Kerajaan India minta pedagang boikot minyak sawit Malaysia susulan kritikan Mahathir

Kerajaan India minta pedagang boikot minyak sawit Malaysia susulan kritikan Mahathir

KERAJAAN India dilapor telah meminta kilang penapisan dan para peniaga mengelak dari membeli minyak sawit Malaysia,

Kerajaan India minta pedagang boikot minyak sawit Malaysia susulan kritikan Mahathir
Kerajaan India minta pedagang boikot minyak sawit Malaysia susulan kritikan Mahathir

kata sumber kerajaan dan industri hari ini susulan kritikan Malaysia berhubung tindakan kerajaan India terhadap Wilayah Kashmir dan undang-undang kerakyatan baru negara itu lapor reuters.

ARTIKEL MENARIK: Kapal peronda China mula langgar batas perairan negara

Loading...

India merupakan pembeli terbesar dunia bagi minyak sawit dan produk-produk berkaitan komoditi itu. Sekiranya kilang penapisan minyak sawit India mengurangkan pembelian, ia dijangka akan memberi tekanan kepada harga komoditi itu. Harga minyak sawit Malaysia menjadi penanda aras harga minyak sawit dunia.

Seorang pegawai kanan industri minyak sayuran India yang enggan namanya didedahkan, berkata kerajaan telah meminta para pengusaha kilang penapisan dalam satu mesyuarat yang dihadiri oleh puluhan pegawai-pegawai industri minyak sayuran di New Delhi semalam untuk memboikot Malaysia.

"Dalam mesyuarat hari Isnin kami telah diberitahu secara verbal, untuk mengelakkan diri dari membeli minyak sawit Malaysia," kata pegawai berkenaan.

"Kami telah melalui beberapa pusingan mesyuarat bersama kerajaan dan industri untuk melihat bagaimana kami boleh mengurangkan import dari Malaysia," kata seorang pegawai kerajaan India, tambahnya kerajaan India akan menetapkan satu rancangan tindakan dan sedang meneroka pelbagai pilihan.

Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah mencetuskan kemarahan India berhubung ulasannya terhadap tindakan negara itu di wilayah Kashmir, dan berhubung undang-undang baru kerakyatan India, yang mana para pengkritik mendakwa ia menyingkirkan asas sekular negara itu dan boleh digunakan untuk mendiskriminasi orang Islam.



Loading...
loading...

Dalam bulan Oktober para pedagang dari India berhenti buat seketika dari menandatangani kontrak kontrak baru dengan Malaysia kerana kebimbangan negara itu akan menaikkan cukai import terhadap minyak sawit Malaysia selepas Dr Mahathir berucap dalam perhimpunan agung Bangsa Bersatu (PBB) bahawa India telah "menceroboh dan menduduki," Kashmir sebuah wilayah majoriti Muslim yang menjadi pertikaian dan juga dituntut oleh Pakistan.

Bulan lalu Dr Mahathir dilapor mengkritik pindaan undang-undang kerakyatan baru India yang telah mengakibatkan protes berdarah di negara itu membawa kepada 25 kematian akibat bertembung dengan pihak polis.

"Rakyat mati disebabkan undang-undang ini. Jadi apa keperluan untuk melakukan perkara ini sedangkan selama ini, hampir 70 tahun mereka hidup bersama-sama sebagai warganegara tanpa sebarang masalah?" soal Dr Mahathir bulan lalu.

Kerajaan India dengan jelas mahu menghukum Malaysia kerana kenyataan berkenaan dan para pedagang patut menyokongnya kata seorang lagi pegawai industri.

"Kerajaan telah bersusah-payah untuk mencari jalan menghalang impor dari Malaysia disebabkan undang-undang Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). Buat masa ini kerajaan meminta industri untuk bekerjasama," katanya.

"Terdapat perbincangan sedang dijalankan namun sehingga mereka mengumumkannya secara rasmi, kita tidak tahu sama ada ianya benar," kata Kalyana Sundram, CEO Majlis Minyak Sawit Malaysia, sebuah agensi negara yang berperanan mempromosikan minyak sawit.

Para pengusaha kilang penapisan dan pedagang India, telah membuat kontrak perjanjian minyak sawit Malaysia untuk penghantaran dalam bulan Januari dan sejumlah kecil pada bulan Februari, kata seorang peniaga yang berpengkalan di Mumbai kepada sebuah syarikat dagangan global.

"Kesan dari mesyuarat hari Isnin akan dapat dilihat secara jelas mulai bulan Mac dan seterusnya, eksport sawit dari Indonesia pula akan meningkat," kata peniaga itu.

Indonesia merupakan pengeluar minyak sawit terbesar dunia, diikuti oleh Malaysia. Minyak sawit merupakan sumber ekonomi penting rakyat Malaysia kerana ia menyumbang sebanyak 2.8 peratus produk domestik Malaysia dan 4.5 peratus dari jumlah eksport secara keseluruhan.

Sumber — https://www.milosuam.net

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post