18 Disember ini, penjawat awam terima bayaran RM500

18 Disember ini, penjawat awam terima bayaran RM500

Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM250 bagi pesara akan dibuat pada 18 Dis ini.

18 Disember ini, penjawat awam terima bayaran RM500
18 Disember ini, penjawat awam terima bayaran RM500

Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini berkata bayaran khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion.

ARTIKEL MENARIK: 'Kalau dah gatal cakap jer senang, tak payah guna alasan jumpa depan kaabah' - Teguran 'deep' Ridhuan Tee kepada pemegang gelaran PU, Dai' etc

Loading...

"Pembayaran sebelum hujung tahun dibuat antara lain untuk membantu ibu bapa dalam kalangan penjawat awam dengan persiapan untuk persekolahan anak mereka menjelang tahun baharu," katanya dalam kenyataan.

Lim berkata bantuan RM500 itu akan memberi manfaat kepada 1.5 juta penjawat awam kerajaan persekutuan merangkumi pegawai lantikan tetap serta pegawai kontrak.

"Bayaran khas sebanyak RM250 pula akan memberi manfaat kepada sejuta pesara termasuk veteran tidak berpencen dan pesara awam tidak menerima pencen bagi mengenang khidmat bakti mereka," katanya.

Loading...
loading...

Bantuan Khas Kewangan tersebut diumumkan Lim dalam ucapan Belanjawan 2020 pada 11 Okt lepas.

Sumber: Bernama via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post