Covid-19. Ini Cara Pengeluaran Akaun 2 KWSP

Covid-19. Ini Cara Pengeluaran Akaun 2 KWSP

Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh membuat pendaftaran menerusi e-mel atau pos bermula 1 April 2020, untuk pengeluaran kemudahan i-Lestari seperti yang diumum oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Covid-19. Ini Cara Pengeluaran Akaun 2 KWSP
Covid-19. Ini Cara Pengeluaran Akaun 2 KWSP

“Ahli-ahli boleh membuat pendaftaran secara e-mel atau pos bermula 1 April. Bagi pendaftaran secara dalam talian, ahli KWSP boleh melakukannya bermula 1 Mei.

ARTIKEL MENARIK:Ustaz Ebit Lew Kongsi Rintihan Petugas Barisan Hadapan. Sebak.
Loading...


“Ahli KWSP akan menerima bayaran ke akaun bank masing-masing bermula Mei ini. Butiran terperinci mengenai kaedah ini akan diwar-warkan sebelum 31 Mac,” kata Ketua Pegawai KWSP Alizakri Alias dalam satu pesanan khidmat masyarakat


Semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 2 masing-masing tertakluk kepada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan. Permohonan boleh dibuat bermula 1 April 2020.
Inisiatif ini yang diumumkan sebagai salah satu langkah untuk menangani impak penularan virus COVID-19, dijangka memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP, dengan jumlah pengeluaran yang dianggarkan bernilai RM40 billion.
KWSP menyarankan ahli-ahlinya agar membuat pendaftaran secara dalam talian bermula 1 Mei kerana prosesnya lebih cepat dan tepat dan hanya mengambil masa tiga hari untuk diproses.
“Permohonan secara e-mel dan pos mungkin memakan masa lebih lama kerana pengesahan manual perlu dibuat dengan lebih terperinci bagi melindungi keselamatan akaun ahli,” kata Tunku Alizakri.

Loading...
loading...

Menurutnya, ahli-ahli dinasihatkan supaya menggunakan kaedah berkenaan dan tidak perlu hadir ke mana-mana cawangan KWSP semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Dana pencen itu juga menasihatkan ahli-ahlinya agar tidak tertipu dengan sebarang skim penipuan dan hanya berurusan dengan KWSP sahaja.
Untuk maklumat lanjut ahli-ahli boleh mengirim emel ke alamat tertera atau layari laman web, facebook dan twitter KWSP.

Sumber :- BERNAMA Via BH Online via KHALIFAH MEDIA NETWORKS

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post