KERAJAAN menetapkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan dua minggu sehingga 12 Mei ini, namun memberi sedikit kelonggaran terhadap dua perkara sahaja.
Tan Sri Muhyiddin mengumumkan yang pkp akan disambungkan sampai 12 Mei. Tapi akan ada kelonggaran. Rupa rupanya ini punca mengapa kelonggaran dibuat. |
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kelonggaran itu hanya membabitkan kebenaran pelajar di institut pengajian tinggi (IPT) yang berada di kampus untuk pulang ke rumah dan kebenaran satu kali perjalanan untuk rakyat yang terkandas di kampung atau tempat lain sebelum PKP fasa pertama dikuatkuasakan.
ARTIKEL MENARIK:Sekarang Bukan Masa Nak Tolong Pelarian, Utamakan Warganegara Dahulu
Loading...
Pertamanya, beliau berkata, pelajar yang masih berada di kampus, yang mana di peringkat awal dahulu mereka tidak dibenarkan pulang boleh kembali ke pangkuan keluarga masing-masing sedikit masa lagi.
Menurutnya, proses untuk membawa pelajar itu pulang giat dirancang oleh kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Katanya, jumlah yang terbabit adalah besar, iaitu hampir 100,000 pelajar, justeru kerajaan mesti merancang pergerakan mereka dengan teliti untuk pastikan ia teratur dan tidak menyebabkan risiko jangkitan koronavirus baharu (Covid-19).
“Sebelum dibenarkan pulang, semua pelajar ini akan dipastikan benar-benar sihat dan tidak mempunyai gejala Covid-19. Kepada anak kita yang berada di kampus, insya-Allah dalam tempoh yang tak berapa lama lagi, anda semua boleh pulang ke pangkuan keluarga. Butiran terperinci mengenai pergerakan pulang ini akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat. Jadi, kepada ibu bapa sabar dulu. Beri sedikit masa kepada pihak kementerian yang berkaitan untuk menguruskan perkara ini.
“Saya tahu anda semua rindukan anak masing-masing. Insya-Allah, dalam sedikit masa lagi, anak-anak anda dah boleh berada di rumah. Yang penting mereka semua boleh pulang dengan selamat,” katanya dalam Perutusan Khas Ramadan secara langsung menerusi RTM, malam ini.
Loading...
loading...
Keduanya, Muhyiddin berkata, bagi yang berada di kampung atau di tempat lain dan hendak balik semula ke rumah masing-masing, kerajaan sedang menimbang untuk memberikan kebenaran satu kali perjalanan bagi tujuan ini. Beliau berkata, kebenaran ini hanya diberikan kepada mereka yang terperangkap di kampung atau di tempat lain sebelum kerajaan melaksanakan PKP yang pertama. Katanya, pergerakan ini tentunya akan membabitkan jumlah yang besar, justeru kerajaan giat mengumpul data dan mengkaji kaedah yang terbaik untuk mengatur pergerakan mereka.
“Seperti yang diumumkan Menteri Kanan Pertahanan, mereka yang terbabit boleh mendaftar secara online di aplikasi yang disediakan PDRM, atau membuat temu janji untuk hadir ke balai polis bagi tujuan membuat pendaftaran. Adalah penting untuk pihak polis mengatur perjalanan saudara-saudari supaya tidak berlaku kesesakan di jalan raya atau di hentian di lebuh raya. Anda juga perlu pastikan anda sihat dan tidak mempunyai apa-apa gejala sebelum memulakan perjalanan,” katanya.
Menurut beliau, butiran terperinci mengenai perkara ini akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa terdekat. “Ini adalah sedikit kelonggaran yang diberikan setakat ini. Saya ulang sekali lagi, Sedikit kelonggaran. Bukan terlalu longgar. Kedua-dua langkah ini juga akan dipastikan teratur dan tidak menjejaskan usaha kita memerangi Covid-19,” katanya. Dalam perutusan itu, beliau turut mengumumkan PKP yang berakhir pada 28 April, dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi, sehingga 12 Mei.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Harian Metro via Sinar Viral Network
Post a Comment