KUALA TERENGGANU: Kegembiraan sekumpulan 15 penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering mandi-manda bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka lemas, manakala seorang lagi masih hilang di Pantai Pandak, di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, Mohd Nor Hishamudin Nor Saidi, 21, dan Tengku Mohd Afiq Tengku Muhazan Shah, 20, dikatakan dibawa arus kuat yang datang secara tiba-tiba.
ARTIKEL MENARIK: Kelahiran Farah Hanis satu sejarah, keajaiban
Loading...
Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Penguasa Kanan Bomba ll, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat Mohd Nor Hishamudin, ditemukan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) semasa melakukan rondaan pada 9.50 malam ini.
“Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terapung pada jarak 1 km dari lokasi kejadian. Sebenarnya yang betul-betul lemas 5 orang.
“Dua daripada mereka dapat menyelamatkan diri lebih awal dan dapat naik ke semula ke darat. Seorang lagi mungkin boleh berenang dan dia mengapungkan badannya sebelum dibantu nelayan tempatan yang ada di pantai itu.
“Seorang mangsa ditemukan lemas tadi, jadi seorang lagi masih hilang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di Pantai Pandak, di sini malam tadi.
Loading...
loading...
Mohd Salahuddin berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada 6.41 petang, seramai 17 anggota bomba, termasuk 6 dari Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bergegas ke lokasi bersama 4 jentera.
Namun katanya, berikutan angin dan ombak yang sangat kuat malam tadi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan bermula 7 pagi hari ini dan pihak bomba akan turut mendapatkan bantuan agensi lain untuk operasi mencari dan menyelamat.
“Buat masa ini pihak bomba akan melakukan rondaan dan pemantauan setiap 2 jam pada jarak 2 km di pesisir pantai dari jarak mangsa dikatakan lemas,” katanya.
Sementara itu seorang rakan mangsa Muhammad Aliff Najmie Che Norazlin, 20, berkata, beliau tidak menyangka ombak besar datang dengan tiba-tiba memandangkan sebelum kejadian keadaan arus pantai dilihat tenang.
“Saya pun hampir kena tarik (ombak) juga, saya selamatkan diri saya dahulu. Lepas itu mula-mula saya nampak 2 orang sahaja (dibawa arus), rupa-rupanya ada seorang lagi.
“Lepas itu ada seorang lagi pula kena tarik dan dia dapat menyelamatkan diri. Suasana memang kelam-kabut jadi kami selamatkan diri masing-masing dahulu.
“Saya memang menyesal kerana kami hanya hendak berseronok berikutan peperiksaan semester hampir tamat,” katanya.
Free Malaysia Today
Post a Comment