Ustaz Ebit Lew Kongsi Rintihan Petugas Barisan Hadapan. Sebak.

Ustaz Ebit Lew Kongsi Rintihan Petugas Barisan Hadapan. Sebak.

Pengorbanan yang dilakukan oleh barisan petugas kesihatan pada ketika ini dalam membantu membendung jangkitan Covid-19 sememangnya perlu dihargai dan diberi pujian yang setingginya.

Ustaz Ebit Lew Kongsi Rintihan Petugas Barisan Hadapan. Sebak.
Ustaz Ebit Lew Kongsi Rintihan Petugas Barisan Hadapan. Sebak.

Tanpa mengenal penat lelah, mereka bersedia untuk berkorban masa dan tidak bertemu ahli keluarga sendiri.

ARTIKEL MENARIK: Ini Jumlah TERKINI Individu Ditahan Ingkar PKP Di Johor
Loading...

Keperitan yang dilalui mereka dapat dibayangkan menerusi nukilan yang dikirim oleh Ustaz Ebit Lew menerusi laman Facebook.


Sebak jer dari tadi,saya sampai jer berlari-lari Dr, Nurse, MA, guard, cleaner..senyum sampai telinga semua. Minta saya beri nasihat. Mereka dah down penat sangat.
Saya cakap betapa besar pengorbanan mereka. Setiap peluh susah sedih diberikan pahala, diampunkan dosa dan dinaikkan darjat.
Covid 19 buat kita terpisah dengan semuanya. Dah tak peluk cium anak sangat dah. Semuanya berbeza dah. Hanya Allah yang membalas segala susah payah semua dan kesedihan. Allah yang akan membalas semuanya.


Loading...
loading...

Ramai menangis jer masa beri nasihat. Air mata mengalir di celah mask. Merah mata semua menangis. Lepas tu ceria ajak bergambar. Hampir semua tempat pergi minta nasihat dan kata semangat.
Syukur hari ini kami ke 6 tempat klinik kesihatan au2 keramat, kk taman ehsan,kk selayang baru,kk rawang dan hospital serdang dan hosital putrajaya. Hantar aircond, kipas,face shield, cover plastik, dan barang-barang kering biskut,roti dll.
Syukur dapat beri motivasi dan semangat. Kita bantu mereka yer dengan stay at home dan jaga diri-diri masing-masing baik-baik.
Terima kaseh semua team pkum. Terima kaseh Abang Azman dan team BMWMCM. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah-ebitlew.

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post