Polis Johor ambil keterangan pengetua hantar mesej lucah kepada pelajar

Polis Johor ambil keterangan pengetua hantar mesej lucah kepada pelajar

JOHOR BAHRU: Polis semalam mengambil keterangan 3 individu termasuk pengetua yang didakwa terlibat dalam aktiviti “pengantunan seksual” melibatkan pelajar sekolah di negeri ini.

Polis Johor ambil keterangan pengetua hantar mesej lucah kepada pelajar
Polis Johor ambil keterangan pengetua hantar mesej lucah kepada pelajar

Ketua Polis Johor Mohd Kamarudin Md Din berkata setakat malam tadi, sebanyak 3 rakaman percakapan direkodkan melibatkan pengetua terbabit serta 2 saksi.

ARTIKEL MENARIK: Pembantu sekolah ditahan baling kerusi pada pelajar

Loading...

“Siasatan akan diteruskan dengan merakam percakapan beberapa saksi lain dan bahan bukti akan dihantar ke Makmal Forensik untuk dianalisis,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Kamarudin berkata, 1 laporan polis juga dibuat pada Selasa lepas (9 Jan) dan setakat ini, pihaknya menerima 1 laporan melibatkan pengetua berkenaan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 11 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Kamarudin berkata demikian ketika ditanya sama ada laporan polis dibuat ke atas pengetua sekolah menengah itu dan diambil keterangannya.

Loading...
loading...

Terdahulu, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dilaporkan berkata pengetua itu “dikeluarkan” daripada sekolah berkenaan dan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah sementara siasatan dijalankan oleh pihak kementerian.

Katanya, tindakan itu adalah bertujuan untuk memastikan suspek tidak mengganggu mangsa atau pelajar ketika siasatan sedang dijalankan.

Tiga hari lepas, tular dalam media sosial mengenai dakwaan seorang pengetua sekolah menengah yang mendapat anugerah pengetua cemerlang, menghantar mesej-mesej berunsur lucah kepada pelajar sekolah, sehingga mewujudkan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Free Malaysia Today

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post