'Anak pandai, dikahwin dengan pemandu lori' - Wanita kesal, ibu bapanya dikutuk orang kampung kerana pilihannya

'Anak pandai, dikahwin dengan pemandu lori' - Wanita kesal, ibu bapanya dikutuk orang kampung kerana pilihannya

Jodoh itu rahsia Tuhan. Siapalah kita untuk menidakkan ketentuanNya? Apatah lagi bercakap mengenai pilihan orang?

'Anak pandai, dikahwin dengan pemandu lori' - Wanita kesal, ibu bapanya dikutuk orang kampung kerana pilihannya
'Anak pandai, dikahwin dengan pemandu lori' - Wanita kesal, ibu bapanya dikutuk orang kampung kerana pilihannya

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berkongsi mengenai perkahwinannya dengan pemandu lori dikutuk oleh orang kampung, membuatkan dia berasa kesal dan tidak menyangka sehingga ke hari ini masih ada yang mempunyai mentaliti seperti itu.


ARTIKEL MENARIK: (Video) 'Bapak tak guna!' - Netizen kecam lelaki hembus asap rokok depan muka anak


"I cikgu, suami I pemandu lori. I degree + master, suami SPM. Hantaran bawah RM10,000. 

"Orang kampung I kutuk mak abah, "Anak pandai, kahwinkan dengan pemandu lori". 

"Makcik, tak hina pun kahwin dengan pemandu lori. Kita ni hamba yang belum tentu mulia di sisi tuhan," tulisnya di Twitter.

i cikgu, suami i pemandu lori.
i degree + master, suami SPM.
Hantaran bawah 10k.
Org kampung i kutuk mak abah, "anak pandai, kahwin kan dgn pemandu lori".

Mkcik, x hina pon kahwin pemandu lori, kita ni hamba yg blm tentu mulia disisi Tuhan. pic.twitter.com/zW63CCI217
— 🙋‍♀️ (@AzuraOrkid) October 11, 2019
Ramai netizen yang bersetuju dengannya dan menyangkal pemikiran 'makcik-makcik bawang' ini kononnya pemandu lori ini satu pekerjaan yang tidak mempunyai masa depan. Sedangkan kerjaya sebagai pemandu lori juga mempunyai pendapatan yang bagus.

loading...



3.jpg

Sumber: @AzuraOrkid via The Reporter

-----------------------------------------------------------------

Post a Comment

Previous Post Next Post