Detik seorang lelaki mencuri sebuah kereta dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah warung makan di Banyumanik, Indonesia.
(Video) Lelaki ini kantoi curi kereta Honda Jazz selepas tertinggal isterinya di kedai makan |
5 Januari 2020, sebuah Honda Jazz yang diletakkan berhampiran sebuah warung dicuri oleh seornag lelaki yang berasal dari Surabaya.
ARTIKEL MENARIK: Polis Johor ambil keterangan pengetua hantar mesej lucah kepada pelajar
Loading...
Suspek nekad mencuri kereta itu setelah ternampak kunci kereta yang ditinggalkan pemiliknya di atas meja.
Suspek yang dikenali sebagai 'AP' berusia 34 tahun itu pada awalnya datang ke warung itu bersama isterinya untuk berehat seketika.
Namun ketika berada di warung itu, suspek ternampak kunci kereta yang tertinggal di meja kosong lalu timbul niat jahatnya untuk melarikan kereta itu.
Bagaimanapun, tindakannya itu dirakam oleh CCTV yang menampakkan suspek berlari mengambil kunci itu dan terus pergi ke kawasan tempat letak kereta.
Loading...
loading...
Kejadian itu tidak disedari oleh pengunjung lain. Pemilik kereta hanya menyedari keretanya dicuri selepas mendapati kunci keretanya hilang lalu meminta keizinan dari warung tersebut untuk melihat semula rakaman CCTV sebelum membuat laporan polis serta memuat naik video itu di media sosial.
Bertindak di atas laporan itu, polis segera memburu suspek yang dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
Tidak beberapa lama kemudian, polis berjaya menahan suspek.
Isteri suspek pula tidak mengetahui suaminya pergi meninggalkan dirinya kerana mencuri kereta itu.
Siasatan awal mendapati suspek nekad mencuri kereta itu kerana isterinya yang teringin memiliki kereta Honda Jazz.
Suspek kini ditahan kerana mencuri dan bakal dikenakan hukuman penjara selama lima tahun.
Post a Comment