Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan.
'Alamak?! Baby siapa yang aku gendong ni?!' - Ada makhluk tumpang menyusu... |
Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.
ARTIKEL MENARIK: 'Dah hari ketiga tak check out lagi, rupanya..' - Ini antara hotel berhantu di Taiping
MAK-mak terutamanya yang menyusukan bayi. Ada cerita seram sis nak kongsi. Baru saja terjadi sebentar tadi.
Begini ceritanya. Pada dua malam ini termasuk hari ini, sis rasa baby menyusu kuat dari kebiasaan. Sis masih belum syak apa-apa. Semalam mula jam 12 hingga subuh, baby menyusu tak henti-henti. Tapi sisi tak hairanlah dengan perubahan baby sebab dalam hati kata mungkin air susu berkurangan dan baby kurang kenyang.
Tapi entah kenapa bila baby bangun jam 12 tengah malam tadi menyusu kuat sangat. Nak lepas pun dia tak nak sampai menangis-nangis. Sis pun bangunkan kaknya suruh tengokkan sekejap, nak pergi ke tandas dan ambil air untuk minum. Sambil minum, sis pun bagilah dengan baby air dalam gelas, mana tahu dia boleh kenyang minum air. Tapi dia tak mahu. Sis pun suruh kaknya ambil botol susu.
Niat nak bagi baby menyusu di botol supaya hilang haus. Kesian juga kan, mana tahu air susu badan ini tak mencukupi. Tapi kak dia tak jumpa botol. Jadi, niat nak bagi menyusu guna botol tak jadi.
Tiba-tiba pula rasa lain macam dengan gaya baby ini. Mak-mak memang cepat perasan dengan perubahan anak sendiri, kan naluri seorang ibu.
Terasa nak dengar ayat-ayat ruqyah, jadi sisi pun capailah handphone, buka ayat ruqyah (utuk tidurkan bayi). Jadi, baby pun sambung lagi menyusu dengan gaya posisi baring. Sakit puting dibuatnya. Mak-mak je yang faham bab-bab ini, lebih-lebih lagi yang susukan anak sepenuhnya.
loading...
Sampai setengah ayat ruqyah itu dipasang, baby pun terlelap dan mulutnya sudah melepaskan putingnya. Terus sis lega. Dalam hati, bolehlah sambung tidur.
Mata sis pun sudah nak terlelap. Ayat ruqyah tadi pun sis tak sedar sebab senyap dah. Mungkin dah habis dan handphone auto off.
Tiba-tiba baby menangis. Sis pun dengan separuh mata terbuka dan samar-samar. Bilik memang dah gelap, sis tak biasa tidur dengan lampu hidup. Adalah juga cahaya masuk sikit dari luar tingkap. Sis pun gendonglah baby dalam keadaan sis masih baring. Angkat satu tangan, tapi lepas angkat tu dalam keadaan samar-samar, baby menangis-nangis macam nak susu lagi. Sis toleh sebelah, tengok di tilam ada lagi baby yang sama.
Alamak??!! Anak siapa pula yang aku gendong ni?! Memang dah rasa seram di situ (badan masih dalam keadaan posisi baring). Badan sis pun tiba-tiba tak boleh bergerak, seperti ada yang menahan dan badan terasa lemah sangat. Nak bangun, tetapi tak dapat. 'Baby' yang digendong pun macam tak nak dilepaskan.
Walaupun bilik itu gelap, sis masih nampak. 'Baby' ada dua di dalam bilik. Dalam hati ini berzikir tak henti-henti. Posisi masih baring pegang ;baby; tu sebelah pula ada lagi lembaga hitam duduk di depan sis. 'Baby' yang menyamar serupa baby sis yang menangis-nangis. Sis nak lepaskan tetapi tak dapat. Badan pula lemah sangat. Allah saja yang tahu perasaan sis pada masa itu.
Zikir punya zikir, akhirnya 'baby' dan lembaga hitam yang ada di depan terus lenyap! Cepat-cepat sis tengok anak yang dari tadi tidur nyenyak tanpa mengetahui ibunya sedang berhempas pulas menghadapi situasi mencemaskan. Syukur.
Sekarang jam 3 pagi. Menyempat lagi sis menaip kisah ini. Bukan apa, mata tak dapat lelap gara-gara kejadian itu. Alhamdulillah semua okey sudah. Baby pun masih tidur nenyak. Sis nak cuba tidur dulu.
Pesan sis, bila bagi susu anak terutamanya yang menyusu badan, bacalah doa dulu sebelum susukan anak. Bimbang terjadi perkara yang tidak diingini. Ada pula yang menumpang menyusu. Mujur cepat-cepat tersedar. Kalau mak-mak rasa perangai baby kamu ganjil, kemungkinan ada sesuatu yang mengikuti.
Semoga bermanfaat kepada mak-mak dan berjaga-jagalah.
Sumber: Kisah Rumah Tangga
Post a Comment