Nafsarah Maliki, rakan baik kepada bekas isteri pertama Dai' Farhan, Fatin Nurul Ain Mat Aris, hari ini membuat aduan kepada JAIS Shah Alam berhubung tindakan Farhan yang menceraikan isterinya dengan talak satu di luar mahkamah tanpa kebenaran.
Cerai isteri di luar mahkamah tanpa kebenaran, rakan baik bekas isteri Farhan buat aduan kepada JAIS |
Selain itu, kenyataan Farhan di media sosial sebelum ini didakwa seperti mempersendakan kesucian Islam yang mengundang kepada agama Islam dipandang hina.
ARTIKEL MENARIK: 'Takkan bayar RM10,000 Kenari, dollar sudah licin?' - Rakan baik Fatin tuntut Farhan mohon maaf secara terbuka
Loading...
"Kenyataan Nik Ahmad Farhan di media sosial sebelum ini seolah-olah mempersendakan kesucian Islam dan boleh menyebabkan agama Islam dipandang hina. Ini termasuk tindakannya mengamalkan poligami dengan isteri kedua tanpa kebenaran mahkamah," katanya.
Farhan didakwa melanggar Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan terjumlah kepada kesalahan jenayah di bawah Seksyen 124 di bawah enakmen sama yang memperuntukkan hukuman bagi Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah.
Menurut Nafsarah yang diwakili peguamnya, Datuk Hazizah Kassim berkata, Farhan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Loading...
loading...
Dalam pada itu, Nafsarah berkata, dia masih belum menerima sebarang permohonan maaf secara terbuka dari juara program Dai' musim kedua itu walaupun sebelum ini dia sudah memberi tempoh 24 jam.
Sumber: Harian Metro via The Reporter
LAGI LAPORAN BERKAITAN ISU DAIE FARHAN
Post a Comment