Hasil Bedah Siasat, Virus COVID-19 Dikesan Di Permukaan Badan, Organ Dalaman, Air Kencing & Cecair Badan Mayat- KKM

Hasil Bedah Siasat, Virus COVID-19 Dikesan Di Permukaan Badan, Organ Dalaman, Air Kencing & Cecair Badan Mayat- KKM

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan bahawa Institut Perubatan Forensik Negara telah menjalankan bedah siasat terhadap mayat COVID-19.

Hasil Bedah Siasat, Virus COVID-19 Dikesan Di Permukaan Badan, Organ Dalaman, Air Kencing & Cecair Badan Mayat- KKM
Hasil Bedah Siasat, Virus COVID-19 Dikesan Di Permukaan Badan, Organ Dalaman, Air Kencing & Cecair Badan Mayat- KKM

“Bedah siasat dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, iaitu Akta 342.

ARTIKEL MENARIK: Supercar Langgar Belakang Viva. Tuan Viva Dapat ‘Sesuatu’ sebagai Ganti Rugi.
Loading...

“Penemuan bedah siasat mendapati terdapat virus COVID-19 dikesan pada permukaan badan mayat melalui analisa real time polymerase chain reaction yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan.
“Virus juga dikesan dalam organ dalaman, air kencing dan cecair badan,” jelas Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam Sidang Media Harian COVID-19 di Putrajaya, hari ini.
Dalam pada itu, Noor Hisham menambah, penemuan baharu tersebut adalah selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh KKM sebelum ini.

Loading...
loading...

“Ia turut dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 15 Mac 2020 serta Majlis Rundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoise pada 15 Mac 2020.
“Tatacara tersebut merangkumi pengurusan jenazah Islam di mana hanya dibenarkan untuk ditayammum di atas permukaan beg jenazah, manakala bagi mayat bukan Islam, apa-apa upacara keagamaan dan tradisi hanya dibuat di atas permukaan beg mayat,” jelasnya lagi.
Sumber: KKM 
via Siakap Keli

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post