Ujian yang dihadapi oleh Malaysia pada ketika ini sememangnya sangat perit untuk dihadapi terutama bagi golongan petugas barisan hadapan yang terpaksa berkorban masa dan tenaga demi menyelamatkan mangsa Covid-19.
Permaisuri Agong Hadiahkan Katil Buat Frontliner. Ada Video. |
Pun begitu, pelbagai hikmah yang boleh dilihat daripada ujian ini termasuk sikap kemurahan hati rakyat dan pemimpin tertinggi di Malaysia dalam membantu golongan yang memerlukan serta meringankan beban golongan petugas barisan hadapan.
ARTIKEL MENARIK: Sangka Tabligh Penyebab Covid-19. Lepas Rawat Mereka Sangkaan Meleset Dan Tak dapat Lupakan Nasihat Mereka.
Loading...
Sebelum ini, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, pernah menyediakan sendiri makanan untuk diberikan kepada petugas barisan hadapan di sebuah hospital.
Loading...
loading...
Terbaru, Baginda Permaisuri telah menyumbangkan katil lipat kepada doktor dan jururawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk keselesaan mereka.
Menerusi laman Instagram, Baginda Permaisuri juga memuatnaik rakaman ucapan terima kasih dari pihak hospital tersebut.
Post a Comment