Adik Nur Syifaa Auni yang pernah mendapat liputan FMT Ohsem sebelum ini kerana menghidap penyakit Hydrocephalus atau penyakit kepala besar telah meninggal dunia pada Jumaat.
Bayi kepala besar, Nur Syifaa Auni meninggal dunia |
Ibunya, Safia Nasir memaklumkan perkara itu kepada FMT sambil berkata arwah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ22, Puchong Batu Dua Belas sekitar 10 pagi Sabtu.
ARTIKEL MENARIK: 'Saya tidak pernah dipelawa untuk bermadu' - Hanna nafi dakwaan suaminya kononnya dah minta izin untuk bermadu
Loading...
Menurutnya lagi, arwah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 6 petang Jumaat dan ia disahkan pihak Hospital Serdang.
“Alhamdulillah semuanya selamat dan kami tahu yang dia akan pergi, jadi saya dan suami lebih bersedia menghadapi waktu yang akan tiba, Syifaa sangat kuat kerana bertahan lebih lama berbanding bayi yang lain, alhamdulillah,” katanya.
Menurut Safia lagi, arwah tidak menunjukkan sebarang tanda yang dia akan pergi pada waktu itu.
Loading...
loading...
“Cuma saya perasan tiga hari sebelum itu ada keluar darah sedikit di bahagian mata dan mulut, selain daripada itu tiada masalah.
“Cuma semalam saya dengar Syifaa mengerang kesakitan dan tidak bergerak, jadi saya hubungi suami yang ketika itu di atas motor dalam perjalanan pulang ke rumah, kami bawa pergi ke hospital dan mereka mengesahkan yang arwah Syifaa sudah tiada,” katanya lagi.
Sebelum ini adik Nur Shifaa Auni merupakan salah seorang penerima bantuan sumbangan Syawal daripada Badan Bukan Kerajaan (NGO) MYMAHU pada tahun lalu.
Daripada situlah ramai masyarakat yang meyalurkan sumbangan terhadapnya.
Semoga roh adik Nur Syifaa Auni ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah Nur Syifaa Auni bin Yaakob (25/4/2018 – 10/1/2020)
Free Malaysia Today
Post a Comment