Dalam perjalanan hidup kita sewaktu melewati masa muda pastinya kita seringkali di dalam hati ada benih-benih cinta. Rasa cinta yang menular di dalam hati terhadap seseorang boleh terjadi kepada sesiapa saja.
Doa Agar Orang Yang Kita Cintai Mencintai Kita Kembali |
Tidak memandang pada jantina lelaki atau perempuan. Yang pasti benih cinta tersebut akan terus tumbuh pada seseorang dan pastinya cinta kita itu tidak melebihi rasa kasih dan cinta kita pada Allah SWT. Marilah kita doa agar orang yang kita cintai mencintai kita.
ARTIKEL MENARIK: Sekarang Baru Saya Sedar. Kenapa Orang Bangun Sebelum Subuh Selalu Berjaya
Loading...
Walau bagaimanapun, kerana atas dasar cinta inilah cinta kita terhadap seseorang boleh menjadi abadi, kekal sehingga membawa kepada kebaikan iaitu perkahwinan sebagai jalan pengakhiran cinta. Namun, adakalanya kita mencintai seseorang itu, perasaan yang dipendam itu ternyata kita bertepuk sebelah tangan dan tiada balasan yang mungkin si dia tidak mengetahuinya atau kita malu untuk menyatakannya.
Jika kita merindukan seseorang apakah orang itu juga merindukan kita dan mencintai kita?
Jika kita merindukan seseorang apakah orang itu juga merindukan kita dan mencintai kita?
Mungkin orang yang kita cinta itu tidak membalas cinta kita lalu dia memilih orang atau di kalangan teman kita sendiri. Betapa sakitnya melalui rasa ini tapi apakan daya kita tak mampu untuk memenangi hatinya walau sudah beribu usaha dilakukan. Akhirnya, kita hanya meminta pertolongan dan memohon dari Allah dengan doa agar orang yang kita cintai itu mencintai kita kembali.
Loading...
loading...
Sekarang, jika anda belum tahu apakah doa agar orang yang kita cintai mencintai kita kembali, di sini dikongsikan ayat dan doa untuk orang yang kita sayang dalam Islam, doa agar dia ingat kita terus, doa agar orang yang kita cintai menjadi jodoh, doa membuat orang jatuh cinta menurut Islam, doa membuka hati orang yang kita cintai, doa agar si dia memimpikan kita atau doa agar seseorang merindukan kita.
Doa Agar Orang Yang Kita Cintai Mencintai Kita
Rumi : Allahumma Inni As Aluka, Bi Haibati Adhamatika, Wabi Sathwati Jalaalika An Taj’ala Mahabbatii Fii Qalbii … (Sebutkan orang yang dimaksudkan), Wa Alqil Mahabbata Wal Mawad Data Fii Qalbihi Wa Aththifhu, Alayya Bi Fadhlika Yaa Kariim.
Maksudnya : Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu, berkah wibawa keagungan-Mu, dan amukan keluhuran-Mu, agar Kau jadikan kecintaan di dalam hati… (Sebutkan orang yang dimaksudkan). Dan resapkanlah kecintaan dan kasih sayang terhadapku di dalam hatinya. Dan cenderungkan ia padaku lewat anugerah-Mu. Wahai Dzat yg Maha Mulia.
Adalah lebih baik dan afdal jika doa di atas dibaca selepas anda menunaikan solat hajat di sepertiga malam terakhir. Sepertiga malam adalah waktu yang paling mujarab, mustajab dan doa ini dikatakan cepat dan berkesan jika diamalkan dengan betul.
Doa ini cukup mustajab dan janganlah anda menggunakan doa ini untuk perkara dan hal-hal lain dengan niat yang buruk. Gunakanlah doa ini bagi tujuan yang baik seperti untuk mendapatkan seorang wanita yang solehah untuk dijadikan sebagai isteri anda sendiri.
Jika doa pertama adalah doa agar orang yang kita cintai mencintai kita, doa yang berikutnya ini adalah merupakan doa untuk anda yang memiliki bekas kekasih yang telah putus dan ingin dia kembali kepada anda. Ayat dan doa ini juga sama seperti doa yang sebelum ini.
Walau bagaimanapun, diharapkan anda tidak menggunakan doa yang mujarab ini untuk membuat atau melakukan tujuan yang tidak baik. Jadikanlah orang yang anda cintai itu selepas dia kembali kepada anda nanti sebagai teman atau isteri sehidup semati. Sayangilah dia seadanya dia dan berikan kasih sayang terhadapnya dengan ikhlas dan sepenuh hati.
Doa Agar Orang Yang Kita Cintai Kembali
Rumi : Allohumma inni as-aluka hubbaka, wa hubba man yu-hibbuka, wa hubba kulli ‘amalin yushi-luni ila qurbika, wa an taj ’alaka ahab-ba ilayya mima siwaka, wa an taj’ala hubbi iyyaka qaidan ila ridhwânika, wa syawqi ilayka dzaidzan ‘an ‘ishyânika, wamnun binna-zhari ilayka ‘alayya, wanzhur bi’aynil, wuddi wal ‘athfi ilayya, walaa tashrif ‘annii wajhaka, waj’al-nii min ahlil is’aadi wal khuzhwati ‘indaka yaa Mujiibu yaa Arhamar raa-himiin.
Maksud : Ya Allah, hamba memohon cinta-Mu, cinta seorang yang mencintai-Mu, dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu. Jadikan Engkau lebih aku cintai dari pada selain-Engkau. Jadikan cintaku pada-Mu dapat membimbingku pada redha-Mu. Jadikanlah kerinduanku pada-Mu sehingga mencegahku dari maksiat.
Anugerahkanlah padaku pandangan-Mu. Tataplah diriku dengan pandangan kasih sayang. Jangan palingkan wajah-Mu dariku. Jadikanlah aku di antara para penerima anugerah dan kurnia-Mu. Wahai Dzat yang Maha Pemberi Ijabah. Ya Arhamar rahimin.
Anda dinasihatkan agar mengamalkan doa di atas selepas anda menunaikan ibadah sunnah solat hajat. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan sewaktu anda melaksanakan solat hajat tersebut janga sekali-kali anda tertinggal pula ibadah-ibadah wajib yang anda harus lakukan.
Berusahalah sentiasa untuk memperbaiki kualiti keimanan anda sehinggalah Allah mahu mendengar serta mengabulkan doa yang telah kita munajatkan. Buatlah dengan bersungguh-sungguh, Insha Allah apa yang anda ingikan akan tercapai dengan cepat dan berkesan.
Inilah dua doa yang dikongsikan supaya dapat menolong anda, doa pertama adalah doa agar orang kita cintai mencintai kita atau doa agar kita dicintai oleh orang yang kita cintai. Manakala, doa yang kedua adalah doa agar orang yang kita cintai kembali kepada kita serta kita dapat memilikinya dengan bersatu atau pun berkahwin.
Semoga perkongsian ini dapat membantu semua yang meninginkan cinta yang diredhai Allah dan amalkanlah doa-doa ini dengan ikhlas dan serba serta jangan dilupa untuk tidak membuat perkara yang tidak baik. Semoga anda mendapat petunjuk dan semua doa itu akan dikabulkan oleh Allah SWT. Amin.
Sumber: Doa Niat Solat via Media Maklumat
Post a Comment