Tular Ayat Al-Quran Berkenaan Covid-19. Ini Jawapan Jabatan Mufti Perak.

Tular Ayat Al-Quran Berkenaan Covid-19. Ini Jawapan Jabatan Mufti Perak.

Pentafsiran ayat al-Quran yang dikatakan mempunyai maksud berkaitan wabak koronavirus (Covid-19) sepertimana tular sejak dua hari lalu merupakan satu pendustaan dan pembohongan nyata terhadap ALLAH SWT.

Tular Ayat Al-Quran Berkenaan Covid-19. Ini Jawapan Jabatan Mufti Perak.

Jabatan Mufti Perak dalam satu kenyataan berkata, pembuat kenyataan itu telah melakukan pemesongan di luar konteks terhadap ayat-ayat kalam ALLAH SWT tanpa sandaran ilmu yang benar.

ARTIKEL MENARIK: Menteri Agama Umum Berita Baik Buat Tahfiz Dan Sekolah Agama. Alhamdulillah
Loading...

“Tular di media maya berkaitan perkara ini yang secara langsung mengaitkan nas al-Quran surah al-Ahzab ayat 33, seolah-olah menyebut tentang wabak Covid-19 ini dan kaitan dengan larangan keluar rumah.


“Dalam ayat 33 surah al-Ahzab yang disebut itu memperihalkan berkenaan akhlak para isteri Nabi SAW yang menunjukkan ketinggian status dan keunggulan mereka yang boleh menjadi teladan kepada seluruh wanita muslimah.
“Antaranya mengenai akhlak ketika berbicara, memelihara diri semasa keluar dari rumah yang hanya wujud keperluan syarak sahaja serta tegahan berhias diri seperti perempuan jahiliah,” katanya.
Kenyataan sama menyebut, masyarakat Muslim termasuk netizen sepatutnya tidak menularkan perkongsian seperti itu tanpa diselidiki kebenarannya kerana bimbang membawa kerosakan kepada masyarakat.
“Apabila diteliti maka didapati bahawa rata-rata lapisan masyarakat menyukai sesuatu yang ganjil dan menularkannya tanpa sebarang semakan dan penelitian terhadap kesahihannya.


Loading...
loading...

“Sikap sebegini jelas akan membawa kepada fitnah dan kerosakan dalam masyarakat. Pendekatan terbaik adalah menyekat sesuatu maklumat yang tidak pasti apabila sampai kepada kita tanpa meluaskannya kepada orang lain,” katanya.
Pada 3 April lalu, Kementerian Kesihatan memaklumkan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di negara ini sebanyak 3,333.
Keadaan itu menjadikan ada pihak-pihak mengemukakan teori kononnya 3,333 jumlah jangkitan itu ada kaitan dengan pentafsiran ayat 33 pada surah ke-33 iaitu surah al-Ahzab yang ada menyebut waqarna dan menyamakannya dengan korona kerana bunyinya yang sangat mirip.
Ia kemudiannya menimbulkan persoalan hukum apakah pernyataan al-Quran dalam surah itu membuktikan kebenaran wabak Covid-19 termasuk larangan keluar rumah.
Sumber : SH via KHALIFAH MEDIA NETWORKS

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post