Beberapa hari lalu satu kejadian rompakan bersenjata telah berlaku di sebuah pusat beli- belah, Robinson Mall, Thailand.
"Maafkan Ibu Sayang…Ibu Gagal Lindungimu." Kanak-Kanak 2 Tahun Ditembak Perompak |
Tragedi yang tular itu memaparkan seorang lelaki melepaskan beberapa tembakan, sebelum merompak sebuah kedai emas.
ARTIKEL MENARIK: Isteri terjun bangunan selepas mengetahui suaminya 'gay'
Loading...
Tembakan rambang perompak tersebut telah mengakibatkan tiga orang awam terbunuh, termasuk seorang kanak-kanak, dan lima orang tercedera.
Meraung ibu tengok kepala anak kena tembak
Tersentak melihat rakaman ketika kejadian, ibu kepada mangsa kanak-kanak berusia 2 tahun meraung meminta pertolongan setelah kepala anaknya terkena tembakan perompak, ketika mereka sedang berjalan-jalan di pasaraya tersebut.
Maafkan ibu sayang..
Masih trauma dengan apa yang menimpa anak kecilnya, ibu kepada mangsa telah membuat satu hantaran di Facebook meluahkan rasa pilu dan kecewa atas kehilangan anak di tangan seorang perompak.
Ibu gagal lindungi kamu anak
Dalam entrinya, dia tidak pernah menyangka perkara itu akan berlaku terhadap keluarganya dan menzahirkan rasa kesal kerana telah gagal melindungi anaknya.
Loading...
loading...
“Tidak pernah menyangka perkara ini akan berlaku kepada kita, ia berlaku begitu pantas. Ibu dan ayah akan sentiasa sayangkan kamu. Maafkan kami gagal lindungi kamu anak…”
Kini ibu dan bapa kanak-kanak itu hanya mampu meratap sayu atas pemergian anak kecil mereka. Diharapkan, akan ada keadilan buat kematian anak yang tidak berdosa ini dan penjenayah kejam tersebut dikenakan hukuman setimpal.
Sumber: borakdaily.com & I’wi Wilaiwan Triton via https://majalahpama.my via Sehinggit | Segalanya di Sini
Post a Comment