Kapal peronda China mula langgar batas perairan negara

Kapal peronda China mula langgar batas perairan negara

Kementerian Pertahanan perlu memberi perhatian serius berhubung berhubung kemunculan sebuah kapal peronda China di Beting Hempasan Bantin, satu beting dalam gugusan Beting Patinggi Ali (Luconia Shoals) beberapa hari lalu.

Kapal peronda China mula langgar batas perairan negara
Kapal peronda China mula langgar batas perairan negara

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim dalam satu kenyataan, hari ini berkata, selain kapal peronda, pesawat pengebom strategik juga kelihatan melalui kawasan yang terletak di dalam zon ekonomi ekslusif (EEZ) Malaysia itu.

ARTIKEL MENARIK: 2,312 notis kesalahan merokok dikeluarkan dalam 5 hari

Loading...

Ia dipercayai mengganggu aktiviti eksplorasi minyak oleh kapal penggerudi laut dalam di sana, katanya.

“Keadaan ini jelas mencetuskan rasa tidak senang ramai pihak yang melihat tindakan China tersebut sebagai sengaja mencetuskan kontroversi malah mereka sudah mula berani melanggar batasan perairan EEZ negara,” katanya.

Beliau berkata, kemunculan kapal peronda berkenaan bukan satu perkara baharu dan pernah berlaku sebelum ini.

“Pada November 2015, pihak berkuasa China pernah membolos beting Patinggi Ali dengan menyatakan hak atas faktor sejarah mereka terhadap tuntutan sembilan-garis putus (nine-dash lines) di Laut China Selatan,” katanya.

Loading...
loading...

“Bagaimanapun, keputusan Tribunal Timbang Tara Antarabangsa pada 12 Julai 2016 telah menjelaskan pendirian bahawa tuntutan sembilan-garis putus tersebut adalah tidak sah serta tidak menepati perundangan laut antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata, walaupun aspek diplomasi dan keamanan serantau amat wajar dititik beratkan, namun langkah berjaga-jaga dari segi keselamatan maritim perlu sentiasa diberi perhatian serius khususnya di bahagian kawasan EEZ Malaysia di perairan Sarawak.

“Pada masa sama, Malaysia juga wajar mengekalkan kependudukan efektif serta kawalan efektif ke atas sesuatu wilayah Malaysia bagi mengekalkan kedaulatannya,” katanya.

Portal Islam dan Melayu 

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post