Selama 26 Tahun Tak Pernah Solat. Akhirnya Wanita Ini Cuba Berubah. Alhamdulillah.

Selama 26 Tahun Tak Pernah Solat. Akhirnya Wanita Ini Cuba Berubah. Alhamdulillah.

Ada hikmah di sebalik penularan wabak Covid-19 yang melanda serata dunia ketika ini. Seperti kisah seorang gadis yang pulang dari Eropah yang terjejas teruk dan diisytiharkan zon merah bagi wabak yang membawa maut itu.

Selama 26 Tahun Tak Pernah Solat. Akhirnya Wanita Ini Cuba Berubah. Alhamdulillah.
Selama 26 Tahun Tak Pernah Solat. Akhirnya Wanita Ini Cuba Berubah. Alhamdulillah.

Perkongsian foto nota-nota niat dan surah serta bacaan lain untuk menunaikan solat, yang tersusun kemas diletakkan di hadapan sejadah, mengundang rasa terharu netizen.

ARTIKEL MENARIK: Solat Jumaat ‘Online’. Ini Respon Mufti Perlis Yang Ditunggu Ramai
Loading...

Bercakap kepada mStar, Nur’Rashima Murat, 27, berkata hatinya mula terdetik untuk menunaikan solat semasa hubungannya bersama tunang ketika itu mengalami masalah, sebelum putus pada Mac tahun lalu.


“Jujurnya, sepanjang saya hidup 26 tahun ketika itu, saya tak pernah sekali solat atau mengaji. Bukan ibu bapa tak nak ajar, tapi diri sendiri yang belum nak belajar solat.
“Gambar nota-nota tu di sejadah tu saya ambil pada April 2019, tapi baru saya ada keberanian untuk berkongsi kepada umum,” ujar warga Singapura itu kepada mStar.
Lebih mesra dengan panggilan Shima, dia mengakui selepas itu dia tetap mengalami kesulitan untuk menunaikan solat sebanyak lima kali sehari.


Loading...
loading...

“Mula-mula tu susah juga, terkial-kial. Saya cuma cuma solat Isyak dan Subuh. Saya belajar pada waktu malam sebab semua orang dah tidur.
“Saya rasa malu nak solat dengan nota-nota tu, tak yakin. Saya masih solat tapi tak ambil inisiatif untuk menghafal setiap bacaan,” katanya yang menetap di Choa Chu Kang.
Kepulangannya ke Singapura selepas bercuti di Eropah pada awal bulan lalu memerlukannya untuk menjalani kuarantin di rumah sebagai langkah-langkah pencegahan Covid-19.
Sepanjang tempoh dua minggu itu, Shima mengambil peluang untuk belajar solat secara serius.
“Saya banyak tinggal solat dan inilah waktu untuk perbaiki solat saya. Saya hanya duduk rumah semasa kuarantin dan nekad untuk belajar solat betul-betul.
Saya rasa kalau tak kerana wabak Covid-19 dan self quarantine ni, saya akan tetap malas and tak nak belajar solat betul-betul. Ia membuka mata saya.
“Alhamdulilah sekarang saya dapat solat dengan tenang. Saya tak pakai nota-nota tu lagi sebab dah hafal. Surprisingly, saya hanya mengambil masa sehari untuk hafal semua,” ujarnya.
Shima yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu syukur telah selesai menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu tanpa mengalami sebarang gejala dan sihat sepenuhnya.
Bagi pembantu peribadi di sebuah syarikat Batam, Indonesia itu, terdapat hikmah di sebalik wabak Covid-19.
“Saya rasa kalau tak kerana wabak Covid-19 dan self quarantine ni, saya akan tetap malas and tak nak belajar solat betul-betul. Ia membuka mata saya.
“Saya juga gembira dapat mempengaruhi kawan yang sebelum ni pun tak pernah solat lima waktu. Sekarang saya nampak dia solat depan mata saya. Dia juga berjaya melakukannya!
“Dan sekarang ia menjadi satu kewajipan untuk solat dan saya tidak akan terlepas melakukannya,” ujar Shima sambil menambah Singapura ketika ini menyarankan penjarakan sosial bagi mencegah jangkitan Covid-19.
Menurut Shima, perkongsiannya itu sebagai iktibar untuk memberi kesedaran bahawa setiap manusia tidak lari daripada membuat kesilapan dan tidak malu untuk memperbaikinya.
“Saya tak nak mereka malu untuk belajar solat walaupun umur sudah meningkat. Belajar solat dengan cara atau susah macam mana sekali pun kerana saya percaya suatu hari nanti semua usaha ini berbaloi… insyaAllah dosa kita dapat diampun olehNya,” katanya.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post