja dari rumah dengan penuh keselesaan, ramai petugas barisan hadapan kita terpaksa memecah peluh berkorban ketepikan kehidupan yang selesa itu demi keselamatan dan kesejahteraan negara.

Tindakan Doktor Dan Jururawat Pada ‘Cleaner’ Di Hospital Ini Buat Mereka Sebak.

Doktor dan jururawat ditugaskan bersemuka dengan ‘makhluk halus’ di hospital, pekerja pasar raya pula ditugaskan untuk memastikan bekalan makanan seisi keluarga sentiasa mencukupi, penghantar makanan pula ditugaskan bagi memastikan orang ramai selamat berada di rumah tanpa perlu mendedahkan diri mereka kepada risiko jangkitan di luar.

ARTIKEL MENARIK:MIsteri Sekeluarga Berjalan Dengan Mengunakan Kaki Dan Tangan, Ini Puncanya..
Loading...

Pengorbanan serta sumbangan yang dilakukan barisan hadapan yang berkhidmat untuk kita sebagai orang awam ini perlulah dihargai sampai bila-bila.


Selain daripada itu, kita mungkin terlepas pandang akan pengorbanan yang dilakukan oleh petugas-petugas pembersihan. Mereka ini juga tidak boleh disisihkan kerana sumbangan mereka ini juga cukup besar dan kita perlu menghargainya.
Oleh kerana itu, petugas kesihatan di sebuah hospital memutuskan untuk menzahirkan penghargaan kepada wira yang tidak didendang seperti pekerja pembersihan, keselamatan, kakitangan di bahagian dapur serta kakitangan infrastruktu di hospital mereka ini dengan cara memberi tepukan gemuruh kepada mereka.
Sebuah video yang memaparkan sekumpulan petugas kesihatan profesional memberi tepukan gemuruh kepada petugas pembersihan di Sant Joan de Déu Hospital di Barcelona menjadi tular selepas ianya dimuat naik di Twitter minggu lalu.
Bersama-sama video itu, hospital tersebut turut menyelitkan ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada kakitangannya yang sanggup berkorban masa dan tenaga mereka menjalankan tugas dalam kawasan yang penuh berisiko tinggi.

Loading...
loading...

Kita sebagai orang awam pula perlulah menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang berdepan ancaman risiko nyawa demi keselamatan kita. Walaupun kita tidak dapat membantu secara terus, kita boleh membantu mereka dengan hanya duduk di rumah dan penjarakan sosial. Dengan cara ini, rantaian jangkitan dapat dicegah seterusnya dapat mengurangkan jumlah pesakit yang perlu dirawat di hospital.
Avui volem donar les gràcies al personal de neteja, de seguretat, cuina, infraestructures, és a dir a tots els professionals no assistencials que continuen exercint les seves tasques en unes circumstàncies excepcionals a causa del
Un aplaudiment molt merescut 👏

415 people are talking about this


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post