'Saya tidak pernah dipelawa untuk bermadu' - Hanna nafi dakwaan suaminya kononnya dah minta izin untuk bermadu

'Saya tidak pernah dipelawa untuk bermadu' - Hanna nafi dakwaan suaminya kononnya dah minta izin untuk bermadu

Baru saja si suami menjelaskan dia ada meminta kebenaran isteri untuk memperisterikan usahawan kuih bakul, tetapi si isteri pula menafikan kenyataan suaminya.

'Saya tidak pernah dipelawa untuk bermadu' - Hanna nafi dakwaan suaminya kononnya dah minta izin untuk bermadu
'Saya tidak pernah dipelawa untuk bermadu' - Hanna nafi dakwaan suaminya kononnya dah minta izin untuk bermadu

Suhana Hamzah atau Hanna berkata, Mahyudin Noral Azhar tidak pernah mempelawanya untuk bermadu.

ARTIKEL MENARIK: Bayi lahir bermula 1 Jan 2020, layak terima suntikan vaksin pneumococcal percuma, Jun depan

Loading...

"Saya tidak pernah dipelawa untuk bermadu seperti yang didakwa," katanya, memetik laporan dari Harian Metro.

Bagi Hanna, dia tidak sanggup lagi dipermainkan dan nekad untuk meneruskan keputusan untuk bercerai selepas perbincangan demi perbincangan di antara mereka tidak menemui jalan penyelesaian yang diharapkan.

"Rasa sakit dikhianati setelah 11 tahun berkahwin bukan hanya dapat diselesaikan dalam masa 24 jam atau hanya lega perkataan sabar. Saya yang merasa dan menanggung serta mengalami tekanan yang terlampau, apatah lagi ketika saya masih dalam proses recovery selepas bersalin.

"Ditambah dengan ujian yang sebegini amat memberi kesan kepada emosi dan kehidupan saya," katanya.

Loading...
loading...

Hanna juga menafikan dakwaan netizen kononnya pendedahan kisah rumah tangganya adalah sebahagian daripada strategi pemasaran untuk melariskan perniagaan mereka.

"Saya bukanlah terdesak untuk membuat marketing murahan sebegitu, tetapi apa yang saya tulis semalam adalah luahan hati yang tersangat sakit akibat dikhianati, tetapi tidak sangka ia menjadi viral.

"Apabila kesabaran saya sudah tidak tertanggung dek kerana diri saya diperkotak-katikkan ke kiri dan ke kanan menyebabkan saya mengambil tindakan sedemikian. Kerana mereka merasakan saya tidak akan berani, lemah dan akan terus menangis dan meratap, dan mereka merasakan saya adalah seorang yang naif, yang akan percaya bulat-bulat dengan penafian-penafian yang menyakitkan.

"Saya juga manusia yang ada limit dan perasaan. Saya bukan malaikat boleh reda dan terima dengan hati terbuka kerana yang menanggung beban adalah saya.

"Saya juga tidak pernah mengatakan suami saya memukul atau mengabaikan saya tetapi saya tidak faham kenapa isu itu boleh timbul.

"Kepada mereka yang berkenaan, teruskanlah dengan penafian kerana saya faham anda ada periuk nasi yang perlu dijaga, sedangkan saya tidak punya apa-apa," katanya.

Sumber: Harian MetroHanna Baa  via The Reporter

LAPORAN BERKAITAN

  1. 'Dalam diam mereka jalinkan hubungan semasa saya mengandung' - Ibu 3 anak dakwa usahawan kuih bakul musnahkan perkahwinannya
  2. Itu Semua Fitnah - Yaya, Gadis Kuih Bulan Nafi Kahwin Suami Orang


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post