Susulan perintah kawalan pergerakan bagi mengekang covid-19 merebak. Ada cadangan untuk lakukan solat jumaat secara atas talian (online) dan ini respon dari Mufti Perlis. Baca selanjutnya..
Solat Jumaat ‘Online’. Ini Respon Mufti Perlis Yang Ditunggu Ramai |
Tidak Munasabah & Tidak Menzahirkan Sifat Solat Jumaat
Solat Jumaat tidak boleh dilakukan bersendirian di rumah dengan diimamkan imam secara dalam talian atau secara langsung di mana-mana medium media sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
ARTIKEL MENARIK: Tular Ayat Al-Quran Berkenaan Covid-19. Ini Jawapan Jabatan Mufti Perak.
Loading...
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, perkara itu dilihat tidak munasabah dan tidak menzahirkan sifat solat Jumaat.
Menurutnya, perkara itu mula timbul melalui cadangan beberapa pihak di Eropah dan Majlis Fatwa Eropah melarang perkara terbabit atas beberapa faktor selepas melakukan pembentangan khusus.
Katanya, menerusi surah al-Jumu’ah ayat ke-9 menerangkan perbuatan mendirikan solat Jumaat memerlukan individu membuat persediaan awal ke masjid dan lain-lain untuk menunaikannya.
“Jika satu orang menunaikannya berseorangan di rumah, maka ia seakan tiada makna dan tidak menepati tuntutan al-Quran dalam mendirikan solat Jumaat itu.
“Seterusnya, pendapat ulama bahawa keutamaan asal solat adalah solat Zuhur bersama empat waktu lain, hanya solat Jumaat dikhususkan pada hari Jumaat.
Loading...
loading...
“Apabila timbul masalah atau situasi seperti (wabak Covid-19) ketika ini, ia kembali kepada hukum asal iaitu solat Zohor,” katanya dalam satu rakaman kuliah atas taliannya, kelmarin.
Mohd Asri berkata, sekiranya sebahagian pihak menggunakan alasan darurat bagi melaksanakan solat Jumaat berjemaah secara atas talian, maka ia juga perlu dilaksanakan kepada lima waktu solat fardu yang lain pada ketika ini dan tidak meletakkan pengkhususan hanya pada solat berkenaan.
“Akhirnya nanti (jika dilaksanakan) orang tidak akan pergi berjemaah di masjid atas alasan boleh berjemaah dari rumah sahaja melalui siaran langsung atas talian,” katanya.
Post a Comment