Setiap kali tibanya bulan Ramadan, ibadah yang paling dinantikan selain daripada berpuasa ialah solat sunat tarawih
Panduan Lengkap Solat Sunat Tarawih 8 & 20 Rakaat Di Rumah Seperti Yang Disarankan JAKIM |
Mungkin ramai yang di antara kita yang lebih gemar untuk menunaikan solat tarawih di masjid ataupun di surau kerana sekiranya dikerjakan secara berjemaah, maka bertambahlah pahala.
ARTIKEL MENARIK:Selama 26 Tahun Tak Pernah Solat. Akhirnya Wanita Ini Cuba Berubah. Alhamdulillah.
Loading...
Namun begitu, tuntutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini menyarankan orang ramai untuk menunaikan solat sunat itu di rumah sahaja bagi mengelak penularan wabak Covid-19.
Usah risau kerana kita masih boleh menunaikan solat tarawih sama ada secara sendirian atau berjemaah bersama keluarga di rumah.
Untuk makluman, solat tarawih boleh dikerjakan sepanjang malam dan bukan pada masa tertentu atau harus selesai dalam sejam atau dua selepas Isyak sahaja. Malah, pukul 12 tengah malam pun masih boleh bertarawih, asalkan ditunaikan sebelum masuk waktu Subuh.
Berikut adalah cara-cara menunaikan solat sunat terawih bersendirian ataupun secara berjemaah di rumah buat yang masih tidak tahu:
Niat
Niat solat tarawih secara sendirian.
“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Niat solat terawih secara berjemaah (Niat menjadi Imam atau Makmun).
“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala.”
Cara menunaikan solat tarawih sebanyak 8 rakaat
Solat sunat tarawih 8 rakaat boleh dilakukan dengan 4 salam.
Ianya ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 8 rakaat (2 rakaat x 4 salam).
Bacaan surah solat tarawih 8 rakaat.
Tiada pengkhususan bacaan untuk solat tarawih 8 rakaat. Boleh dibacakan apa sahaja surah dalam al-Qur’an sama ada yang pendek mahupun panjang.
Namun, bagi mereka yang tidak menghafal surah-surah panjang, boleh sahaja membaca surah-surah lazim ini dalam solat tarawih 8 rakaat.
Bacaan surah-surah berikut dilakukan selepas daripada membaca surah al-Fatihah.
Loading...
loading...
Surah al-Takatsur (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua).
Surah al-Asr (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua).
Surah al-Humazah (rakaat pertama) dan Surah Al-Ikhlas (rakaat kedua).
Surah al-Fiil (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua).
Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadhan, digalakkan membaca Surah al-Qadr pada rakaat pertama.
Seterusnya pada rakaat kedua, dibacakan Surah al-Takathur hingga Surah al-Fil seperti malam pertama sehingga malam ke-15.
Cara menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat
Solat sunat tarawih 10 rakaat boleh dilakukan dengan 10 salam.
Ia ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap jumlah 20 rakaat (2 rakaat X 10 salam).
Bermula malam ke-16 hingga akhir Ramadan, digalakkan membaca surah al-Qadr pada rakaat pertama. Pada rakaat kedua adalah surah-surah nombor ganjil dalam gambarajah di atas.
Cara menunaikan solat sunat witir
Solat sunat witir boleh dilakukan sesudah habis solat sunat tarawih dan boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.
Solat sunat witir dilakukan dengan 3 rakaat dan 2 salam. Dua rakaat yang pertama dan satu rakaat yang kedua.
Lafaz niat solat sunat witir bagi 2 rakaat pertama:
“Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala“
Lafaz niat solat sunat witir bagi 1 rakaat berikutnya:
“Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala”
Bacaan surah-surah dalam solat witir
Selepas bacaan surah al-Fatihah bagi setiap rakaat, digalakkan membaca surah berikut:
Rakaat pertama - (Surah al-A’la)
Rakaat Kedua - Surah al-Kafirun
Rakaat ketiga/terakhir (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas) sekaligus dalam 1 rakaat terakhir.
Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadan, disunatkan membaca doa qunut untuk rakaat terakhir solat sunat witir.
Bacaan doa qunut sama seperti dalam solat Subuh.
Sumber: JAKIM via https://says.com
Post a Comment