Cara Merawat Kayap Kurap Panau & Sakit Kulit Gatal Dengan Berkesan

Cara Merawat Kayap Kurap Panau & Sakit Kulit Gatal Dengan Berkesan

Sakit kulit seperti gatal-gatal, kurap, kayap, panau, kudis, ruam, ekzema, psoriasis dan sebagainya adalah antara penyakit kulit yang amat merungsingkan mereka yang mengalami penyakit seperti ini.

Cara Merawat Kayap Kurap Panau & Sakit Kulit Gatal Dengan Berkesan
Cara Merawat Kayap Kurap Panau & Sakit Kulit Gatal Dengan Berkesan

Setiap penyakit pasti ada ubatnya dan pesakit harus prihatin seperti bertemu doktor atau pakar serta berusaha untuk sembuh sepenuhnya

ARTIKEL MENARIK: Rupanya Buah Nanas Perlu Dimakan Setiap Hari, Buah Nanas Mampu Merawat 1001 Penyakit

Loading...

Lebih memeritkan apabila pesakit terpaksa berhadapan dengan situasi sakit kulit yang kronik, kritikal dan keterlaluan seperti pedih dan luka berair terkeluar air bisa akibat gatal-gatal sehingga menyukarkan untuk tidur pada waktu malam. Biasanya penyakit kayap, kurap dan panau sangat menyakitkan.

Begitu juga penyakit kulit yang berkait dengan saraf seperti kayap atau Herpes Zoster dalam istilah perubatan yang boleh berjangkit serta menyebabkan jangkitan bakteria dan virus memberhaya. Penyakit ini mempunyai beberapa jenis iaitu seperti kayap ular, kayap api, kayap bunga dan kayap setompok.

Manakala kurap pula atau Tinea Corporis juga penyakit kulit yang menyebabkan jangkitan sejenis kulat atau Fungus yang dikenali sebagai Dermatophyte. Ia mempunyai 3 jenis Dermatophyte akibat kurap iaitu TrichophytonMicrosporum dan Epidermophyton.

Penawar Sakit Kulit Kayap, Kurap, Panau & Gatal-gatal

ubat tradisional cara kampung


Pasti ramai yang mencari cara untuk menghilangkan sakit kulit gatal-gatal di badan yang mereka alami dengan menggunakan cara perubatan moden iaitu dengan membeli ubat di farmasi atau klinik dan juga hospital. Walau bagaimanapun, petua tradisional cara kampung atau rawatan alternatif juga boleh dicuba sebagai ikhtiar yang boleh dijadikan sebagai penawar.

Loading...
loading...

Berikut dikongsikan cara merawat penyakit kayap, kurap, panau, gatal-gatal dan sebagainya menggunakan cara Islam dan petua tradisional berdasarkan perkongsian Ustaz Mujahidin Al Banjari dari Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin yang sangat terkenal di laman sosial yang telah membantu ramai pesakit.

Sekiranya anda mengalami kegatalan pada kulit akibat terkena penyakit kayap, kurap, panau, gatal-gatal satu badan dan sebagainya yang berkaitan dengan sakit kulit, anda boleh cuba dengan cara merawat yang menggunakan doa atau ayat suci Al-Quran seperti yang dikongsikan di bawah:

1. Ambilkan air panas suam dan masukkan tiga sudu garam halus, kacau sampai larut dan masukkan lada hitam sebiji ke dalam air tersebut seterusnya membaca ayat-ayat Al-Quran seperti berikut:
  • Al-Fatihah 7 kali
  • Zikir ‘Yaa Saalam’ 70 kali
  • Diakhiri dengan selawat 7 kali
2. Setelah selesai membaca kesemuanya, sapukan air garam tersebut ke tempat pertama yang terkena gatal kemudian baru sapu ke tempat lain yang mengalami kegatalan itu.

Insha Allah, siapa yang terkena kayap kebiasaannya dalam masa 3 hari akan kering dan sembuh termasuk sakit gatal yang lain seperti kurap, panau dan sebagainya. Buatlah dengan yakin serta ikhlas. Insha Allah akan dipermudahkan.

Petua Hilangkan Kayap Cara Kampung

Berikut dikongsikan juga cara merawat penyakit kayap, kurap, panau, sakit kulit dan gatal-gatal satu badan dengan cara kampung yang dikatakan sangat mujarab dan berkesan jika diamalkan menggunakan bahan-bahan semulajadi. Ini terbukti ubat tradisional juga mampu menghilangkan penyakit kulit seperti ini selepas ramai yang mencuba petua ini seperti dikongsikan di Facebook.

Daun Cili & Kapur Makan

doa merawat kayap

Daun cili harus ditumbuk dan dicampurkan dengan kapur makan sebelum digunakan.


Ambilkan daun cili dan juga kapur makan. Tumbukkan atau ramas daun lada serta campurkan dengan sedikit kapur, kemudian sapukan di bahagian yang terkena kayap. Lakukan sehari 2 kali. Insya Allah kayap akan pudar dan baik dalam masa beberapa hari saja dan lihat hasilnya.

Daun Pokok Duit-duit

petua kayap kurap panau

Pokok duit-duit dikenali sebagai Pyrrosia piloselloides dalam bahasa saintifik.


Untuk hilangkan kayap atau sakit kulit, ambilkan daun pokok duit-duit kemudian perlu ditumbuk hancur atau lumat daunnya seterusnya air perahan daun tersebut perlu ditekap pada tempat yang terkena kayap dan dibengkung selama semalaman.

Ubat Makan dan Krim Kayap

cara hilangkan panau dan kurap

Bertemu pakar adalah jalan terbaik untuk mencegah penyakit kulit ini.
Ubat makan dan ubat sapu, cucuk pun ada. Penyakit ni sesiapa pun boleh kena termasuk doktor juga. Doktor saya kata stress pun boleh menjadi penyebab. Saya masa mula-mula terkena tak tahu pun itu kayap dan memanglah masa tu tengah stress sesangat, jumpa doktor barulah tahu. Alhamdulillah seminggu saja dah kering.

Daun Delima & Bedak Sejuk

kayap ular membawa maut

Daun pokok delima sememangnya banyak khasiat yang tersendiri.
Petua kayap setompok menggunakan daun delima ditumbuk lumat campur bedak sejuk (tanpa pewangi) tampal kat tempat kayap itu. 3 Hari je dah kering, Alhamdulillah. Tapi makan kena jaga-jaga sikit takut nanti terasa bisa dan gatal. Yang penting sekali bila dah kering jangan dikupil parutnya, biarkan ia tanggal sendiri sebab kalau bahagian kulit belum betul-betul kering ia akan terluka dan kembali merebak atau berjangkit.

Pucuk Daun

cara merawat dan rawatan kayap

Semua pucuk daun ini harus ditumbuk atau blend sehingga lumat.
Pucuk daun bunga melur, pucuk daun buah delima, daun setawar dan pucuk daun semambu. Semua daun di atas ditumbuk atau diblender dan dicampurkan dengan bedak sejuk dan dibancuh pekat. Disapu atau tampal pada kayap tersebut.(Tampal 2-3 jam sekali) lakukan setiap hari sehingga baik. Makanan kena pantang seperti orang dalam pantang bersalin, makan gatal, goreng-goreng berminyak tak boleh makan, hanya rebus, stim atau bakar.

Akar Rumput Kerbau

rumput paitan
Rumput ini sangat digemari oleh kerbau. – Facebook

Rumput ini memang sangat mudah untuk didapati dan anda perlu guna akar dari rumput kerbau ini saja, basuh sehingga bersih dan celup ke dalam bedak sejuk. Kemudia sapu pada tempat yang terkena penyakit kulit ini.

Garam Bukit

cara hilangkan gatal-gatal

Garam bukit juga mempunyai bermacam jenis dan mudah didapati.


Menggunakan garam bukit (rock salt). Cara merawat dengan ambil sedikit garam bukit dan campur sedikit air biar garam bukit tersebut separuh larut dan sapu di kawasan kayap tersebut. Amal 2 kali sehari sebelah pagi dan malam.

Selepas itu, ambil 4 cubit garam bukit dan masukkan dalam segelas air, lepas kacau sehingga larut terus berselawat dan minum (Sunnah Rasul). Ini adalah rawatan secara dalaman dan luaran, insya Allah penyakit kayap akan sembuh. Selain itu juga boleh merawat untuk sakit kulit yang lain seperti jerawat, gatal-gatal serta penyakit kulit seperti kurap, panau dan lain-lain.

Keladi Candik

petua hilangkan kayap panau dan kurap

Keladi candik juga mempunyai nama lain iaitu keladi merbah. – Facebook

Ambil sebatang pokok keladi candik atau nama lainnya keladi merbah. Seterusnya, anda keluarkan air dari batang pokok keladi itu. Akhir sekali, sapukan air tersebut pada kawasan badan yang dijangkiti kayap. Jika tiada aral melintang, pada keesokan harinya anda dah boleh mengopek kayap tu seperti mengoyak plastik.


Pantang Larang Penyakit Kayap

1. Elakkan makanan yang berbisa atau gatal. Hanya makan makanan berpantang seperti ibu mengandung yang bersalin iaitu makanan yang dibakar, rebus atau pun stim saja dan paling penting elak makanan yang ada minyak.

2. Sebaiknya elakkan diri kita daripada mendekati orang lain seperti ahli keluarga dan kawan-kawan kerana ia mungkin akan berjangkit dalam bermacam keadaan.

3. Jangan memakai pakaian yang lembab atau basah serta pakaian yang masih panas iaitu baru sahaja diangkat dari ampaian dan sebagainya.

4. Jangan memakai pakaian yang ketat dan sebaiknya pakai pakaian yang longgar untuk mengurangkan kesakitan dan juga luka pada kulit sekiranya pakaian bergeser dengan kulit.

5. Elakkan menggaru pada bahagian yang terkena kayap kerana jika kerap digaru ia boleh juga merebak ke bahagian badan yang lain dan sebaiknya sapukan ubat untuk hilangkan rasa gatal kerana sakit kulit ini.

6. Sewaktu mandi perlu berhati-hati ketika mencuci badan dengan sabun dan sebaiknya gosok bahagian yang mempunyai kayap itu dengan perlahan-lahan supaya bahagian itu juga dapat dibersihkan dengan betul.

Semoga perkongsian cara merawat dan petua hilangkan kayap, kurap, panau dan sakit kulit gatal-gatal di badan berserta doa dan ayat Al-Quran ini mampu membantu anda untuk mencegah penyakit ini. Semoga anda cepat sembuh dan menjalani kehidupan seharian seperti biasa. Semoga bermanfaat.


-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post