Penghulu Positif Covid-19. Ini Pesanan Dia Yg Buat Ramai Sayu.

Penghulu Positif Covid-19. Ini Pesanan Dia Yg Buat Ramai Sayu.

Penghulu Mukim Sungai Panjang, Ishak Sulaiman mengesahkan beliau positif koronavirus (Covid-19) dan kini sedang menjalani rawatan perubatan di Hospital Sungai Buloh.

Penghulu Positif Covid-19. Ini Pesanan Dia Yg Buat Ramai Sayu.
Penghulu Positif Covid-19. Ini Pesanan Dia Yg Buat Ramai Sayu.

Ishak berkata, beliau disahkan dijangkiti wabak itu selepas dihubungi Klinik Kesihatan Sungai Besar pagi semalam.

ARTIKEL MENARIK:Ditanya Berkurung Zaman Jepun & Komunis. Ini Respon Nenek 93 Tahun Pada Yang Masih Ingkar
Loading...

“Selepas dimaklumkan saya kemudian berkemas sebelum dibawa ambulans untuk dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh,” katanya menerusi mesej aplikasi WhatsApp kepada Sinar Harian.


Ishak berkata, ujian saringan kali kedua itu dilakukannya di Klinik Kesihatan (KK) Bagan Terap minggu lalu.
“Saya ada mengikuti ijtimak tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 29 Februari lalu.
“Saya mengikut arahan daripada Kementerian Kesihatan meminta semua peserta tabligh terbabit menjalani saringan Covid-19.
“Saya menjalani saringan kesihatan kali pertama di KK Simpang Lima dan didapati negatif Covid-19 sebelum menjalani saringan kali kedua di KK Bagan Terap dan disahkan dijangkiti wabak ini,” katanya.

Loading...
loading...


Semalam tular status dan video di laman Facebook dan aplikasi WhatsApp berhubung kenyataan Ishak.
Ishak dalam kenyataannya yang tular semalam memaklumkan, hasil daripada ujian pengesanan minggu lalu dia disahkan positif Covid-19.
“Saya memohon sesiapa yang ada berhubung dengan saya supaya membuat saringan segera.
“Saya mohon kemaafaan dan doakan kembali pulih serta selamat pulang. Seandainya saya tidak pulang tolong ampunkan semua salah dan silap,” katanya.
Sumber : SH via KHALIFAH MEDIA NETWORKS

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post