Supercar Langgar Belakang Viva. Tuan Viva Dapat ‘Sesuatu’ sebagai Ganti Rugi.

Supercar Langgar Belakang Viva. Tuan Viva Dapat ‘Sesuatu’ sebagai Ganti Rugi.

Kemalangan adalah suatu perkara yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah keselamatan telah diutamakan. Mana tidaknya, setiap kemalangan berpotensi menyebabkan kerosakan pada kenderaan, kecederaan pada diri malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa orang.

Supercar Langgar Belakang Viva. Tuan Viva Dapat ‘Sesuatu’ sebagai Ganti Rugi.
Supercar Langgar Belakang Viva. Tuan Viva Dapat ‘Sesuatu’ sebagai Ganti Rugi.

Menerusi satu rakaman yang berlegar di media sosial, satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah kereta supercar dan sebuah kereta Viva dipercayai telah berlaku.

ARTIKEL MENARIK: Sangka Tabligh Penyebab Covid-19. Lepas Rawat Mereka Sangkaan Meleset Dan Tak dapat Lupakan Nasihat Mereka.
Loading...

Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kereta Viva tersebut seakan ingin masuk ke sebuah persimpangan. Kereta Lamborghini yang berada di belakang kereta Viva ketika itu tidak sempat untuk memperlahankan kenderaannya lalu merempuh kereta Viva tersebut.


Selepas daripada itu, kereta Viva tersebut telah terpusing dan terbabas sehingga masuk ke lorong arah bertentangan. Mujur kereta yang sedang melalui jalan tersebut sempat untuk memberhentikan kenderaan daripada melanggar kereta Viva itu.


Susulan daripada kejadian tersebut, seorang warganet bernama Azman Nor mendakwa bahawa kedua-dua pemandu kereta tersebut tidak mengalami kecederaan yang serius.

Loading...
loading...

Tambahnya lagi, pemandu kereta Lamborghini tersebut yang berasa bertanggungjawab akan kejadian itu telah bertindak menghadiahkan pemandu Viva tersebut sebuah kereta Myvi sebagai ganti rugi bagi memastikan pemandu Viva itu tidak perlu menghabiskan sumber pendapatannya untuk membaiki keretanya di saat-saat getir yang memberi kesan kepada seluruh rakyat Malaysia ini.




-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post