Budak calar 10 buah kereta Audi baru di showroom, ibu bapanya terpaksa bayar ganti rugi RM118,331

Budak calar 10 buah kereta Audi baru di showroom, ibu bapanya terpaksa bayar ganti rugi RM118,331

Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun mencalar sebanyak 10 buah kereta Audi di bilik pameran dengan menggunakan batu.

Budak calar 10 buah kereta Audi baru di showroom, ibu bapanya terpaksa bayar ganti rugi RM118,331
Budak calar 10 buah kereta Audi baru di showroom, ibu bapanya terpaksa bayar ganti rugi RM118,331

Kejadian itu berlaku di Guilin, China pada 24 November lalu yang melibatkan 10 buah kereta Audi Q8 model baru.

ARTIKEL MENARIK: Lelaki mental penggal & makan otak mangsa dengan nasi, mati ditembak ketika cuba merampas pistol polis

Loading...

Pengedar kereta itu segera menuntut ganti rugi sebanyak 200,000 yuan (RM118,331) di atas kerosakkan kecil itu membuatkan ibu bapa kanak-kanak itu terkedu.

Menurut pengedar kereta mewah itu, kerosakan yang dilakukan pada kereta itu menyebabkan harga pasarannya tidak dapat dijual pada harga kereta baru walaupun telah dicat semula.

Kereta itu terpaksa dijual di bawah harga pasaran dan pengedarnya boleh dikenakan tindakan sekiranya pembeli mendapat tahu keretanya telah dicat semula.

Gagal mencapai persetujuan, kedua-dua pihak itu kemudian membawa kes itu ke mahkamah untuk dibicarakan.

Loading...
loading...

Pada 3 Disember, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak meneruskan tindakan undang-undang dan pasangan itu terpaksa membayar ganti rugi kepada pengedar kereta itu sebanyak 70,000 yuan (RM41,415).

Mahkamah turut memberi peringatan kepada pasangan itu untuk mengawasi dan mendidik anak mereka agar tidak merosakkan harta benda orang lain.

Sumber: Asia One via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post